Showing posts with label YL Essential oil. Show all posts
Showing posts with label YL Essential oil. Show all posts

Monday, September 25, 2017

Ada apa dengan Digize?


Minggu lepas, hero kecik- Ar Rayyan kena diarrhea sampai dua hari. 
Asal makan, zaasss. 
Minum susu, tak lama lepas stu pon, zaaaas. 
Ada sekali tu ingat dia dah lena tido, tetiba bangun teruss zassss. 
Tak sempat ke toilet. 
Pukul 3 pagi masa tu. 
Abah bertukar menjadi cinderella membersihkan lantai while mama bersihkan Rayyan.
Lebiu B!(Eh.Sempat!haha)

First day kena lagi dah mula sapukan Digize  & Thieves.
Diffuse Thieves juga. (Thieves - supaya tak berjangkit dekat si kakak atau si adik)

Mak dengan abah kakak dah bising suruh bawa ke hospital. Tapi kakak trust my instinct. 
Ar Rayyan will be ok!
Air putih memang minum dan masih lagi boleh main berebut mainan dengan adik ( Tak de melepek sepanjang hari)

So setengah jam or satu jam sekali, kakak sapukan EO ni.

Alhamdulillah. 
Hari kedua tu, makin lama makin kurang dah pengeluaran dari badan. 
Masuk hari ketiga, selera makan makin bertambah.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Ada 1 hari tu, mak kakak terlebih makan keledek masa minum petang- perut rasa tak sedap.
Mujurrrr ada DIGIZE. 
By maghrib dah legaaa. 

Again, semuanya dengan izin ALLAH jua. 
Mommies kena trust your instinct. 
Kalau tengok condition anak masih tak berubah lepas ikhtiar guna EO, sila berjumpa doktor.
Be alert ok mommies?



Atiqah Adnan ni loyal customer kakak.
Haritu dia whatsapp kakak bagitau anak dia ceriberi, tu yang kakak suggestkan DIGIZE.
Mudah-mudahan serasi.

Sekian perkongsian DIGIZE kakak untuk semua.
Terima kasih untuk yang baca sampai habis.

Nak tahu lebih lanjut, boleh PM or whatsapp kakak.

http://anoihalim.wassap.my/
http://anoihalim.wassap.my/
http://anoihalim.wassap.my/

Monday, February 6, 2017

YLEO : Lemongrass

Hari tu akak compile semuaaa testimoni lemongrass, la ni akak post satu-satu.

Biar terang korang baca.hehe

Ada sorang kakak manis ni beli lemon.
Dia yang dah sedia kuruih nak kuruih lagi.kihkihkih.

So akak bagi sample lemongrass. Masa tu tak tau pon yang dia ada sakit leher.

Dengan izinNYA, lepas sapu lemongrass ni, bengkak dekat leher dia semakin berkurangan dan semakin bertambah baik.

Excited akak dengar. Terus mohon jadikan testimoni. Yelah kang korang tak caya pulakkk.hehe

Lemongrass ni elok untuk melancarkan peredaran darah, selain tu kalau ada diffuser, boleh diffuse untuk menghalau nyamuk.


Nyamuk lari, bau bilik pon ala-ala spa. Gitew.

Nak tau lebih lanjut, whatsapp akak okeh!



Monday, January 30, 2017

Thank you Young Living!

Busy.Busy.Busy

Hari Sabtu, alhamdulillah Anor dah selamat bertunang.
1 hari menyebokkan diri dekat rumah Pok Da.
Dari pagi sampai ke petang.
Kenduri kahwin insyaALLAH bulan April nanti.

Rumah memang penuh.
Along, Angah, Ateh, Abang & family masing-masing.
Kiddos je dah  18 orang.
Macam hari raya dah meriahnya.hehe

Hari ni, rumah masih meriah but towards petang, Ateh balik KL, Abang balik Johor.
Malam dah rileks sikit. So dapatlah unpack barang-barang dari YLEO.
Mostly aku dapat percumaaaaaa.
Generous sangat tau Uncle Gary ni. Macam-macam dia bagi.haha


Dalam kotak unggu ni pula, sponsor dari my dearest friend untuk one of the event akan datang. 
Bukan event aku pon but jenis aku, orang buat baik dengan aku, insyaALLAH 10 kali aku buat baik balik dengan orang.

Tapi kalau once ko buat taik, sorry lah. Campur pulak pakej dengan aku-tak-pernah-kaco hidop-ko-tapi apehal-ko bajet BAGOS sangat?
Lagilah sorry. Tak rugi aku tak berkawan dengan jenis FAKE macam tu.


Oh. Ni je ke produknya?
Ni je pon, RM540 hokeh.
Ko hado?


Monday, November 14, 2016

Testmoni : JOY

A testimoni from my dear friend, Padi


☀️We had JOY, We had season in the sun☀️
---------------------------------------------------
I seldom write about YL's emotional blend range. Well, sincerely, when I first started oiling, I am more interested with oils that are able support my family physical wellbeing. 

Then, one day (sometimes in July) Amiza Amincame to my home for a sharing session and later after the sharing session was done, Ayman started to throw tantrum. Yes, he looks bubbly and cute but once he snap, just stay away, I repeat, stay away! Ayman being the middle child, he struggles catching up with his big brother, Afnan and sometimes he wants to be cuddle like baby Aisha. You can see the conflict now, right?

So, after witnessing the terror, Amiza told me to try out JOY, use it everyday (morning and night before Ayman goes to sleep). Pheww, he cool down a lot after few days applying the protocol, both of us, Adif and myself can actually see the difference (this is among the reason why my husband is so in love with the oils too, peace parenting yaw✌🏻️).

Then, another friend shared about her son too, similar issue, told her the same thing that Amiza taught me, Alhamdulillah, she observed improvement too, a lot of improvement! This made me much much happier, to share and able to make other people's life easier and happier.

I was using JOY this morning, and suddenly the whole story caught me, the most important part in doing Young Living Business is to enjoy YL as your lifestyle, tell stories and keep sharing. Isn't it lovely? 


Sunday, October 9, 2016

ISNIN???

Kenapa esok dah ISNIN??? 😅

Ni sindrom mak-mak yang bekerja.
Rasa kejapppp sangat weekend.
Tak puas nak bergolek-golek-bermain dengan anak-anak.
Alih-alih eh, esok mak kerja dah nakkk 😢

Anak-anak yang kena pergi taska atau sekolah pon, kadang-kadang ada drama gak bila tiba hari Isnin. Love-hate relationship gitu dengan taska & sekolah ni.hehe

Sooo, utk mengurangkan 'kenagaan' emak-emak(bapak2 biasa mmg cool je dalam apa jua situasi 😁), marilah cuba JOY.  Joy adalah gabungan 10 jenis tumbuh-tumbuhan dan salah satu daripadanya ialah ROSE(Rose adalah EO yang paling mahal okeh!)

Untuk anak-anak, JOY boleh membantu meningkatkan mood HAPPY bila nak ke taska atau sekolah. Boleh kurangkan cranky lah bak kata orang kampung akak. 😊

Untuk yang rasa lemauuu je nak ke pejabat, boleh juga cuba JOY. Pakai macam perfume. InsyaALLAH rasa gumbira je nak siapkan kerja dkt pejabat tu.

Selain itu, JOY juga boleh membantu mengatasi masalah kemurungan, tekanan perasaan dan apa-apa yang berkaitaan dengan 'kecederaan emosi'.

There was a time akak tepek JOY dekat muka sebab muka akak masa tu macam 'mak limah balik kampung' dah. Serabut oiii. Alhamdulillah JOY membantu sangat-sangat. 😊

Amacam? Rasa nak cuba JOY?

Whatsapp akak ye.



Friday, May 6, 2016

Oh My LEMON!

Kali ni akak tunjukkan dekat korang testimoni dari kengkawan akak yang dah menggunakan LEMON Essential Oil.
Batuk? Sakit Tekak?
Lemon kan adaaa.
Detox? Kulit muka bertambah licin gebu gebas? Crakced heels?
Rahsianya - gunalah LEMON Essential Oil.
Anak demam waktu malam?
Nak guna petua yg guna lemon tu, manalah ada kedai bukak memalam hari kan. 7-E pon tak ada jual lemon.

Maka, simpanlah sebotol LEMON Essential Oil ni. Sapukan pada tapak kaki dan spine. InsyaALLAH kebahlah demamnya nanti.
Nampak tak betapa banyaknya kegunaan lemon ni?

15ml tu guna 75biji LEMON tau. Harga member - RM51, non member- RM67.10
So apa tunggu lagi, mai order sebotol dengan akak. 

Friday, April 29, 2016

The beginning of my YLEO journey

Kemain tajuk aku dalam omputeh kan.hahaha. Ok meh aku cerita macam mana aku boleh terjebak dengan YLEO ni. YLEO ni shortform kepada Young Living Essesntial Oil ye para pembaca cikebum cikebum sekalian.

2015
Mula terjebak bila kawan sekolah, Afzan, cerita how she treated Afeef (her lovely autism kid) menggunakan EO. Rayyan masa tu dah nak dekat 1 tahun 4 bulan tapi takde 2 way conversation lagi dengan aku. Dok cakap Jermannnn je. Cakaplah Jepun pulak ke. Eh.

So afzan pon consult itu ini akhirnyaaaa terjebak lah aku. hahaha. Kebetulan 1st time dapat EO, Rayyan tak sihat. Kalau refer entry memang aku ada cerita sikit masa tu Rayyan demam. Aku pakaikan dia THIEVES dan PEPPERMINT. Alhamdulillah, dengan IZIN ALLAH, Rayyan kembali sihat. Part Rayyan nak suruh bercakap tu nanti aku cerita kendian eh.

So aku meneruskan guna Essential Oil ni dalam kehidupan harian. Nuha kena ketumbit pon, aku sapu kan EO. Eh sapu dekat keliling mata je. Dia pon kenal "I want the red bottle mama!"  (sebab Frankincense ni botol dia warna merah). Tapi tak lama lepas tu aku tak boleh bau EO. Aku rasa nak muntah. Pregnant khennnnn. Mabuklah bila bau EO tu. Terbehenti lah sekejap aku guna EO.

Dah habis berpantang, barulah boleh pakai EO semula. Tengok anak-anak pon ok, jarang2 sakit especially demam aku rasa - Eh, why not aku share kebaikan EO ni dekat mak-mak yang lain. So dari situlah aku start get serious dengan EO.

Oh. EO bukan hanya untuk anak-anak je. Untuk mak, ayah, adik, kakak, tok wan, pak cik, jiran sebelah rumah pon bolehhh pakai EO ni. Ok, dekat bawah ni aku bagi contoh LEMON.Kalau dalam FB, ramai yang share cara kurus dengan detox guna lemon. Sekarang lemon dah mahallll dik nonnnn. Sebiji, RM1.40 tak silap. So apa kata beli 1 botol LEMON ESSENTIL OIL. 15ml lemon essential oil ni dihasilkan dari 75 biji lemon. Haaaaa. Banyak kan. Young Living Essential Oil ni pulak cuma gunakan HASIL PERAHAN PERTAMA SAHAJA untuk dijadikan EO. Kira pati pertama tu sahaja lah. Ala, macam air tebu, pati air tebu tu yang paling sedap kan kan kan? Maaanis je rasa dia.


Takkan lah guna untuk detox sahaja? Oh tidak. Kalau anak-anak tak sihat, korang boleh mandikan dia dengan air lemon ni. Titik kan dalam besen, haa suruh dia berendam. Kalau untuk baby, 1 titik EO lemon ni sapukan pada tulang belakang dia. Kalau engkorang ada jerawat ponnn boleh letak dekat jerawat tu.

Ni contoh testimoni kawan-kawan yang gunakan LEMON untuk detox.


Ok. Siapa nak order, boleh Whatsappa ye. Harga Lemon 15ml ni RM51 (member), RM67.10 (non-member).

Whatsapp je kalau nak tanya apa-apa. InsyaALLAH aku akan explain satu-satu.

Tuesday, April 7, 2015

So HELLO?

Assalammualaikum. *wave laju-laju*

Iye aku tau blog aku ni bukan setakat dah bersawang, tapi dah tumbuh lalang hingga ke pinggang.
Amboi kemain peribahasa kan.

As usual, reason cliche - Busy you olllssss.
You ollsss lah sangat. Macam ada orang baca blog ko ni. kah!

So hi 2015!
Dimulakan dengan birthday Ainnur Nuha pada 17 Januari 2015.
3 tahun dah lilcaliph aku.
La ni hari-hari dia buat konsert dekat rumah.
"let it gooooooooo let it goooo....can hod it dat animoreeeeee"

Dia mintak mak wan (mak aku) telekung.
Ingatkan nak solat rupanya nak sarungkan aje dekat tali getah tu jadikan ala-ala baju Elsa.
Kemain tinggi imaginasi. haha
Sukehatilah sayangku Ainnur Nuha.
Moga membesar jadi anak yang solehah.

20hb Februari.
Besdei buah hati yang 32. Ewah dah 32 pon dok buah hati bagai. Sukehatilah.
Semoga kita ditempatkan bersama-sama disyurga firdausi.
Walaupun nanti ditemani bidadari si mata jeli, jangan lupa isteri mu ini. haha

Dah kenapa aku buat ucapan macam hari raya.
Belasah.
Hari ni mode sukehati menaip ikut kata hati.

28hb Februari.
Besdei aku yang 32 tahun juga.
Semoga aku mampu kurus.
Azam yang gagal dipenuhi setiap tahun.tettttt. T_____T

Masuk bulan March, memang busy gille siapkan pameran sempena kemahkotaan sultan johor.
Aku dah buat yang terbaik. Buku biru tentang sejarah johor tu berapa kali aku ulang baca supaya tak ada facts yang silap.
Dulu buku Hikayat Hang Tuah aku kena hadam. Sekarang ni buku sejarah johor.
Haaaa. Kerja aku skang ni baca membaca amalan mulia gitu.
Dah berlangsung pon pameran tu.
Korang pergilah tengok dekat Persada JB. Sampai hujung april kalau tak silap.

March pon aku macam zombie sebab Rayyan tak sihat.
Eh Muhammad Umar Ar Rayyan dah nak masuk 20 bulan.
Manja ketuk sangattttttt. Dialah yang paling kecik dalam rumah tapi dialah yang macam boss T_________T
Masih sedang develop vocab.
Tapi babytalk dia macam cakap german. Sebab aku pon tak paham apa dia cakap.
Bulan March hari tu a few days dia tak sihat.
Demam + batuk + selsema.
Ha, jarang-jarang sakit sekali dapat kombo.


Nak dijadikan cerita masa tu kawan-kawan aku dah ber-Essential Oil dengan Young Living
So aku pon cubalah.
Aku pakaikan rayyan thieves(utk boost imunisasi badan + batuk + keluarkan kahak) + peppermint (untuk turunkan suhu badan). Tapi aku still bagi PCM.

Alhamdulillah
Alhamdilillah
Alhamdulillah

Dalam 3 hari, hingus takdak, batuk takdak, demam pon surut.
Paling ingat bila pakaikan thieves tu, tak lama lepas tu mmg muntah yang super banyak. Kahak2 terkumpul semua keluar.
Kalau korang dengar geli, sorrylah tapi bagi mak-mak, melihat anak berjaya keluarkan kahak merupakan satu kejayaan!
hahaha

Aku dah jadik member, so sesiapa yang nak cuba Young Living Essential Oil ni, boleh whatsapp aku di nombor:

0 1 2 6 8 4 4 0 8 1

Oklah, moga-moga akuk bertambah rajin update blog ni sebab macam-macam aku nak share dengan korang tentang kebaikan Young Living Essential Oil ni.

Ni testimoni dari kawan-kawan aku. Jangan lupa, nak order whatsapp aku okeh!