Monday, July 17, 2017

Makan-makan hujung minggu.

Biasa kalau ramai yang ada dekat rumah, agenda makan-makan menjadi agenda utama.hahaha

Macam hari Sabtu baru ni, kebetulan Ateh & Abang balik so aku pon request dekat Ateh untuk buat soto sbb ada kawan  nak datang all the way dari Kajang.

Pame dah whatsapp a day earlier bagitau nak jalan raya.
15 tahun kot tak jumpa since habis matrix dekat Penang dulu.
Kecik tapak tangan, stadium jasin aku tadahkan.hehe

So bermulalah operasi menyediakan juadah.

Kalau nak buat soto, ateh kata kena carik rempah soto jenama nazoha.
Kalau tak jumpa, buat mee kari.

Sorry, iols tak minat mee kari.
Gigih tanya beberapa kedai runcit, malangnya rempah tu tak ada.

Ah ini tak boleh jadi! Tak nak mee kariiiii.

Google nama rempah - jumpa nama owner - called owner - "Ada dik, dekat Family Store ada jual."

Yahooooo!

Beli 15 bungkus terus. 10 bungkus Ateh nak bawak balik, 5 untuk masak.

Rempah settled, beli bahan-bahan lain.

Ayam 4 ekor.
Daun bawang.
Daun sup.
Cilipadi.
Taugeh.
Fishcake.
Kentang untuk bergedel.
Minced chicken.

Memula beli 3 guni kecikkk tu untuk bergedel. Ingatkan cukup, rupanya takkkk.
Kena minta tolong anak buah pergi  beli lagi.

Bermulalah operasi membuat soto dan bergedel.

Soto ni makan dengan nasi impit or bihun.

Nasi impit campak je dalam noxxa. 30 minit dah siap.hehe

2pm, Pame & family pon sampai.
Dua orang dah anak Pame.
Eh Pame ni pompuan.
Husband dia nama Faiz.
Kenal ke? hewhewhew.

Sementara tunggu kuah soto menggelegak, borak-borak lah dulu.
Mengenang kisah lama betul.

By 3.30pm, Pame pon balik.

Aku invite juga Boss & kawan-kawan office.
Then announce dekat FB kot ada kengkawan yang jalan-jalan Melaka, jemput sekali beraya ke rumah.

Husband pon invite kawan-kawan office dia.

So petang tu, Boss & Puan Adillah, Tehah  & family dan sepupu sepapat.

Malam, kawan-kawan opis husband.
Menu extra malam tu - kopok lekor.
Goreng panas-panas ditemani nescafe.
Nyumsss.

Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki.
InsyaALLAH tahun depan nak buat lagi.

Soto memang mendapat pujian.
Credit to Ateh sebab dia masterchef nya.hehe

Eh korang kalau nak dtg beraya, roger je.

Raya kan sebulannnn :)

**malas nak letak gambar. takut ada #onggila save dekat laptop or handphone dia.

No comments: