Monday, August 7, 2017

Musim Haji 1438H

Hari ni rasanya separuh jemaah haji Malaysia dah selamat berada di Mekah atau Madinah.
Tahun ni, dua orang sepupu di jemput menjadi tetamu ALLAH.
Alhamdulillah.
Rezeki.

Tengok sepupu yang muda lagi dah dijemput menunaikan Haji, buat rasa diri bersemangat nak tunaikan Haji pada usia muda juga.

Mak dengan Abah dulu pon tunaikan haji agak awal.

Kali pertama mak dengan abah pergi haji tahun 1994.

Mak 48 tahun, Abah 52 tahun.

Masa ni mak ikut pakej UTAS. Tak sampai 10k pon. Murah kan masa tu?hehe

Meriahnya rombongan haji tahun tu sebab hampir semua adik beradik mak ikut sekali - Mak Ngah, Mok Teh, Pak Cik & MakCik , Mokda & Pokda, Mommy & AbgZul. Kiteorang hantar dengan 1 BAS okeh! Masa tu airport dekat Subang Jaya. Havoc sangat masa tu. Macam rombongan sekolah pon ada.hehe

1994 - Aku 11 tahun. Darjah 5.
Sebulan lah duduk dengan Along & sekolah dekat tempat Along mengajar.

Mak kata masa tu under pakej tapi kena masak sendiri. Bawa barang-barang kering dari Malaysia, masak dkt dorm & makan ramai-ramai. PakCik akan beli lauk, Mak akan jadi Chef. Alhamdulillah semua jemaah selamat pulang.

Kali kedua  mak & abah pergi tahun 2006.

Mak 60 tahun, Abah 62 tahun.

Kali ni tak ada siapa ikut. Rezeki mak & abah, waktu wukuf masa tu jatuh pada hari Jumaat which menjadikan ia Haji Akbar (go google!).

Rezeki ALLAH siapa yang tahu kan?

Mak suri rumah sepenuh masa.
Abah kerja station master.
Gaji Abah masa tu tak sampai 2k rasanya.
Membesarkan kami lima beradik.

Tapi keperluan kami semua mencukupi.
Tak mewah tapi cukup alhamdulillah.
Hari raya dapat baju baru, kasut baru dll.
Kadang-kadang naik train pergi ke Singapura untuk jalan-jalan. (Biasa dapat naik FREE!hehe)

Dapat pergi haji dan beberapa kali pergi untuk Umrah.

Murahnya rezeki ALLAH untuk mak dan abah.

Ya ALLAH,
Panjangkanlah usia mak & abah dengan kesihatan dan keberkatan,
agar kami, anak-anak dapat membalas segala jasa dan keringat mereka membesarkan kami semua.

Buat semua JEMAAH HAJI 1438H, semoga semua urusan haji dipermudahkanNYA dan semoga mendapat haji yang mabrur!


No comments: