Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Hobi.

Selain hobi daripada memasak, dan menjahit, hobi aku yang lagi satu adalah membaca. Tiga hobi pertama adalah hobi tipu. Aku suka memasak tapi tak adalah sampai jadi hobi. Menjahit? Lagi lah kadang-kadang, jarang-jarang jek aku buat. Tapi kalau seluar koyak, aku boleh lah jahit sendiri.

Hobi yang ketiga memang aku tak tipu. Aku memang suka membaca. Kadang-kadang suratkhabar alas roti canai pon saya baca. Itu iklan dari sinar pagi. Aku tak lah sampai tahap macam tu. Aku tahap tak keluar bilik jek kalau dah mula membaca. Tahap sampai Ma ketuk pintu bilik kuat-kuat sebab masa tu aku dah memang khusyuk membaca.

Maka semalam, hubby yang tercinta telah membawa isterinya ini ke kedai buku Popular. Besarnya Popular dekat Ampang Point tu. Banyak sangat buku cerita yang best-best. Ikut kan perasaan, aku nak duduk berjam-jam dekat situ dan beli semua novel yang best-best. Itu kalau ikut perasaan lah. Nasib baik aku ikut budget. So end up beli satu buku & satu terjemahan al-quran. Terjemahan al-quran tu hubby yang hadiakan. Aku tertarik sebab selama ni aku baca al-quran tapi tak tahu maknanya. Dulu aku belajar bahasa arab tapi setakat lulus je lah. Tak praktik kan. Sekarang rugi pulak rasanya. Terima kasih daun keladilah kepada hubby! Love u sangat banyak.




Novel kali ni dari penulis Noor Suraya. Masuk buku ni, aku dah ada 6 buah novel dari dia.

1. Nyanyian Tanjung Sepi
2. Surat Unggu untuk Nuha
3. Biru Ungu Cinta
4. Rindunya kian membara
5. Panggil aku Dahlia
6. Jaja & Din

Aku suka sebab bahasa yang di gunakan penuh jiwa. Bukanlah ayat-ayat jiwang tapi aku rasa seronoklah kalau baca buku dari Noor Suraya ni. Cerita mengikut peredaran zaman tapi penggunaan bahasa tak delah rojak. Kak Su, sila tulis lagi novel yang best-best ya!

Nampaknya aku akan mula berkurung dalam bilik lepas maghrib nanti!

Wednesday, October 29, 2008

Ayat-ayat Cinta


Cuti hari raya yang lepas ada satu cerita yang menarik hati aku. Oklah, aku ngaku memula rasa 'Apsal tajuk nie cam ni.Mcm pelik jek..' Tapi bile dah asek dok preview kat TV jek plus dengan lagu yang Rossa nyanyi, mulalh rasa tue rasa excited nk tgk.

And yes. Cerita ni best. Lain dari yang lain. Cerita ni di adaptasi dari novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy. Kisah Fahril, penuntut Al-Azhar yang naif, hensem *ahem*, tetapi keliru tentang jodohnya. Tanpa sedar, Fahril di minati oleh jirannya yang cantik manis, Maria. Tapi Maria adalah pengganut Kristian. Istimewanya Maria dalam cerita ini diterjemahkan apabila dia mampu menghafal surah Al-Maidah dan surah Maryam.

Then satu hari, masa Fahril on the way balik ke rumah, dia bertemu dengan si gadis cantik manis bermata cantik *description tak agak2.hehe.tapi dat girl mmg cantik pon..macam mana diaorng bleh terjumpa, korang kena tgk/baca sendri novel nie...lalala*. Aisha, seorang yang berasal dari German tetapi menuntut di Mesir akhirnya berkahwin dengan Fahril.

Nurul, teman sekelas Fahril yang memang cinta banget same Fahril of coz frust.
Maria, yang pada mulanya ok, jatuh sakit yang teruk akibat perkahwinan Fahril.*but she's married jugak dengan Fahril!"
Noura, jiran Fahril yang diselamatkan oleh Fahril daripada keganasan bapanya, memfitnah Fahril telah memperkosanya. Akibatnya Fahril di tahan di penjara.

Apa yang terjadi akhirnya?

Cepat-cepat carik novel Ayat-ayat Cinta..... =)

Monday, September 15, 2008

Nyanyian Tanjung Sepi


[71] – Elegi Sepi
Kalau memerah limau kasturi,
Sebelum diperah buanglah bjinya;
Harta habis boleh dicari,
Patah hati apakah ubatnya.

[72] – Mahadewi
Padang Panjang dilingkar bukit,
Bukit dilingkar kayu jati;
Kasih sayang bukan sedikit,
Dari mulut sampai ke hati.

[73] – Keranamu Lida...
Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bakan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

[74] – Akulah Rusukmu Yang Hilang
Anak ruan lima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima;
Menjadi hutang beribu tahun.


Buku ini telah pon selamat dikhatamkan dua minggu lepas. Susunan pantun-pantunnya sangat menarik. Terima kasih kepada KakSu yang telah menyalin semula pantun-pantun ini di blognya. (Tak larat nak taip semula ^__^ )