Maka sempena kepulangan ahli keluarga ke rumah setelah seminggu di tinggalkan bersendirian (T__________T) Sabtu malam kami ke Alai. Kami tu aku & hubby, Ma & anak buah aku. Abah tak nak ikut sebab Abah ada kelas mengaji malam tu. Anaknda Abah yang kureng ni cuba menghasut: 'Ala Abah ponteng jelah'. Tapi ko ingat Abah aku nak ponteng? Tak da lah Abah nak ponteng. Abah kata Abah dah lama tak jumpa Ustaz tu. Tapi Abah kata nanti tapaukan jek. Eheh. Comel lah Abah.
Sampai dekat sana dalam pukul 8.30. Punyelah ramai umat manusia. Cheh. Salah timing lah. Hujung minggu pada bulan pertama. Macam mana boleh tak teringat daa. Tapi nak makan punya pasal kami tunggu juga untuk dapat seat yang best.
Sambil-sambil tu pilih lah nak makan ape. Akhirnya dapat jugak seat. Dalam setengah jam jugaklah lauk pauk siap. Layan gambar je lah ye.