Showing posts with label weDDing Prep. Show all posts
Showing posts with label weDDing Prep. Show all posts

Saturday, June 12, 2010

YOU're. INVITED!


Dear readers & bloggers,

Please leave me your address or

you can send it to: anoi_7@yahoo.com

T H A N K. Y O U!!

Tuesday, June 8, 2010

Buku. Tamu

Balik dari kerja semalam terus ke kedai untuk beli gam gajah. Aku rasa gam gajah tue tipu sebab benda yang aku nak lekatkan tue tak melekat pon. Gam UHU jugak yang jadi penyelamat..huhu

Sebenarnya beli sebab nk tampal bunga & rama-rama ni dekat cover guest book.



Buku ni beli dekat Bali dengan harga RM7.40. Beli 2 jek. Rugi pulak rasa tak beli lebih-lebih. Boleh aku buat scrap book. Haha. Berangan aku ni nk buat scrap book.

Bunga & rama-rama tue hasil lebihan deco masa bertunang dulu. So tampalkan aje.

Dalam dia pulak print kan gambar bunting. Matching pulak dengan cover buku ni. ^^


So rakan taulan, sila tinggalkan pesanan penaja anda dalam buku ni ye. Buku ni akan ada berdekatan dengan frame gambar yg letak atas easel tue nanti.

Nampaknya ini merupakan entry terakhir sebelum aku mula bercuti esok.

Kalau broadband kat rumah tue tak bertukar menjadi berok mak yeh, aku akan update lagi. Tue pon kalau ade kesempatan.

Tolong doakan supaya majlis aku berjalan lancar ye.

Doakan juga supaya jodoh aku dan dia berkekalan hingga akhir nafas aku.

Jumpa lagi nanti!

XOXOXOXO

Monday, June 7, 2010

Penanda. Jalan

Rakan taulan. Ni merupakan check point untuk korang. Di belakang check point ni ada clue untuk ke check point yang seterusnya. So pepandaai lah korang nanti carik clue tue tau. Final point of courselah rumah aku.


Eheh. Acah jelah.

Karang korang tak nak datang plak rumah aku.

Ni penanda jalan. Sengaja pilih warna kuning sebagai latar belakang supaya memudahkan korang nampak. 100 meter lagi sebelum sampai simpang korang dqh tau dah simpang jalan nk masuk rumah aku. hehe

Ma suruh letak nama ibubapa sekali sebab takut jemputan tak tau yang kawen ni anak sape. Baeklah Ma. Saya telah menurut perintah.. ^^

Nak ikutkan Abah aku, dia tak nak besar A3 ni.. dia nak besar bunting tu untuk penanda jalan. Kalau boleh nak letak sebelah bunting SUKMA.

Tersedak aku di buatnya masa dengar hari tue.

So far persediaan berjalan lancar.

Masa ni, kakak-kakak aku tengah dok carik gedik bag untuk budak2 pulak.

Aku tak di benarkan join.. T________T

Oklah. Nanti aku rajin aku sambung lagi..

Friday, June 4, 2010

Jumaat terakhir sebagai Cik.

Pagi-pagi drive pergi kerja hujan turun dengan selebat-lebatnya. Mula-mula rasa biasa jek tapi dah lama-lama rasa syahdu pulak dalam hati. Hujan rahmat di hari Jumaat.

Hari ni hari Jumaat yang terakhir aku jadik Cik. Minggu depan insyaalah jika di beri kesempatan lagi untuk bernafas, aku dah tak pegang lagi title Cik tue...T__T

Anywayyyyy... beberapa hari lepas telah gigih meng-DIY easel. Eh jangan ingat akupegi potong kayu tue plak. Aku beli kayu tu tapi dalam packaging tu takde provide skru. Boleh pulak cam tue. huhu. Maka seperti biasa kena menjadik tabah keluar-masok kedai hardware nk beli skru-skru berkenaan.

Balik jek terus lah pasang.

Hasilnya.....



Frame belum ada gambar. Gambar tue nanti aku nk letak gambar nikah. Aku nikah petang Jumaat so lepas jek bergedik-gedik amik gambar aku nk terus pegi cuci. Dah tanya kedai gambar tue yang kalo size 12R boleh siap dalam 2 jam. So, Incik Sam Rais, sila jadikan gambar saya cantik menarik tertarik aku udah gemuk.

Aku tak buat pre-wed. Sebab... sebab tak nak buat lah. ^^

Oh. Korang ingat aku nak lepaskan title Cik macam tue shj? No no no noo..

Jummat minggu depan aku nk title Cik Puan Muda, boleh?

Tuesday, June 1, 2010

Jumpa. Dr Gigi.

Tadi ada temu janji dengan doktor gigi. Dari hari tu lagi nak buat scalling tapi tak terbuat-buat. Asek tertangguh jek. Akhirnya tadi gigi aku ni telah selamat di bersihkan oleh Dr ape tah nama Dr tu tadi.

Ngiluuuuuuuuuuuuuu woooooooo.. Dengan bunyi mesin tue dok zing sana zing sini... rasa macam macam.. Ah. Siapa yang buat taulah kan rasa macam mana.

Dulu aku paling takut jumpa doktor gigi. Masa darjah satu, aku siap ponteng sekolah sebab takut dengan doktor gigi yang nak datang kat sekolah aku. Nangis-nangis aku tak nak pegi. Sebab aku takut dengan mesin dia tu. Haha. Sekarang tidak lagi. Eh. Tapi adelah takut sedikit.

Konon nak buat bleaching + whitening. Sekali aku tanye kalau nk buat berapa caj dia? RM1200 dik. Oh. Pengsan! Nanti2 lah saya buat ye nurse.

Ni baru scalling. Kalo kena tampal tak tau lah rasa macam mana. Gigi aku lom ada lagi yang kena tampal. Aku harap sampai bila-bila pon tak yah kena tampal.

On the way balik, aku singgah kedai Seri Kreatif amik banting. Eh cam mana eja banting? Banting ke bunting? Ah. Mana-manalah kan. Janji sama makna.

Oh. Aku sangat suka banting ini!


Korang jangan lupa datang ye! ^^

Monday, May 31, 2010

3 hari. Cuti

Khamis petang telah bergegas ke Parkson carik barang-barang untuk bilik. Bilik perantin aku belom siap lagi. Tapi dekat parkson ada sale pulak tue. Menyampah sebab laen yang aku nak beli, laen yang aku TER-beli. TER maksudnya tidak di sengajakan lah kan? hehe

Hari Jumaat, Along balik. Memandangkan sekarang aktiviti mengemas rumah di jalankan secara berkala maka aktiviti wajiblah kena kemas rumah tue lagi. Makin banyak barang yang dah mula bersepah. Makin mula pening kepala nak susun.

Malam tue ada aktiviti makan-makan. Eh. Sebelom makan-makan ada kenduri kecil-kecilan antara keluarga di rumah sepupu. Sebelah rumah jek pon. Ada nasik lemak + ikan bakar+ udang + sambal sotong + macam-macam lagi lah. Aku datang makan jek. Tak senonoh punya perangai. Korang jangan ikut tau.

Hari Sabtu adalah hari menggantung langsir. Hall telah berwajah baru dengan langsir cantik jahitan Ma. Siapa nak tengok sila datang rumah aku nanti eh.. ^^

Petang tue bawak Ma & Abah ke rumah Pak Ndak. Ada kenduri akikah cucu Pak Ndak. Makan lagi. Oh. Aku memang tak diet pon untuk majlis aku ni. Apa yang ada sume aku belasah. hehe


Comel lah Safiya Khadijah ni. Aku rasa nak gigit-gigit jek pipi dia neh. hehe

Hari Ahad. Sambung kemas bilik perantin. Selagi tak majlis selagi tue lah dok ngemas. Lepas kems, sepah. Kemas lagi, sepah lagi. Aku lah tue yang tukang buat sepah. hehe

Aku dah siap pasang tapi Ma kata tak lawa pulak satu bahagian ni tak letak manik. Ma nak letak aku kata tak yahlah [Sebenarnya sebab malas nk turunkan, lepas tue kena pasang balik]. Tapi sebab tak nak jadik anak derhaka, aku kena turunkan balik langsir tue.


Ma bergegas jahitkan manik. Pastu aku naikkan balik langsir tu. Gigih tahu! Tapi, memang cantik lah langsir tue jadiknya. Tuelah.. jangan bantah cakap mak. She knows better!

Lagi 10 hari. Aku semakin pening. T__T

Wednesday, May 26, 2010

Baju. Mereka

Lama tak update. Janji tinggal janji jek konon aku nak update hari-hari.heh

Semakin banyak benda yang nak kena buat.

Semakin sedikit hari yang tinggal.

Perasaan? Entah.

Bercampur aduk seperti Ais Kacang Makcik Kenit.hehe

Berbalik pada topik.

Nanti masa majlis berarak, aku ada dayang-dayang yang akan tolong bawakan dulang hantaran.

Sajalah nak feeling ala-ala pengantin di raja kan. Eh. Tapi aku kan raja sehari. Maka tiada masalah lah kan?

Sebab dah ada dayang-dayang haruslah carik baju yang bersesuaian.

Hasilnya...



Aish.. kamera ni mmg nk kena campak. huhu

Okeh ni close up.


Aku beli 10 pasang. Sepasang lagi mestilah untuk aku.

Nanti ada kumpulan gamelan. So aku nk suruh dayang-dayang aku buat tarian jai-ho kat tengah-tengah laman nanti.

Haha. Tak lah. Aku memain jek. Hilang akal nak joget hindustan kat situ.

Aku rasa tema perkahwinan aku dah jadik macam perkahwinan Kesultanan Melayu Melaka lah.

Oh!

Thursday, May 20, 2010

Bunting. Aku

Yeay. Adelah teruja melihat hasil dari Wanjak!


Inilah bunting yang Wanjak tolong designkan.

Sangat talented tau dia bab design ni espesially kalo guna AI. Kalo suruh aku, tak tau lah jadik macam mane.. huhu..

Niat awal nak letak gambar dari komik "Love Is" tapi Wanjak dah buat yang lagi chantek. oh.i.Loikeeeeeeeee ^^

Siapa-siapa yang berminat, sila lawati:


oh.Suka! Terima kasih Wanjak....

Tak sabar mahu hantar print.. lallalalalla

Tuesday, May 18, 2010

Bunga Rozet.Ma.

Bunga rozet ni adelah yang benda pertama yang siap. Bunga ni beli dekat Sin Yin,Semua House. B2B sure tau lah kan kat mana since kat situlah bola-bola api (read: bola yg nk buat pomander ball) senang di cari.


Kenapa bunga rozet Ma? Sebab bunga-bunga nie special untuk kawan-kawan Ma yang jadi kendarat pada hari tu. Aku tak tau lah kat area laen panggil ape tapi kalo kat Melaka panggilannya 'Orang Kendarat'. Ade yang panggil penanggah. Tak kesah lah panggilannya ape, janji tujuannya sama nk melicinkan situasi di bawah khemah tetamu.

Oh. Tadi baca blog Cik Dira (Dira, aku dah dapat kad kawen ko yg gojes tue! ^^ )

So tentatifnya:

Jumaat, 11 JUN 2010

Selepas Solat Jumaat : Kenduri doa selamat & tahlil
Menu : Ikan keli salai masak lomak cili padi + Ikan tenggiri asam pedas + pajeri + kerabu + buah-buahan


Suasana kenduri biasanya akan macam ni:

Selepas Asar: Nikah.
Menu: Tak kompem lagi.

Selepas Maghrib/Isya': Malam berinai besar
Menu: Tiada kepastian lagi.


Sabtu, 12 JUN 2010

Pagi: Khatam Al-Quran bersama anak-anak buah.

11.00 pg- 4.00 ptg: Majlis berlangsung

1 ptg: Bersanding.

Kad belum abes post lagi... sabar ye kawan-kawan.. ^^

Thursday, May 13, 2010

Kad Kawen yang Tabah Versi 2.

Kad kawen aku nanti ada dua versi. Satu untuk kawan-kawan & sedara mara Ma dan abah. Lagi satu versi untuk rakan taulan kenalan aku.

Sama macam kad kawen tabah yang dulu, kad ni pon di beli kosong dan buat printing dekat sini.

Ape yang tabah?

1. Masa untuk menunggu semua printing siap -Adalah sangat lama! Waiting is hurting bukan? huhu.

2. Masa untuk menyiapkan satu-satu kad - Sangat leceh sebab nak kena gunting dulu selotep. Pstu tampal bahagian hard cover. Pastu selitkan map. Tampal pulak inlay. Satu malam buat tak sampai sepuluh keping. huhuhu




So tadi berkesempatan untuk postkan 1st batch dulu kepada rakan taulan.


Kepada yang belum dapat, sabar ye.. aku akan siapkan & postkan secepat mungkin...

Tuesday, May 11, 2010

Set Katil. Aku.

Setelah beberapa minggu menungu, akhirnya sampai juga kat rumah set katil nie. Suka!

Ma aku lagilah teruja sebab dah tak sabar-sabar nk jahit kelambu bagai untuk katil ni.

Penat hokeh nak carik design yang aku nak. Sebab aku nk semua kayu solid. Tak mahu yang palang-palang atas tue dari besi dan tak mahu kerawang-kerawang.

Naseb baek lah jumpa kalo tak aku dh decide tak yah tukar katil. [konon.haha]



So inilah picturenya. Gambo tak lawa sgt sbb pakai henpon mio ni. Aku rasa henpon mio ni dh jadik miong.huhu

Mahapkan lah segala bersepah bagai dalam gambar tue. Memang lom siap berkemas lagi bilik ni. Tapi dah excited amik gambo.

Langsir untuk bilik pengantin pon Ma dah siap kan. Tapi bukan yang dalam gambo tue. Hari tu abang aku naikkan railing tempat langsir tue pastue tak dipasang balik scallop langsir . Abang aku kata nanti pasang langsir kawen terus. Baiklah Abang. Abang lah yang tolong pasangkan nanti ye? hehe

Ma aku memang pandai jahit. Tunngu lah nanti hasilnye...

Thank you Ma...sayang Ma lapan belas juta kali....

Tuesday, May 4, 2010

Misi Hujung Minggu Lepas

Minggu lepas baru ni, semua kakak-kakak aku & abang aku balik.

Kalau dah semua berkumpul. Meriah suasana macam hari raya lah kan rumah aku tu. Happening!

Tujuan utama of course lah sebab nak mengembeling tenaga mengemas rumah.

Chef De Mission merangkap Chef tukang masak - Ateh

Jurutera merangkap Interrior Designer merangkap orang yang tahu barang tue dekat mana- Ma

Kuli- Along, Angah, Abang, Aku ngan anak-anak buah aku.

Tukang tolong belikan ais + air 100 plus- Abang Ngah (nakkkk jugak aku masukan.hehe)

Sakit-sakit woo satu badan angkat almari, kerusi, TV. Buat aku rasa nak beli TV LCD jek lepas ni. kehkehkeh




Dua hari punya kerja baru siap 50%. Langsir belum pasang lagi. Lepas ni Ma dah tak bagi aku panjat-panjat lagi dah. Aku sukaaaaaaaaaa.....hahahaha kalo tak aku lah kan yang kena panjat sana sini.

So misi mengemas rumah akan di sambung semula pada hujung bulan ini.

37 hari lgi.

Oh!

Friday, April 30, 2010

Kad Kawen yang tabah

Tajuk macam tak boleh blah. Tapi tuelah hakikatnya nak menyiapkan kad kawen yang satu ini memerlukan tahap ketabahan yang maksima.

Kad ni beli tahun lepas masa bercoti-coti di Bandung. Tak ingat dah berapa harganya tapi below 50 sen kalo tak salah.
Dengan keyakinan hati bahawa dekat Malaysia boleh jumpa envelope & boleh buat printing sendiri, maka tanpa segan silu terus beli 1000 keping.

So agak lama lah jugak kad ni terperam. Sampailah bulan dua hari tue baru terhegeh-hegeh cari envelope & carik tempat printing.

Sekali kau.....amik, envelope ni bukan termausk standard size yang boleh jumpa kat kedai buku ataupun kat Mydin. Mulalah rasa cuak kan. Suggest kat Ma kata ikat reben je lah. Tak yah guna envelope. Tapi Ma kata kalau nk post untuk orang jauh cam mane? Maka bergegas lah email kesana-kemari. Sampai supplier envelope pon aku email tau sbb nk tanya ada ke tak size ni. T___T

Tapi satu hari tue telah terjumpa blog ni:

http://kadkahwinstore.blogspot.com

Wah... kad yg macam aku pon dia ada jual lah. Harapan setinggi gunung semoga envelope pon dia ada jual.

Terus sms andddddddd sukaaaaaaa sebab kompem dia ada envelope tue.

Rupanya pemilik blog ini adalah Cik Nad dari Ole-Ole Manis.

Thank you NAD! You save my day! hehe

Kebetulan ke KL haritue maka berjumpalah dengan Cik Nad. Meeting point dekat RnR Kinrara. Punye lah jauh kan. Tak kesah sebab hal envelope dah settel! Siap buat lagi satu rubber stamp sebab nk cop cop atas envelope.

Selesai envelope, bahagian dalam kad ni pulak ramai yang tak mahu print sbb takut bunga-bunga tue putus. Adeh.....cobaan betul lah.

Tapi alhamdulillah..lastly jumpa satu kedai ni dekat ngan area2 opis yang sanggup print. Nama kedai tue EKO PRINTING. Tokei kedai nama Ah Boon. Baek hati woo uncle ni walopon hari-hari terpaksa ngadap muka aku sebab aku hari-hari pergi kedai dia nk tengok progress macam mana.

Setlah berpenat lelah...ini lah hasilnya:




Maka rakan taulan sekalian, silalah emailkan alamat korang kepada aku supaya aku dapat poskan kad kawen yang tabah ini kepada korang...

Selamat Hari Jumaat!

Wednesday, April 28, 2010

THE INAI!

My cousins & aunt safely arrived from Mekah. Alhamdulillah the Umrah went well..wish that my turn will come soon.. :)

She bought me this purposely for me to use it during my W-Day...


.... i loikeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee it very much!!! Thank you Kak Enon!!

So I did this to my three fingers:


After one hour:

I need to touch up since there's an area that missed. It turned to bright orange! Love it! ^^

Monday, April 12, 2010

T O L O N G!


Saya sedang mencari sampul surat atau dalam bahasa inggerisnya ENVELOPE
bersaiz

5 inci X 10 inci

jumlah yang diperlukan: 1050 keping

Maka, sesiapa yang tahu dekat mana/ kedai apa/

, sila tinggalkan komen atau email kn kpd:

anoihalim@gmail.com

Pertolongan anda amatlah saya hargai!

Thursday, April 8, 2010

The Making of my TQTAG

Aku ada seribu dua ratus keping TQTAG yang kosong. Di beri secara percuma semasa membeli kad kawen kat Bandung tahun lepas.

Sungguh awal kan aku beli kad kawen? Tapi baru sekarang aku nk carik tempat print. Itu pon sebab ma dah bising kad kawen aku tak nampak bayang lagi.

Jangan riso wahai bonda, semuanya insyallah undercontrol. (Ayat nak sedapkan hati sendiri)

Untuk memendekkan cerita, aku pon buatlah rubber stamp kat kedai cina belakang opis aku ni.

Memula fikir mestilah mahal sebab design sendiri. Tapi murah jek sebenarnya. Utk dua design ni aku kena RM15. Murah bukan? Aku sukeeeeeeeeee.....

Pukul 5 lebih tadi adik kat kedai tu called suruh collect.

Wah. Cepat dan pantas!

Dpat jek terus cuba jaya kat atas kad ni...


Not so bad lah kan? Janji jimattttttttttt.... hehehe

Monday, April 5, 2010

The Making of my Pomander Balls

Bought the rounded foam at Sin Yin Semua House and the flowers at Cowboy.

With the help from my dear sister Ateh, we did 4 pomander balls!

Hoorayyyyy....!!

Oh.66 days to go! ^^

Monday, March 29, 2010

The Preparations

73 days to go. My oh my.. how time flies..

Here are my preparations so far..

The Nikah form: NOT DONE YET!huhu

Nikah outfit: Sent to the tailor.

Mak Andam - Done! Hope the dress maker will not go wrong with my theme colour. It's ROYAL-YELLOW. Not soft-yellow, gold-yellow or whatever yellow. I want a ROYAL YELLOW. Yes dear reader, my wedding theme is ROYAL YELLOW.

Photographer- Done! Do visit http://www.samrais.fotopages.com. Hope the outcome is superb!

Goody bag:
For VIP & Groom side - 50% Done. Bought the bags, flowers + cute hand fan but still can't decide one more item to add on.
For the guest - 50% Done.

The bedroom set: Still survey.

The house decor: 50% Done! Curtain by my mum. Thank you mum! love u very the much! hehe

The Hantaran : DONE!

The Hantaran Decor: Not yet.

Gamelan & Caklempong group: Booked!

Canopy: Booked!

The Chef: Booked!I didnt use a catering service. Everything will be cooked at my home..yummy yummy..

Well.. hope the plan will run smoothly~~~



Monday, March 1, 2010

Oh.Jakarta:Hari Pertama

Perjalan bermula di petang Khamis yang hening menuju ke KL. Malam tue sempat pow Abg aku makan ikan stim masak lemon yang sedap menjilat gigi..ok sedapnya.ngapngapngap. Then terus shoot ke Kl sentral untuk pick up partner in crime ku, Meklah.

Hari Jumaat sesudah subuh, Cinta Hati yang baek hati telah sudi menghantar dua cewek manis ke LCCT. Sekarang ni air asia dah buat polisi baru ( tak tau lah dah lama/baru tapi dulu takde plak cm ni), untuk yang ke Indonesia diaorang bukak satu area untuk check in kaunter. Tak kira lah korang pergi mana & pukul brape flight koraang kat situ lah yang korang kena check in nanti. So pandai-pandai lah bajet masa eh. Dekat sini dah macam kat Pudu masa hari raya.
Dah boarding, bergegas pulak carik money changer sebab nk tukar ke rupiah. Mahal gak lah. 1juta = RM390 .. =.="
Tepat pukul 10am, flight QZ7691 selamat berlepas dan selamat tiba di Soekarno Hatta International Airport pukul 12tgh. Since di Indoensia lambat sejam maka waktu disana baru pukul 11pg. Konon save satu jam lah.hehe

Keluar dari airpsrt ade sorang bapak ni dok approached suruh naik teksi dia. Aku tanya berapa kalau nak ke N1 Hotel, dia caj 270k. Helllooo.... giler lah mahal. So sorry naik lorilah bapak, walopon ini baru kali pertama kami kesini tapi ilmu kami penuh di dada tau...chewahhh...
Disarankan kepada anda semua, makcik2, pakcik, tue kakak yang tengah dok kerut2 dahi tue, kalau naik naik teksi di sana, ambillah teksi yang cap BLUE BIRD. Teksi warna biru, pemandu nya pakai kemeja ade burung ala-ala mcm burung twitter tue. Teksi yang boleh dipercayai dan ikut meter. Perjalanan mengambil masa antara 30 minit-45 minit dan caj yang kiteorang kena hari tue adalah Rupiah 100k = RM37 (Mengikut kadar 1juta =RM373)

Check in di HOTEL N1. Selesa lah untuk takat buat tido. Kalau korang berhajat nk feeling2 tido hotel mewah, sila pilih hotel laen ye.hehe.
Lepas jek check in dan melepaskan lelah seminit dua, kami pon bergegas ke Pasar Jatinegara. As usual, teksi blue bird menjadi pilihan. Korang boleh suruh cewek receptionist tue panggilkan teksi. Tapi masa menunggu agak lama jugaklah dalam 10-15 minit. Jarak perjalanan ke Pasar Jatinegara adalah selama setengah jam kalao tak macet. Kalo macet dari 45 minit hingga ke satu jam jugaklah.

Tujuan utama sebab nk beli souvenier goody bag! Kat sini memang macam pasar borong. Harga semua harga borong. Macam2 souvenier pelik2 ada kat sini. Lepas survey2, akhirnya berkenan dekat kedai Etnik Souvenier.



Selaen souvenier, macam-macam lagi lah yang ada. Pasar ni lebey kurang macam Tanah Abang tapi lebeh sebok. Waktu tutup 4-5 pm. Dah berjalan-jalan, berkenan pulak dengan kedai yang jual baju perantin yang chantek2. Beli 2 pasang. Satu yg Dewi pesan, yang lagi satu belum sure sape punye.. hehe..

Oh. On the way balik tue kiteorg sesat..hehehe....tunggu next entry lah eh...

Wednesday, February 24, 2010

Sabtu Yang Lepas...

1. Telah ke butik perantin [tiru perkataan ederq] untuk sesi ukur-mengukur baju. Oh. I heart this new butik perantin. Harapnya tiada masalah.ahem.

oh.ini bukan warna tema saya. ^^


2. Bergegas pulak carik tailor utk tempah baju nikah. Saya punya dah setel. Nak tempah untuk incik tunang pulak. Tempah jahit & sulam bagai = RM120 ajo. Okeh under budget. Suke!

3. Pastu pergi makan sampai gemok. Oh.gemok. Oh myGemok!

4. Menawaf shopping complex sebab nak carik barang hantaran. Jumpa & under budget...... Suke kuasa 18!!

5. Misi mencarik gedix goody bag akan di laksanakan pada 26-28 ini.

6. Harap-harap misi ini berjaya. Nantikan laporan saya!