Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Thursday, January 4, 2018

Makan-makan Muo.

Sambung cerita tahun baru sementara teringat.

Dekat kedai satay ni, punyalah ramai orang.
Mungkin sebab ramai yang masih bercuti.
Tapi orang Muar dah kerja dah hari Isnin tu sebab Johor tak amik cuti tahun baru.

Sebab ramai maka kami kena beratur tunggu untuk dapatkan meja.

10 minutes menunggu, ada dah meja kosong.
Instead duduk bertentang mata (mihmihmih), husband suka duduk sebelah menyebelah.
Dari dulu lagi macam ni.
Aku selalu cakap - dah macam pembaca berita duduk macam ni.hahaha

Orderlah satay, mee rebus dan yang sewaktu dengannya.
Harga satay kat Muar ni semua standard - 70 sen secucuk.

Sementara tunggu order sampai, nampak orang yang baru sampai makin ramai.
Among them ada 3 orang pakcik yang mencari-cari tempat duduk.

One of them datang ke meja kiteorang & tanya - "Boleh kami duduk?"

Of course lah bolehh.

" Duduklah pakcik. Boleh je share meja if you don't mind."

Then dia panggil kawan dia lagi dua orang.
Pakcik bertiga ni rupanya kawan baik sejak umur 7 tahun lagi.
Now umur dah mid-50.

Kemain rancaklah kiteorang berborak.
Time nak bayar, rupanya Pakcik sorang ni dah bayarkan untuk kiteorang sekali.

Siap yang ditapau pon dia bayarkan.
Banyak oii kiteorang tapau.
Segan jugak rasa masa tu.
Tapi sebab pakcik insist, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan.eheh

Alhamdulillah.

Rezeki tahun baru kekdahnya.

Moga rezeki pakcik dimruahkan ALLAH selalu.

Then kiteorang sambung jalan-jalan,

Again...rezeki ALLAH memang tak salah alamat.