Pukul 9.30 malam, telefon berbunyi.
"Assalammualaikum, Muhammad Jazmi ada?" tanya si pemanggil.
"Maaf. Jazmi ke masjid dengan datuknya. Siapa ni?"
"Saya dari SMKA As-Syakirin. Ni siapa ya yang bercakap?"
Haih.
Sori. Macam-macam yang nak di luah dalam ni tapi otak tak mampu nk berfikir secara rasional.
Jujur, perasaan emosional lebih menguasai diri.
My dear nephew, yang baru Form One, telah di denda ketuk ketampi sebanyak 400 kali. Di ulangi, 400 KALI oleh seorang senior Form Five kerana tidak berpuasa sunat pada hari Khamis.
Sangat marah sampai mengigil.
Menangis.
Kasihan Along...
Subahanallah. 400 kali memang sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Apatah lagi untuk Jazmi yang bertubuh kecil itu.
Jangan terkejut kerana kejadian berlaku di sekolah yang dikenali sebagai sebuah SEKOLAH AGAMA.
Rasa mahu terus berjumpa dengan pelajar itu. Mahu dia merasakan apa yang pelajar yang di denda itu rasa.
Baru jadi Ketua Murid sudah bertindak sewenang-wenangnya.
Seorang daripada mangsa terpaksa ke hospital kerana mengalami kecederaan di kaki.
Mujur Along mampu bertahan. Cuma sengal-sengal kaki adunya.
Sedikit pon dia tidak mengadu kepada kami tentang peristiwa itu.
Kami dapat tahu dari guru sekolah yang risau dia tidak pulang-pulang lagi.
Haih...
What should I do??