Raya KeduaRumah kembali sebok menyediakan bahan-bahan untuk kenduri di raya ketiga. Ateh ngan Ma jadik chef kat dapor while me ditugaskan menjadi pelayan tetamu yang datang beraya ke rumah. Boleh tahan jugak tetamu yang datang raya ke dua nie. Meriah suasana. Time takde tetamu, pergi plak kat dapor tolong Ma ngan Ateh. Aktiviti utama di dapor adelah menyalai ikan sembilang. Sape-sape yang nk membakar lemak, aktiviti ini amatlah digalakkan.hehe
Malam tue, ada open house kat rumah pakcik. So after maghrib kiteorg pon bergegas lah bersiap. Then terus shoot ke rumah pakcik. Makan-makan dan makan lagi. Then diakhiri dengan aktiviti bergambar *as usual lh kn.hehe*. Balik tue ekceli kene kacau custard pulak sebab nk ubat puding cocktail. Naseb baek laha de assistant yang tolong kaco kan coz 5 minit pas tue dah ngantuk giller, terus ZzZZzZz...

Raya KetigaBig day! Kecoh giller kat dapur belakang. Yang buat sambal udang, yang buat masak lemak cili padi, yang buat pajeri terung. Dah aktiviti berjemaah kan, mau tak kecoh jadiknye. Gotong royong nie seronok. Memacam kejadian/cerita bleh terjadik masa nie.hehe. Jemputan mula datang selepas Solat Jumaat dan berterusan sehinggalah ke malam. Ramai yang datang. Alhamdulillah. Semoga keluarga kami dilimpahi rezeki lagi. Akibat kepenatan, lepas jek Maghrib terus tdo. Tapi kejap jelah coz banyak benda yang kena dikemaskan.
-cuba teka kenapa saya menangis?hahaha-
Raya KeempatKami beramai-ramai ke open house YB Hidir. Cik Yan (wife YB) agak baik jugak with our big family. So tetiap tahun dah jadik acara wajib ke open house diaorang. Balik dari sana just lepas-lepak jek kat umah. Oh. Guess what. Kueh raya yang dibuat oleh yours truly telah selamat di belasah oleh kanak-kanak ribena. Baek kueh kapit or biskut telus rebus. Dua bekas jek yang dapat dihidangkan kat tetamu. The rest dah di ngappppppp awal-awal lagi. Tue maknanya, taun depan kene buat lebeh lagi.hehe. Malam tue ade open house kat rumah my kazen. Tapi tak pegi sebab teman Angah yang saket. Pitty her. Tak tau lah sebab apa sampai tak bermaya cenggitu. Luckily the next day dia dah ok.

Raya KelimaKeberangkatan pulang Mem-mem dan Tuan Besar ke rumah masing-masing.Start dari Ateh yg balik ke KL. Abang balik Johor and Along yg balik Mersing. Angah and me sambung cuti lagi satu hari. So hari Isnin, Angah plak balik Penang and hari Selasa dah mula kerja.
Tamat dah cerita beraya di rumah.
postSricpt:Sepanjang lima hari raye, aseklah pergi kedai RM2 sebab kekanak ribena nak beli toys. Kang kalo tak bawak, muncung panjang sedepa and bersiap sedialah dengan rengekan manja oleh mereka.Naseb baek lah auntie diaoeng nie baek hati nk melayan....lallalallala..