Sunday, April 2, 2017

10 Awesome Years

Alhamdulillah.

10 tahun dah rupanya aku kerja dkt DANAU ni. Ingat lagi masa 10 tahun dulu, Doc & Puan panggil interview pada 1 April. Hari Ahad okeh masa tu. Siapa yang buat interview hari AHAD?1 April pulak tu.haha

Luckily aku pergi jugak dan alhamdulillah aku start kerja the next day.

Lepas grad, setahun kot aku tak kerja sebab mak kata - duduk je rumah dulu. Mak ingat aku tak suka agaknya dok rumah.ahahaha

The 1st projek masa tu adalah E-Tanah. Melaka nak upgrade sistem diaorang dari manual ke semuanya secara computerize. Tak taulah projek tu fully succeed ke tak sebab banyakkkkkkk pancarobanya.

Then aku involve dengan projek bersama Inspim, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, UPSI, JCorp, ARKIB Negara and latest dan masih ongoing adalah Muzium Diraja Abu Bakar.

Kerja dekat DANAU tak spesifik pada 1 task.
Kadang-kadang kena jadik cikgu, researcher, designer, narrator, script writer dan lain-lain lagi...haaa, macam-macam ada.

Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk benda boleh belajar. Dulu masa bujang, tido pukul 3-4 pagi pon ada. Tu masa siapkan montage untuk perasmian Nordin Group.
Standby pukul 6.30 pagi dekat Philea Resort sebab nak make sure majlis Tun Mahathir berjalan lancar.
Drive Melaka-TgMalim-Ipoh-Melaka pon pernah. Day trip lagi.

Eh kalau nak senaraikan memang banyak lagi pengalaman yang takkan dapat kat mana-mana lah. Tu belum campur trip pi Bangkok, Bali, Singapore, Jogja. Rindu pulak nak pi jenjalan!mihmihmih

Thank you Dr.Ahmad Zaharim for being the best boss ever.
Semoga ALLAH jua yang dapat membalas segala jasa baik Dr kepada saya.

Happy 10th work-anniversary to me!


No comments: