Friday, July 28, 2017

Terima kasih


Aku rasa lama dah aku tak senyum sepuas hati.
Terharu aku bila kau kata kau beli jam dari duit yang aku bagi.
Taklah sebanyak mana.
Tapi gaya kau, macam aku bagi berjuta banyaknya.

Aku bukan nak beli jiwa kau.
Pemberian aku tanda terima kasih.
Terima kasih sebab kau selalu ada.
Walau kau jauh.
Tapi aku tau kau ada.

Aku sayang kau.
Semoga kau sentiasa di bawah rahmat Illahi.

No comments: