Tuesday, March 21, 2017

Beauty WITH Brain

Viral sekarang dekat internet pasal budak TKC ambil result dengan bergaya cantik.

Seriously, what's wrong with this so-called-netizen yang bash budak tu macam-macam.

Kata tua sebelum usia lah.
Ambil result pon nak bergaya sangatlah.
etc
etc
etc

Dey, KORANG SEBENARNYA JEALOUS kan?

Budak tu cantik. Dahlah cantik, bijak pulak tu. Beauty with brain.

Kaum lelaki pon sama naik je bash. Ni jenis sebenarnya jeles tengok budak tu lebih cantik dan cerdik dari awek yang korang ada kan?KAH!

Kalau yang single pulak, niat nak tackle or at least mengidam nak dapat awek pakej dan cantik tapi bila tengok cermin, hewhewhew.

Kaum pompuan pon ada gak kondem. Come on lah. Ni tahun 2017. Tutorial make up bersepah. Sephora bersepah. Zaman korang amik result mana ada sume benda ni. Kalau ada pon, sapa suruh korang tak make up cecantik time amik result?KAH!

Soooo, suke hati dialah nak make up pon. Duit dia, masa dia. Kalau bukan duit dia pon, duit BAPAK dia. Tak payah nak dengki sangat. Sekurang-kurangnya dia dapat 9A. Korang dapat berapa masa SPM?

Aku amik result masa 2001. Naik bas ke JB. Pakai jeans & tshirt. Kawan-kawan pon lebih kurang je dressing macam tu masa tu. haha.  Lepas amik result, kitaorang check in hotel reramai. Buat mini gathering. Memori sangat! Eh, sekolah kitaorang semua all girls ye. Kang ada yang salah paham pulak kang.

Kesimpulannya, tak kesahlah ko nak dress up macam mana pon time amik result. Janji jangan pakaian menjolok mata, sudey.

Congrats TKC sebab dapat beat STF! STF bagi can tahun ni.^^

Last but not least,

Muka tak berapa nak cantik tapi kalau hati tu cantik, insyaALLAH penampilan nampak cantik.

TAPI

Kalau muka dah lah tak berapa nak cantik, perangai pon tak cantik...errrr....krik krik krik.

Pepaham sendiri lah ye.




No comments: