Monday, July 31, 2017

Hujung Minggu

1. Sabtu ke Pasir Gudang. Anak sedara kawen. Pelamin meletop va va va. Food sedap! Sup tulang merah tu sedap hoi!

2. Balik dari Pasir Gudang, singgah JPO. JPO memang lagi meriah comare to MPO. GPO kita belum pernah melawat lagi. Kena pergi ni 1 hari nanti. Eh.

3. Ahad, another wedding. Kali ni dekat je. Cousin suruh jadi 'orang sebelah', sekali terlambat sampai. Depa dah berarak dah. Terus join makan je.hehe

4. Kes A dan A. Malas nak ulas panjang. It takes TWO to tango. Tapi tolonglah jadi orang perempuan yang BERMARUAH. Boleh baca balik dekat entry homewrecker. Ni kes bujang dan suami orang, netizen punya kecam, perghhh. Memang hilang kesopanan dan kesusilaan.

Kalau kes suami orang dengan bini orang (which makin menjadi-jadi trend ni zaman sekarang), rasa-rasa? Lu pikirlah sendiri eh.

5. Cukuplah 4 point di atas. Kalau rajin nanti sambung lain kali.

Bye!

Friday, July 28, 2017

Terima kasih


Aku rasa lama dah aku tak senyum sepuas hati.
Terharu aku bila kau kata kau beli jam dari duit yang aku bagi.
Taklah sebanyak mana.
Tapi gaya kau, macam aku bagi berjuta banyaknya.

Aku bukan nak beli jiwa kau.
Pemberian aku tanda terima kasih.
Terima kasih sebab kau selalu ada.
Walau kau jauh.
Tapi aku tau kau ada.

Aku sayang kau.
Semoga kau sentiasa di bawah rahmat Illahi.

Wednesday, July 26, 2017

Saturday, July 22, 2017

365 days.



I don't care if you are going to tell everyone 
about what I have done to you.

But please,
just don't forget to tell them
about what you DID to ME.

Wednesday, July 19, 2017

Tuesday, July 18, 2017

I Wanna Grow Old With You



When your hubby dedicated this song to u, u put it in your blog!hehe
Tq hubby.
May our marriage lasts forever.
I wanna grow old with u too.

Monday, July 17, 2017

Makan-makan hujung minggu.

Biasa kalau ramai yang ada dekat rumah, agenda makan-makan menjadi agenda utama.hahaha

Macam hari Sabtu baru ni, kebetulan Ateh & Abang balik so aku pon request dekat Ateh untuk buat soto sbb ada kawan  nak datang all the way dari Kajang.

Pame dah whatsapp a day earlier bagitau nak jalan raya.
15 tahun kot tak jumpa since habis matrix dekat Penang dulu.
Kecik tapak tangan, stadium jasin aku tadahkan.hehe

So bermulalah operasi menyediakan juadah.

Kalau nak buat soto, ateh kata kena carik rempah soto jenama nazoha.
Kalau tak jumpa, buat mee kari.

Sorry, iols tak minat mee kari.
Gigih tanya beberapa kedai runcit, malangnya rempah tu tak ada.

Ah ini tak boleh jadi! Tak nak mee kariiiii.

Google nama rempah - jumpa nama owner - called owner - "Ada dik, dekat Family Store ada jual."

Yahooooo!

Beli 15 bungkus terus. 10 bungkus Ateh nak bawak balik, 5 untuk masak.

Rempah settled, beli bahan-bahan lain.

Ayam 4 ekor.
Daun bawang.
Daun sup.
Cilipadi.
Taugeh.
Fishcake.
Kentang untuk bergedel.
Minced chicken.

Memula beli 3 guni kecikkk tu untuk bergedel. Ingatkan cukup, rupanya takkkk.
Kena minta tolong anak buah pergi  beli lagi.

Bermulalah operasi membuat soto dan bergedel.

Soto ni makan dengan nasi impit or bihun.

Nasi impit campak je dalam noxxa. 30 minit dah siap.hehe

2pm, Pame & family pon sampai.
Dua orang dah anak Pame.
Eh Pame ni pompuan.
Husband dia nama Faiz.
Kenal ke? hewhewhew.

Sementara tunggu kuah soto menggelegak, borak-borak lah dulu.
Mengenang kisah lama betul.

By 3.30pm, Pame pon balik.

Aku invite juga Boss & kawan-kawan office.
Then announce dekat FB kot ada kengkawan yang jalan-jalan Melaka, jemput sekali beraya ke rumah.

Husband pon invite kawan-kawan office dia.

So petang tu, Boss & Puan Adillah, Tehah  & family dan sepupu sepapat.

Malam, kawan-kawan opis husband.
Menu extra malam tu - kopok lekor.
Goreng panas-panas ditemani nescafe.
Nyumsss.

Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki.
InsyaALLAH tahun depan nak buat lagi.

Soto memang mendapat pujian.
Credit to Ateh sebab dia masterchef nya.hehe

Eh korang kalau nak dtg beraya, roger je.

Raya kan sebulannnn :)

**malas nak letak gambar. takut ada #onggila save dekat laptop or handphone dia.

Wednesday, July 12, 2017

Monday, July 10, 2017

Homewrecker


Lately ni banyak betul newsfeed pasal suami yang curang dan perempuan yang tak ada maruah diri.

It takes two tango.

Suami yang sememangnya LELAKI, kita dah sedia maklum nature dia, nafsu dia macam mana.

Iman yang membezakan. Kurang iman, ikan goreng hangus pon nampak sedap.

Macam cerita dekat page Kisah Rumah Tangga tu, kakak tu share apa yang berlaku pada tahun 2016.

How her lovely husband cheated on her with a married woman (for god sake!) -  TWICE!

Kantoi kali pertama ingat dah insaf rupanya TIDAK - ada pula kali kedua.

Dengan orang yang sama.

Paling best SATU PEJABAT which they knew spouse masing-masing.

Gila ke tak?

Bukankah perempuan sepatutnya lebih emphaty terhadap perasaan orang lain terutamanya kaum sejenis?

Tapi homewrecker betina gatal ni mana kisah. Mana nak fikir semua tu.

The main matter bagi yang berskandal dengan laki orang ni is their own feelings.

Diri sendiri rasa happy no matter how she achieve it.

Kisah apa kan bini skandal nak rasa apa.

Janji diri sendiri rasa gembira dan puas!

Aku memang emo dengan perempuan jenis tak tahu malu ni.

Memang semua bersebab tapi ALLAH bagi otak kot dekat engkorang.

Otak tu diguna untuk berfikir.

Bukan di jadikan hiasan dekat kepala ko tu.

Kakak ni share her nightmare that happened in 2016.

Now 2017.

Aku tau satu je - orang boleh cakap apa pon (maafkan/move on/be strong/siskuat)  tapi orang tak akan rasa apa yang kakak tu sebenarnya rasa.

Kuat tak kuat dia hadap ujian tu. Senang ke tak nak melupakan.

Tapi memang aku salute lah dekat kakak tu sebab gigih contact family perempuan yang tak tahu malu tu.

Baru tau langit tinggi rendah kannnn.

Kesian mak bapak ko sebab dapat anak macam ko.

Lagi kesian dekat suami ko sebab dapat isteri macam ko.

Tak payah nak kecoh kata kakak tu bukak aib dekat family dia walhal puncanya dari siapa?

Masa berskandal tak rasa aib? Tak rasa tengah buat dosa?

Memang entry emo hari ni.

Ni baru baca pasal kes Nur Syaleza (go google!).

'Jiwa' Nur Syaleza telah kau 'bunuh' wahai lelaki saat kau menduakan Nur Syaleza.

Kepada 'suami' arwah Nur Syaleza dan perempuan murahan itu, moga hidup korang 'aman'.

Dan kepada homewrecker, jangan lupa dunia ini berputar.

Jangan lupa ALLAH Maha Mendengar.
Jangan lupa ALLAH Maha Melihat.

ALLAH ada.


Monday, July 3, 2017

Syawal 1438H

Assalammualaikummmmmmmm, kami datang nak rayaaaaaa!

Tu ayat aku dengan kazen time jalan raya dulu-dulu.

Masa tu muda remaja, boleh lah ko buat camtu.

Ni dah anak tiga, mau pelik kalau Nuha tengok.hehe

Amacam korang punya raya?

Meriah tak?

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menyambut Syawal dengan keluarga terchenta.

Meriah susana lah dengan 5 anak, 5 menantu, 18 cucu.

Gegak gempita rumah.hehe

Hari Jumaat (23hb Jun) tu dah start cuti.

Mujur cuti, dapat gak buat kuih raya. Raya kan, mesti nak gak buat kuih sendiri.

Baru ada suasana nak sambut raya. Gitew.

Hari Sabtu (24 Jun), dimulakan dengan kerahan tenaga ke atas anak-anak buah untuk menolong memasak.

Baik lelaki or pompuan, marilah bekerjasama di dapur bagi menghasilkan juadah lauk pauk yang marvelous.

10kg daging.
10 ekor ayam biasa.
10 ekor ayam pencen.

Sambal daging.
Rendang ayam.
Sambal ayam.
Sambal kacang.

Ketupat daun 170 biji.

Lemang periuk kera.

Menu macam nak kenduri kan tapi memang ala-ala kenduri pon time raya ni.

By the time raya kedua biasanya lauk pauk ni dah abes.

Master Chef of course lah Ateh. Aku cuma assistant merangkap floor manager.hehe



Ahad (25 Jun 2017. 1 Syawal 1438H)

Hujan rahmat membasahi bumi.

Memang sangat lebat.

Subuh tu, solat jemaah dengan husband then terus sessi bermaaf-maafan.

Panjangggggg juga sessi tu.hehe

Then terus siapkan husband & anak-anak.

Off to masjid untuk solat sunat aidilfitri.

Dalam 10 lebih, tetamu dah start datang. Tetamu memang datang tak putus-putus.

Tapi kiteorang sempat lah jugak berjalan raya ke beberapa buah rumah sebab raya kedua nanti dah balik Ipoh.

Alamak nak balik dah.

Sambung nantiiiiiiiiiii (kalau rajin!haha)