Showing posts with label woRk. Show all posts
Showing posts with label woRk. Show all posts

Friday, May 25, 2018

Entry Pukal

Fuhhh.
Lama tak update blog.

Rindu tak?
Rindu tak?
Rindu tak?

Macam-macam berlaku since last entry.

9hb Mei - Hari Mengundi.

MakAbah pagi-pagi lagi dah keluar mengundi.
Aku malas nak beratur pagi-pagi sebab kompem ramai.
So aku pergi jogging dulu.hehe

Dalam pukul 2 petang baru pergi pusat mengundi.
Sekali amik, panjanggg juga barisannya.
Dah lah panas leting.
Mujur bawak kipas & peppermint!
3.30 petang baru balik.


Malam tu, aku & Abah sama-sama tunggu keputusan.
1st yang tau Syed Saddiq menang kat Muo.
Walaupon keputusan tak rasmi tapi perasaan masa tu OMG - is this happening?

Tunggu sampai 3.30 pagi, keputusan rasmi tak keluar-keluar lagi walaupon dah boleh agak PH yang akan menang.

Slow nau nak announce.duhhh

Give up, terus masuk tido.
Abah pon masuk tido gak.

5.30 pagi terjaga, whatsapp berderet-deret.

THE PEOPLE HAS SPOKEN.
THE NEW GOVERNMENT HAS BEEN FORMED.

ALLAHUAKBAR!
ALHAMDULILLAH.
ALLAH JAWAP DAH DOA RAKYAT MALAYSIA.

Maka, sempena kemenangan PH, cuti lah Khamis & Jumaat.

Pergh, 5 hari straight cuti.
Mati kutu pon ada sebab tak ke mana-mana.
Kalau tau awal, kompem aku dah plan cuti-cuti Malaysia.
Eh tapi hari Sabtu kami ke MPO shopping.mihmihmih

17hb Mei - Hari Pertama Ramadhan - Cuti lagi

21hb hingga 23 Mei, outstation ke Johor Bahru.
Merasalah berpuasa di rantauan.haha

Terubat rindu nak pergi bazar ramadhan JB.
Dapat pula air kathira.
Sedap ya amat!


Hari ni dah 9 Ramadhan.
How time fliesssss!

Puasa korang macam mana?
Syaitan dah kena ikat.
Nafsu dalam diri tu?
Ok ke KO?

Oh last but not least,



WELCOME BACK TUN!

Monday, October 30, 2017

Update! Update!

Projek di Terengganu sedang berlangsung.
Jauh rezeki kami kali ni.
Beberapa tahun di selatan, kali ni ke pantai timur pulak.

So minggu lepas (21-23 Oct) kiteorang buat site visit.
Besar juga tempat yang nak dibangunkan tu.
Terus semangat berkobar-kobar.haha

Bertolak hari Sabtu, meeting hati Ahad, Isnin balik Melaka semula.

Sempatlah singgah ke Pasar Payang & kedai keropok lekor di Seberang Takir.

Tak berubah Pasar Payang.
10 tahun lepas pon masih macam tu.hehe

Untuk mak, sepasang sutera crepe.
Boleh tahan juga nak memilih, siap buat video called.
Naseb baek mak sukaaaaa.

Untuk rakan taulan, aku belikan kain batik Terengganu.
Rupanya ada banyak kategori kain batik ni - 3 lapis, 4 lapis, 5 lapis.
Aku amik yang 5 lapis.

Di Seberang Takir pulak, beli keropok lekor & keropok keping.
Mujur lah naik keta besor.
Separuh bonet, penuh dengan baru aku jaaa.haha

Minggu tu memang aku tinggal berdua je dengan husband.
Anak-anak & parents semua ke KL.
Nuha pon extend cuti sekolah sampai 2 minggu.
Suke hati awak je kan Nuha.
5 tahun ni takpe lagi.
6 tahun nanti, no no no.

Dah tinggal berdua, macam-macam aktiviti lah kan boleh dibuat.
Ala-ala honeymoon gitu.mihmihmih
Sempat lah pergi tengok cerita THOR yang baru.
Tak berapa best sangat sebab stroryline agak meleret.
Dah tu ada budak yang memekak dalam wayang.
Boleh tak yah ulas cerita tu?
Bising.
Duduk jelah tengok dendiam.

Weekend baru ni -  join Potluck STF9600.
Nantilah buat next entry.
Ni pon dah panjang.

After all,
I am blessed.

Terima kasih Ya ALLAH!


Tuesday, October 3, 2017

On Hiatus

Hello readers (feeling ramai sgt reader nak baca blog engko kan.kahkahkah)

Tapi aku tau ada reader(s) dari  Southend-on-Sea.

Setiap masa ada "checked-in" dari situ.

Reader ke stalker? Almost setiap jam masuk blog ni.

Haha.

Takpelah.

Oh oh oh.

Lately ni busy yang amatttttt.

Pergi KL pon selalu lepas dinner baru balik Melaka, ni lepas breakfast - Ok semua siap kita kena balik Melaka.

Macam tu sekali busynya.

Tapi busy = rezeki.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Rezeki ALLAH tak salah alamat.

1 projek dah secured, berdoa semoga ada rezeki untuk 1 lagi projek.

Hari tu sempat ke IKEA.
Lama rasanya tak pergi.
Masih IKEA macam tahun-tahun yang dulu.haha
Orang pon tak pernah tak ramai.

Paling seronok mestilah kanak-kanak ribena ni.
Panjat katil, pusing-pusing kerusi.
Takpe nak, IKEA memang suruh buat macam rumah sendiri.
Sebab kalau berkenan, IKEA suruh beli.haha

Tapi tak ada beli apa sangat pon (mohon percaya)
Beli meatballs tu jelah yang banyaknya - sampai 50 biji.
Tapi habissss ok bila dah sampai rumah.
Chicken wing dia pulak beli 1 set.
Tu pon bebudak yang habis kan.

Ni tunggu clients sampai dari Terengganu.
Kejap lagi ada discussion.

Oklah nanti sambung lagi.

Bye!


Friday, January 28, 2011

Minggu.Lepas

19 Januari 2011 Tun Mahathir telah datang ke Philea Resort. Korang tahu tak Philea resort tue kat mana? Resort ni dekat sangat dengan tol Ayer Keroh. Tak sampai 5 minit dari tol. Kira kalau nyanyi satu lagu sempat lah habis sebelum sampai dekat situ. Kalau nak bermalam, satu malam harganya RM1000. Aku yang dengar mula-mula pon dah tersedak. Apa agaknya yang best sampai RM1000 satu malam tue.


Berbalik pada kisah Tun. Sempena kedatangan beliau, syarikat aku ditugaskan untuk buat montaj & video streaming. So aku part montaj, team lain part video streaming. Buat montaj merupakan cabaran pertama sebab nak tunjuk Tun kan biarlah yang boleh berbekas di hati Tun. ahem. Tapi, bila kena handle overall sebab incik bos tiada merupakan super-cabaran bagi aku. Event hari Rabu 19 Januari, tapi nak tahu pukul berapa kami tido? Pukul 4 pagi beb sebab testing hanya dapat buat tengah malam tu . 6.30 pagi dah bangun balik sebab dah nak kena get ready. Super- cabaran. Tu belum campur dengan size montaj yang nampak kecil di skrin projector. Terpaksa betulkan semula. On the way ke resort, air milo satu bekas tumpah dalam kereta. Oh. Dugaan T___T

Dugaan terakhir bila MC annouce nak tunjukkan montaj, montaj tu tak keluar. Berderau darah. Nasib baik 1 minit lepas tu keluar. Kalau tak tak tahulah nak cakap apa.


Alhamdulillah, akhirnya semuanya berjalan lancar.

Puas rasa bila ada pegawai kata 'Tahniah'.

Puas rasa bila ada yang kata 'Good Job'.

Sangat beruntung dapat team member yang komited. Masing-masing tahu tanggungjawab masing-masing

Apa yang penting, KERJASAMA!


Oh.

Tapi yang paling puas sebenanya sebab aku dapat autograph Tun Mahathir!

Wednesday, May 20, 2009

The Wind Down Day..

Last week was a very hectic week for us at Danau. The Nordin Group opening ceremony really turned us into a 'busy-bee'. Everybody was struggling to make sure that the materials needed for the ceremony will be delivered on time. Alhamdulillah, the ceremony went successfully..

So yesterday, as for reward (and as a appreciation to the internship students at Danau), Dr.Zaharim treated us with bowling and pizza!





Scoreboard Group C: First game

Scoreboard Group D: First game


Scoreboard Group C: Second game





Scoreboard Group D: Second game

Scoreboard Group C: Third game


Scoreboard Group D: Third game


The game was happening! (Puan, wish you could join us yesterday... ) We were divided into four groups, A B C and D. I was in group C with Razif, Thony and Hajar. We've played 3 games. Well, everybody was talented.Full with skills!! The spinners, the strikers and not to forget - the cheerleader! hehe. The champion of the game went to.... drum roll please... Group B!



Next, we attacked pizza hut!
Before the day end, the internships need to make a speech. To Shidah, Razif, Qre & Azi, thanks for choosing Danau. Hope the experiences that u've gained with Danau will help u in your future career. :pandacloud_26:

Thanks to Dr.Zaharim for the bowling & the pizza. You're the coolest boss ever... :pandacloud_31:


p/s: Me and Shidah watched Angel & Demons after that. Awesome movie! Will review about the movie later. Keep reading life in mono ya!

Wednesday, March 4, 2009

KURSUS BERSAMAI PEGAWAI SERANTA

Kursus kemahiran berkomputer untuk Pegawai Seranta Negeri Melaka telah berjaya di adakan selama dua hari bertempat di Hotel Kings, Ayer Keroh Melaka.

Tujuan utama kursus ini di adakan adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan para pegwai seranta tentang dunia tanpa sempadan ini.

Para Pegawai amat bersemangat sepanjang dua hari kursus ini di jalankan. Mereka didedahkan dengan penggunaan Microsoft Office 2007, mengenali Internet, emel dan juga membina laman blog.

Semoga ilmu yang di peroleh dalam kursus ini dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sekaligus memberikan perkhidmatan 'World Class' kepada rakyat Melaka khususnya.


postScript: Ayat macam nk jawap peksa SPM kn? hehe ^__^

Thursday, December 18, 2008

THE INTERNS FAREWELL PARTY


This week will be the last week for Danau's Intern. As a reward, Dr & Puan had planned a very exciting day out for all of us last Tuesday.

The event started around 4 pm where all of us had safely sat inside the cruise. It was my first time to be on the Melaka Cruise ok! Ada sedikit rase takut sebab wonder nape diaorang tak bagi kiteorg pakai life jacket. Dah lah tak reti berenang! haha :pge20::pge20::pge20:

With Bernard as the story teller, the journey along the Melaka river was fascinating! Bernard was like an old history book. He knows everything about the river. He can tell you when that house is build, what that building will become in a 2011, what the story behind that building and many more! I was so amazing with the knowledge that Bernard have. Did you know the Entrapment movie by Sean Connery and Catherine Zeta Jones? One of the scene was shot at the Melaka river and Bernard can show exactly where it is. At the end of the journey, Bernard said 'Thank You & See you Again' in more than 10 different language. Cool isn't it?







Next, its MAKAN time! :pge04::pge04::pge04:

We went to Quayside Cafe, just a few meters from the jetty. The food was delicious. We had a very great time there especially when the staff need to give a final speech. Dengan tak prepare ape2, belasah je lah ckp. Bak kate Puan, my speech was like kempen pilihanraya. haha.






We also had a birthday celebration for Wana, Nadia and Qere. Happy birthday guys!

Thanks a lot to Dr& Puan for the full of fun and laughter day! We really enjoyed it and the memories will always remain in our heart.

Thursday, December 11, 2008

Hari Bersama Pelanggan

Danau's team baru sahaja balik ke opis setelah seharian berada di car park untuk Hari Pelanggan K-Ekonomi. :pge45::pge45::pge45:

Tapi yang uniknya, pelanggan yang datang adalah pelanggan yang bukak booth tue jugak dkt car park tue... unik kn? :pge05::pge05::pge05:

Gambar belom dapat lagi. Nanti kalo dh ade, aku upload....

Thursday, November 27, 2008

Kursus ICT

Hari ni dah masuk 3 hari aku mengajar usahawan baru tentang ICT. Para peserta ni dipilih oleh IMM utk mengikuti kursus selama dua hari ni. Mereka terdiri daripada golongan ibu tunggal dan juga dari golongan yang kurang berkurangan.

Group A dah tamat kursus semalam. Hari ni giliran Group B pulak. Group B nie kebanyakannya dari golongan warga emas.

Ada satu pakcik ni begitu menarik perhatian aku.

Umur dia dah 70 tahun. Diulangi 70 tahun yeee. Tapi baru tadi dia berpeluang menggunakan PC. Walaupun dia hanya tahu menaip menggunakan satu jari jek tapi pakcik ni punye semangat memang tinggi. Aku yang mengajar kat depan ni pon selalu jek pergi tempat dia nk tgk dia boleh ikut ke tak ape yang aku ajar. Fasi yang laen pon tolong sama tunjukkan kat mana letaknya abjad-abjad dekat keyboard tue untuk memudahkan dia taip. Isteri pakcik nie pon ada jugak. Istimewanya, mak cik ni pulak buta huruf. Tapi macam pakcik tadi, makcik nie tetap bersemangat nk belajar tentang komputer. Salute lah kat couple nie.. :pge07::pge07::pge07:




Semalam ada dinner talk. Nanti lah aku citer ye. Mau edit gambarnya dulu.

So, tunggguuuuu :pge51::pge51::pge51: