Lama tak update blog.
Rindu tak?
Rindu tak?
Rindu tak?
Macam-macam berlaku since last entry.
9hb Mei - Hari Mengundi.
MakAbah pagi-pagi lagi dah keluar mengundi.
Aku malas nak beratur pagi-pagi sebab kompem ramai.
So aku pergi jogging dulu.hehe
Dalam pukul 2 petang baru pergi pusat mengundi.
Sekali amik, panjanggg juga barisannya.
Dah lah panas leting.
Mujur bawak kipas & peppermint!
3.30 petang baru balik.
Malam tu, aku & Abah sama-sama tunggu keputusan.
1st yang tau Syed Saddiq menang kat Muo.
Walaupon keputusan tak rasmi tapi perasaan masa tu OMG - is this happening?
Tunggu sampai 3.30 pagi, keputusan rasmi tak keluar-keluar lagi walaupon dah boleh agak PH yang akan menang.
Slow nau nak announce.duhhh
Give up, terus masuk tido.
Abah pon masuk tido gak.
5.30 pagi terjaga, whatsapp berderet-deret.
THE PEOPLE HAS SPOKEN.
THE NEW GOVERNMENT HAS BEEN FORMED.
ALLAHUAKBAR!
ALHAMDULILLAH.
ALLAH JAWAP DAH DOA RAKYAT MALAYSIA.
Maka, sempena kemenangan PH, cuti lah Khamis & Jumaat.
Pergh, 5 hari straight cuti.
Mati kutu pon ada sebab tak ke mana-mana.
Kalau tau awal, kompem aku dah plan cuti-cuti Malaysia.
Eh tapi hari Sabtu kami ke MPO shopping.mihmihmih
17hb Mei - Hari Pertama Ramadhan - Cuti lagi
21hb hingga 23 Mei, outstation ke Johor Bahru.
Merasalah berpuasa di rantauan.haha
Terubat rindu nak pergi bazar ramadhan JB.
Dapat pula air kathira.
Sedap ya amat!
Hari ni dah 9 Ramadhan.
How time fliesssss!
Puasa korang macam mana?
Syaitan dah kena ikat.
Nafsu dalam diri tu?
Ok ke KO?
Oh last but not least,
WELCOME BACK TUN!



