Seperti yang di jadulkan, minggu ni merupakan minggu membuat kueh raya secara besar-besaran. Jumaat malam, agenda pertama adala 'menopping' almond london. Akulah tue yang kena buat. Ada assistant pon kejap jek dah cabut lari.
Sabtu pagi, lepas jek Subuh terus pergi pasar ngan Ma sebab nak beli bahan-bahan buat Mee Hoon sup. Aku jadik addicted lah ngan mee hoon sup neh. Agaknya sebab bergedel yang aku buat tue sedap kot. Haha. [[Sila jangan muntah]].
Balik dari pasar aku sambung tdo kejap sebab penat topping almond london tak habes lagi. Dua balang hokeh menyiapkan so kena charge baliklah kan tenaga ni. Kang takde tenaga nk buat kueh kang sape nk jawap?lalalla
Bangun tidur, mandi-mandi, wangi-wangi terus menuju ke medan
So tugas aku buat biskut telur rebus ataupon nama inggerisnya butter cookies. Ada ENAM adunan yang aku kena siapkan. ENAM ya. Tapi pagi tue aku buat dua adunan jek lah dulu.
Ok. Ma aku pesan suruh letak resepi dia dalam internet. So ni aku menurut perintahlah ni. Korang boleh cuba. Nak jual pon boleh..
Bahan-bahan untuk satu adunan:
6 biji telur rebus - Ambil kuningnya sahaja
1 cawan gula castor
1 tin golden butter churn
Tepung gandum secukupnya [Nak biskut best, sila jemur tepung atau goreng pon boleh jugak]
Cara-cara:
Agak-agak dah kembang, masukkan satu tin golden butter churn. Pukul lagi dan lagi sampai kembang gak.
Bakar!
Inilah hasilnya....
Adunan yang laen terap guna yang betuk bulat macam cincin.hehe
Sekian sahaja edisi kueh raya saya bersama Chef Anoi. Bertemu lagi di