Wednesday, August 16, 2017

Tuesday, August 15, 2017

Disgusting!

Lately ni punya berita adalah sangat mengerikan!

Bukan setakat haruan makan anak, atok, abang sedara pon sama join sekaki.
Bertahun-tahun pulak tu.
Jijik!
Disgusting!
Yucks!

Ni nak cakap apa?
Haruan makan anak dengan izin ALLAH?
Pfft.
Takde otak ke apa nak buat macam tu.
Ah.
Otak mungkin ada, tapi otak tu dah letak dekat vontot.
Bercampur dengan sisa kumbahan.

Tu tak dapat nak fikir mana baik mana buruk.
Mana dosa, mana pahala.
Janji NAFSU SERAKAH dapat dipenuhi.
Janji HATI PUAS!

Geramnya!
Urghhh!

Ya ALLAH.
Jauhkanlah kami dan zuriat keturunan kami daripada segala perbuatan syaitan,
daripada tipu daya syaitan,
dan
dari mereka yang bergelar manusia tetapi BERTOPENGKAN SYAITAN.

Amin.

Friday, August 11, 2017

YL Premium Starter Kit

JADI AHLI YOUNG LIVING SECARA AUTOMATIK DENGAN PEMBELIAN PREMIUM STARTER KIT! BERHARGA RM 756 SAHAJA. THE BEST OPTION FOR A NEWBIE!!


Apa ada dalam (Premium Starter Kit @ PSK) :-
🏅1 Product Guide YLEO
🏅1 Aroma Glide Roller
🏅1 Slique Bar (Tropical Berry Crunch)
🏅1 EO Stress Away 5ml
🏅1 EO Tea Tree 5ml
🏅10 Sample Amber Bottles 2ml
🏅10 Essential Oil Sample Sachet 0.25 ml (Lavender, Thieves, Lemon, Peace & Calming dan Peppermint)
🏅10 Product Info Card
🏅1 Flashdrive 8GB
🏅1 White EO Display Set to fit 10 EOs (5ml)
🏅1 Dew Drop Diffuser
🏅2 EO Lavender 5ml
🏅2 EO Lemon 5ml
🏅1 EO Frankincense 5ml
🏅1 EO Digize 5ml
🏅1 EO Copaiba 5ml
🏅1 EO Thieves 5ml
🏅1 EO Peppermint 5ml
🏅1 EO RC 5ml
🏅1 EO Pan Away 5ml
🏅1 EO Purification 5ml


Tuesday, August 8, 2017

On This Day. Last Year (Part 2)

I sent a reminder to someone, but that person choose to ignore it.

I think the problem with people like this is that:

They are so stupid that they have no idea how stupid they are.

Just imagine if the WHOLE family of you knew what you DID.

Pity YOU? NO.

Pity THEM.




Monday, August 7, 2017

Musim Haji 1438H

Hari ni rasanya separuh jemaah haji Malaysia dah selamat berada di Mekah atau Madinah.
Tahun ni, dua orang sepupu di jemput menjadi tetamu ALLAH.
Alhamdulillah.
Rezeki.

Tengok sepupu yang muda lagi dah dijemput menunaikan Haji, buat rasa diri bersemangat nak tunaikan Haji pada usia muda juga.

Mak dengan Abah dulu pon tunaikan haji agak awal.

Kali pertama mak dengan abah pergi haji tahun 1994.

Mak 48 tahun, Abah 52 tahun.

Masa ni mak ikut pakej UTAS. Tak sampai 10k pon. Murah kan masa tu?hehe

Meriahnya rombongan haji tahun tu sebab hampir semua adik beradik mak ikut sekali - Mak Ngah, Mok Teh, Pak Cik & MakCik , Mokda & Pokda, Mommy & AbgZul. Kiteorang hantar dengan 1 BAS okeh! Masa tu airport dekat Subang Jaya. Havoc sangat masa tu. Macam rombongan sekolah pon ada.hehe

1994 - Aku 11 tahun. Darjah 5.
Sebulan lah duduk dengan Along & sekolah dekat tempat Along mengajar.

Mak kata masa tu under pakej tapi kena masak sendiri. Bawa barang-barang kering dari Malaysia, masak dkt dorm & makan ramai-ramai. PakCik akan beli lauk, Mak akan jadi Chef. Alhamdulillah semua jemaah selamat pulang.

Kali kedua  mak & abah pergi tahun 2006.

Mak 60 tahun, Abah 62 tahun.

Kali ni tak ada siapa ikut. Rezeki mak & abah, waktu wukuf masa tu jatuh pada hari Jumaat which menjadikan ia Haji Akbar (go google!).

Rezeki ALLAH siapa yang tahu kan?

Mak suri rumah sepenuh masa.
Abah kerja station master.
Gaji Abah masa tu tak sampai 2k rasanya.
Membesarkan kami lima beradik.

Tapi keperluan kami semua mencukupi.
Tak mewah tapi cukup alhamdulillah.
Hari raya dapat baju baru, kasut baru dll.
Kadang-kadang naik train pergi ke Singapura untuk jalan-jalan. (Biasa dapat naik FREE!hehe)

Dapat pergi haji dan beberapa kali pergi untuk Umrah.

Murahnya rezeki ALLAH untuk mak dan abah.

Ya ALLAH,
Panjangkanlah usia mak & abah dengan kesihatan dan keberkatan,
agar kami, anak-anak dapat membalas segala jasa dan keringat mereka membesarkan kami semua.

Buat semua JEMAAH HAJI 1438H, semoga semua urusan haji dipermudahkanNYA dan semoga mendapat haji yang mabrur!


Wednesday, August 2, 2017