Wednesday, February 28, 2018

Monday, February 26, 2018

Syukur

Selalu kalau dari weekend nak ke hari Isnin, memang ada perasaan lemauuuuu sikit (ye ke sikit?haha).
Mujur ada EO JOY. All time favourite EO!

Tapi hari ni, berita baik yang diterima masa hujung minggu buat hati berkobar-kobar nak datang office.

Kemainnn sangat kan.hehe

Macam-macam drama masa tu.

Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami.

Buatlah macam mana pon, kalau dah tertulis rezeki tersebut, tak ada siapa yang dapat halang.

Ingatkan berita baik tu dah cukup best, rupanya ada beberapa lagi berita baik yang lain.

Terima kasih Ya ALLAH!

After all, we are blessed in different ways.

Just be grateful for what you have and who you have.


Friday, February 23, 2018

New Look, New Spirit.

We had a work coordination meeting last Wednesday when suddenly boss said "Let's re-arrange our office furniture. Your new desk will be arrived in two weeks. So for the meantime, we'll do the spring cleaning."

Boss cakap Melayu. Aku saja je tulis dalam English.haha

Maka hari Rabu tu, kami pon bergotong-royong kemas pejabat.

Sejak dulu memang office ni konsepnya "open-space".
Tak ada cubicle or divider between the tables.
Senang nak buat discussion or brain storming.
Tak payah berhimpi-himpit duduk sebelah menyebelah.ehem.

Selain meja baru yang akan sampai nanti, rak buku pon bertambah.

Hari Khamis, the girls pergi 'mencari ilham' di Muzium Diraja & Galeri Bank Negara Malaysia while the boys pergi IKEA beli rak.

Hari Jumaat which is today, sambung lagi kerja-kerja susun atur meja-meja lain dan buku-buku reference.

Banyak betul buku boss.

Ni kejadian hari ni.


Pasang rak buku baru & pasang almari 'cute'.

Each staff dapat lagi satu almari 'cute' untuk storage tambahan.


Buat letak handbag bak kata boss.

Dah siap pasang, teruslah transfer segala fridge magnetic yang ada.

Bolehlah kumpul  lagi lepas ni. mihmihmih

Terima kasih boss.

Moga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Next, tunggu meja baru sampai then sambung deco.

Moga new look ni menyuntik semangat baru untuk kiteorang gigih bekerja.

Tak zabaarrrrrrr!

Wednesday, February 21, 2018

Tuesday, February 20, 2018

A Year Older, A Year Wiser


Happy Birthday HubbyBaby
May all the happiness be with you
always and forever

Thursday, February 15, 2018

Refreshing Our Memory?Pfft.

Bila guna HP yang lama ni, maka segala conversation 2015-2017 keluar semula.

Oh. Hp samsung pecah berderai. Tu yang aku pakai HP lama ni.

Aku tak buat pon chat history backup. So bila tukar, HP mesej lama mmg hilang.

Tengok mesej-mesej lama ni buat aku senyum sorang-sorang.

Whatsapp kelakar, gembira, hu-ha-hu-ha dengan STF9600.
Whatsapp suwit-muwit-gado-suwit-muwit-merajuk-gado-taknakkawan dengan suami.
Whatsapp gossip-shopping-gossip-shopping dengan Shop,Dine & Gossip 9600. (Awesome kan nama group kiteorang.haha)

Mata tertancap lama dekat mesej yang satu ni.




Aku tersenyum.
Senyum kasihan.

Bila kau nak selamatkan diri,
kau sanggup tak mengaku tu anak kau sendiri.
Siap cakap DEMI ALLAH lagi.
Tsk.
Berani kau kan.

Orang kata barang lepas jangan di kenang.

Well nak buat cam mana, hari ni ter-'REFRESHING "OUR" MEMORY' pulak.
Kah!

Wednesday, February 14, 2018

Monday, February 12, 2018

Minggu Makan-makan

Minggu baru ni asek kerja makannnnn jelah.
Memang ke laut diet aku.haha

Hari Sabtu, anak buah tunang.
Anak sepupu. Consider anak buah jelah.
After all memang dah macam adik beradik pon.

Kalau setakat kenduri tunang, memang masak sendiri je dekat rumah.
Kenduri kawen sok baru catering.

So menu utama hari Sabtu tu adalah:
Udang + nenas masak lemak
Ayam goreng berempah
Pisang muda masak lemak
Kerabu perut LIMITED EDITION
Fruit coktail by yours truly.ahem
Kuih muih yang beraneka jenis
Tapai
Buah-buahan

Alhamdulillah, the majlis went well.
Tetamu pon ramai.
Bak kata bibik  - Ni macam acara kenduri kawen dah Puan. Kalau tunang tetamunya tak ramai gini.

Tetamu bawa rahmat bikkkk.
Mudah-mudahan keluarga kita bertambah rezekinya.

Aaaamin!

Pukul 5ptg, aku balik rumah sat.
Tak jauh pon rumah.
Jalan kaki sat je dah sampai.
Recharge bateri.

Pukul 7, datang balik sebab malam tu nak buat bako-bako & steamboat.

Ada 5 station untuk steamboat.

So aku buatkan kuah tomyam, sup & masakkan siakap steam.
Tetiba kena jadik chef.
Aku belasah je.
Mujur tak ada siapa yang keracunan makanan.kahkahkah

Puas hati sumeorang makan.
Tak yah pergi Seoul Garden dah.
Konon je cakap tak yah.
Nanti sure g jugakkk.haha

Bahagian bako-bako ada ayam, dagin & kambing.

Steamboat ada macam-macam jenis bebola.
Bebola api je yang takde.hehe

By 11pm semua dah kekenyangan.
Nak potong kek pon tak larat dah.
Ditunda untuk hari Ahad.

Hari Ahad tu,
Husband dah ajak g jogging.
Aku tak larat aihhhh.
Penat pon ye, ngantok pon ye.

Ni baru kenduri tunang.
Nanti kenduri kawen bulan 11, kompem meriah kuasa dua.

Tak zabaarrrrrrrrrrrrrr!



Wednesday, February 7, 2018