Projek di Terengganu sedang berlangsung.
Jauh rezeki kami kali ni.
Beberapa tahun di selatan, kali ni ke pantai timur pulak.
So minggu lepas (21-23 Oct) kiteorang buat site visit.
Besar juga tempat yang nak dibangunkan tu.
Terus semangat berkobar-kobar.haha
Bertolak hari Sabtu, meeting hati Ahad, Isnin balik Melaka semula.
Sempatlah singgah ke Pasar Payang & kedai keropok lekor di Seberang Takir.
Tak berubah Pasar Payang.
10 tahun lepas pon masih macam tu.hehe
Untuk mak, sepasang sutera crepe.
Boleh tahan juga nak memilih, siap buat video called.
Naseb baek mak sukaaaaa.
Untuk rakan taulan, aku belikan kain batik Terengganu.
Rupanya ada banyak kategori kain batik ni - 3 lapis, 4 lapis, 5 lapis.
Aku amik yang 5 lapis.
Di Seberang Takir pulak, beli keropok lekor & keropok keping.
Mujur lah naik keta besor.
Separuh bonet, penuh dengan baru aku jaaa.haha
Minggu tu memang aku tinggal berdua je dengan husband.
Anak-anak & parents semua ke KL.
Nuha pon extend cuti sekolah sampai 2 minggu.
Suke hati awak je kan Nuha.
5 tahun ni takpe lagi.
6 tahun nanti, no no no.
Dah tinggal berdua, macam-macam aktiviti lah kan boleh dibuat.
Ala-ala honeymoon gitu.mihmihmih
Sempat lah pergi tengok cerita THOR yang baru.
Tak berapa best sangat sebab stroryline agak meleret.
Dah tu ada budak yang memekak dalam wayang.
Boleh tak yah ulas cerita tu?
Bising.
Duduk jelah tengok dendiam.
Weekend baru ni - join Potluck STF9600.
Nantilah buat next entry.
Ni pon dah panjang.
After all,
I am blessed.
Terima kasih Ya ALLAH!