Tuesday, November 14, 2017

Reunion : STF9600

Dua tiga hari ni memang matahari tak berapa nak nampak.
Dah masuk musim hujan agaknya.
Pagi tadi pon hujan lebat.
Sampai terbabas lah semua orang.
Nuha pon diberi cuti oleh abah dia.hahaha

4hb November haritu birthday Raudhah yang ke-2.
Alamak, mama lupa nak buat special entry.
Tapi tak apa, dekat facebook mama ada.

Oh cerita tertunggak adalah cerita reunion STF9600.
Agenda asal nak buat potluck suka-suka je tapi bila ramai nak join, jadi macam mini-reunion.
Dari 143 orang, ada kot 30 orang yang datang.
Not so bad lah kan.
Faham masing-masing ada komitmen.

Kali ni buat dekat Kg.Beca.
Nama je Kg.Beca tapi bukan dalam kampung.
Ni dekat tepi tasik area Putrajaya.
Husband dan anak-anak join sekali.
Gamat hoiii.
Gamat kejar anak-anak sebab dekat situ macam-macam aktiviti ada.

Boleh main bubbles, naik macam-macam ride (Aku & husband pon naik sekali.haha)
Moralnya, next time kalau nak buat lagi, husband & anak2 tak boleh ikut sebab kami tak sempat nak bertukar-tukar cerita (or you can read it as gossip.mihmihmih).

Foods memang sangatttttttttt banyak.
Pasta, nasi arab, sandwiches, kuih muih dll.
Eh memang banyaklah.
Kenyangggg yang amat!

Aku bawak bubur ayam & sambal ketuk.
Memasing kata sedap.
Eh.
Mestilah bukan aku yang masak.
Ateh yang tolong masakkan.
kihkihkih.
Thank you Ateh. Lebiu!

So main agenda actually to discuss our Back To School Programme yang akan dibuat pada tahun 2020.
InsyaALLAH.
Our plan nak kutip 1k per head.
Mudah-mudahan tercapailah target more than 100k nanti.
Macam-macam plan nak buat once dah secured 100k.
Harap-harap berjaya!

By 1pm, masing-masing dah terpaksa gerak sebab bapak2 dan cranky.hahaha
Anak-anak memang dah cranky.
Panas leting masa tu.

Aku stay lama sebab Kaydotte lambat sampai.
Lama borak dengan Kaydotte.
Walau jarang contact, but we know we've got each other's back.
Love you babe!
Aku & Kaydotte orang terakhir blah dari Kg.Beca tu.

Looking forward for our next gathering.
21 years of friendship and counting!
143, girls!




No comments: