Showing posts with label lilCaliph:0-3months. Show all posts
Showing posts with label lilCaliph:0-3months. Show all posts

Friday, April 13, 2012

And the journey begin....

Masa mengandung dulu, aku dah tekad dalam hati nak fully Bf littlecaliph. Maka bermulalah sesi menelaah google, baca artikel, join fanpage dan mula buat persediaan sikit-sikit. Mula beli gadget-gadget untuk BF. Baca kat sini.

Antara info yang aku dapat, aku kena buat skin to skin contact dengan baby dalam masa secepat yang mungkin once baby dah keluar. Aku masa tau nak kena czer aku tanya nurse:

"Lepas baby keluar, berapa lama saya akan keluar dari OT?"

"Tak pasti."

"Ok. Nanti baby dah keluar saya nak bf baby saya. Kalau saya terlambat, boleh hold ke dari bagi susu formula?" (Lebih kurang mcm tuelah ayat aku. Tak ingat sangat dah)

"Oh. Biasanya kami akan bagi susu formula. Takut baby lapar". Tu jawapan nurse.

Kecewa? Adalah sikit. Sebab kalau boleh memang nk terus bf tapi takut keluar dari OT lambat so aku redha lah...

Ainnur Nuha keluar dari perut 9.18pm. Aku keluar dari OT dalam 9.40pm rasanya. Lepas tu 9.50pm dah kena tolak masuk ward.

Dekat ward, Mak, Abah dengan Along dah tunggu. Aku tak nampak hubby aku masa ni. Rupanya dia pergi ambil Ainnur Nuha dari nursery and bawak ke bilik aku.

"Orang dah azankan dan dah celetkan kurma sikit td".

Alhamdulillah.

Masa tu Ainnur Nuha maintain diam jek lagi. Tapi mata dah luas terbukak. Pandang sini sana.

Tak sampai seminit, "uwaaaaaaaaaaa". Punyelah nyaring suara dia. Tanjat mama. hehe

Rupanya Nuha belum nenen lagi since dia keluar dari OT. Means, dia tak minum FM lagi. Confirm dah lapar.

Masa ni aku terbaring. Kaki masih lagi kebas tak rasa apa. Tak boleh nak bangun. Aku minta Along tolong pegangkan Nuha and aku sedaya upaya bf Nuha.
Link
Alhamdulillah, susu keluar & Nuha pandai latch. Tapi dengan posisi aku yang terbaring dan sangat terbatas untuk bergerak, memang payah sangat rasa. Dah kenyang, Nuha pon diam. Tak lama lepas tu nurse datang ambil Nuha. Nurse tanya "Kalau menangis, nak bagi FM tak?". Aku kata jangan bagi FM, kalau nangis bawa dia jumpa aku.

So masa melawat pon dah habis, semua pon dah balik. Aku suruh hubby balik sebab dah seharian dia temankan aku. Kesian dia.

Tak lama lepas tu dengar bunyik troli kena tolak. Pintu bilik pon terbukak. Eh, Nuha!

"Dia nangislah. Lapar lagi ni."

Nurse tu angkat and letak Nuha kat sebelah aku. Alamak. Susah nya nak mengiring. Along plak tak ada nak tolong. Apa lagi, menjeritlah lagi Ainnur Nuha sebab tak dapat-dapat nak nenen. Luckily nurse tu tolong aku untuk bf kan Nuha. An Indian nurse yang sangat-sangat lah baik.

Masa dia tengah tolong aku, masuk sorang nurse melayu. Dia tengok nurse india tengah tolong pegangkan Nuha, dia dok sound 'Eh, breastfeeding ni nak bonding kan mak dengan anak. Kalau orang laen pegang, cam mana nk ada bonding?"

Ewah-ewah, sedap hati ye cik nurse cakap macam tu. Kalau perut saya ni tak kena belah, dah lama saya buat sendiri lah.

Geram jugak dengar. Hello, I paid for the service ya. Banyak bunyik plak. Lastik kang! Tapi tu sume aku cakap dalam hati jelah.huhu

Nurse India tu buat tak dengar and terus jek pegangkan Nuha.

Bila Nuha dah kenyang, dia tolak masuk nurseri. Bila Nuha lapar, dia tolak Nuha ke bilik & tolong aku. Sampailah ke pagi. Memang dia sangat-sangat membantu.

Malam tu aku memang tak rasa letih langsung. Rasa semangat habes sampaikan ada sorang lagi nurse yang datang betulkan drip aku pon sound aku "Awak sepatunya kena baring 6 jam. Jangan banyak gerak sangat!"

Agaknya dia tengok aku gigih bf Nuha, tu yang dia sound aku tu. Aku just senyum jek.

Hari kedua, aku dah kuat sikit so bolehlah aku tegakkan katil ni ke 45 darjah. Hubby pon ada temankan aku. Aku memang pesan dekat nurse, kalau Nuha nangis bawak Nuha kat aku.

Almost sejam/sejam setengah sekali, nurse akan tolak Nuha kat bilik aku. Once done bf, aku akan tekan bell. Nurse pon datang.

"Nak top up FM tak?"

Itu lah ayat yang diaorang akan tanya tiap kali nak hantar Nuha balik pergi nurseri.

Jawapan aku masih sama - " Tak perlu. Kalau nangis, bawa kat saya. Tq".

Ada sekali tu nurse ni bagitau Nuha belum kencing. " Tak cukup air kot ni. Nak topup FM tak?"

"Ohhhhhhhh... tak perlu. Nanti dia kencing lah tu".

Terus tak tanya dah lepas tu. haha

Betul pon, tak lama tu, Nuha pon weeeweeeee. Good job Nuha!

Aku dok terfikir, bukankah sepatutnya nurse-nurse ni support BF. Ni tak, asek tanya nak top FM tak. Tension mak!

Malam tu, Nuha terus room in dengan aku. Renyah jek dia. Pastu kalau nanges punyalah kuat. Memang tido-tido ayam jek masa tu.

Hari ketiga dah discharged. Hooray!

Alhamdulillah, setakat ini Ainnur Nuha masih fully BF. Susu pon alhamdulillah sentiasa ada. Rezeki Ainnur Nuha.

Berkat bf, Ainnur Nuha tak kena jaundis langsung & tak banyak meragam masa aku dalam pantang.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Mudah-mudahan tercapailah hajat nak BF Ainnur Nuha sampai dia 2 tahun.

Lagi 1 tahun 3 bulan.

I can do it!

Friday, March 23, 2012

Edisi berpantang

Lama tak update blog. Last masa cerita bersalinkan Ainnur Nuha hari tu. Dah masuk dua bulan lebih dah ajigibung bem bem aku tue. (Ajigibung = aku tak tau makna dia apa tapi cam best bila sebut. :P )

Aku nak cerita tentang berpantang aku lah eh. Macam mak-mak dolu-dolu, berpantang kena 44 hari. 14 hari pertama aku memang bertabah berstokin, pakai serkop kapla or tudung instant tu dengan berlengan panjang. Masuk minggu ketiga, aku culas dah pakai stokin. Aku rasa leceh pakai stokin sebab nanti nak pergi toilet kena bukak, pastu pakai balik. Aku soh hubby belikan selipar jepon. Masa nak tido jek baru aku sarung stokin. Baju pon camtu gak. Hari pertama kat rumah jek aku ber-sweater bagai. Lepas tu aku pakai baju longsleeve last-last baju lengan pendek. Dapat plak masa tu cuaca tengah panas. Adalah alasan kan. haha. Mak aku geleng kepala jek sebab ada jek alasan aku bagi. Tapi memang cuaca panas, aku tak tipu. Kalau tak ingat diri tengah dalam pantang, aku dah belasah air sejuk dalam peti ais kat umah tue.

Dari segi makan, mak aku yang siapkan. Apa jek yang mak aku masak, aku makan. Rugi tak makan sebab apa yang mak aku masak sume sedap-sedap. Makanan yang sejuk-sejuk of courselah aku tak makan.

Ainnur Nuha, memang budak yang sangat baik budi. Boleh dikatakan 90% tido malam aku lena. Hubby pon samalah lenanya.hehe. Ainnur Nupa pon tak kuat meragam dan jarang sangat dapat kembung. Alhamdulillah, jaundis pon tak ada. Cuma masa hari pertama kat rumah, misi comel datang check dia kata ada kuning sikit dan terus suruh pergi hospital. Hubby dengan mak aku pon pergilah. Kenalah cucuk kat tapak kaki dia sebab nak amik darah. Tapi bila check, bacaan dia dalam 6.6. Memang tak ada kuning lah doktor kata. Lega hati bila dengar sebab bila baby ada jaundis, memang hari-hari kena pergi hospital amik darah. Terima kasih pada khasia susu ibu! :)

Dalam pantang, aku sendiri yang mandikan Ainnur Nuha. Memang aku cakap dekat Mak, biar aku sendiri yang mandikan sebab mak kompem sebok nak masak, nak kemas rumah lagi. huhu. Masa ni aku rasa biar mak jek masak, kemas rumah aku yang buat. Kesian tengok mak yang kena buat. Di tambah bersalin operation, sebab tak sakit kat bawah, tu yang rasa macam orang sehattt jekk. Tapi of courselah mak tak bagi. Naseb baek hubby aku rajin membantu. Lucky me! I love you hubby! xoxoxo

Set berpantang, aku makan yang Amway Tropical Herbs. Dalam bentuk pil & senang nak telan & efektif dalam keluarkan kotoran-kotoran dalam badan (bagi akulah). Minyak dia pon dedua best. Satu untuk Ainnur Nuha & satu untuk aku. Tapi minyak yang untuk aku tu tak sampai sepuluh kali baru guna.

Oh. Aku berurut gak lepas dua minggu tu. Urut satu badan tapi part perut makcik tu tak sentuhlah. 3 hari berturut-turut aku urut. Kesannya? Bagi aku rasa biasa jek.haha

Masa pantang, aku sempat lah layan sinetron dengan carita melayu ape tah yang pukul 7 petang dekat TV3 tu. Cerita sinetron yang aku tengok ialah cerita Anugerah dekat TV9. Dari aku start pantang, sampai skang ni cerita tu tak habis-habis lagi. Pusing sana, pusing sini. Macam takde kesudahan jek aku tengok. Tapi mak dengan abah aku layan woo cite ni.

Demikianlah citer berpantang aku.

Nanti aku update pasal BF Journey aku plak eh.

Oh. Mempersembahkan, my ajigibung bembem. hehe








Oh. Ada yang kata Nuha punya dahi, dahi sendok.

Tak kisahlah. Tu kan kurniaan ALLAH.

Pujuk diri walau dalam hati rasa #sentap

ok.bai.

Friday, February 17, 2012

30 hari yang lalu.

Alhamdulillah, sekarang aku dah jadik mama. Masih lagi dalam keadaan antara percaya atau
tak. There's time aku tengok muka lilcaliph lama-lama pastu tanya diri sendiri 'Aku dah jadik mak orang eh?'. Pastu senyum sorang-sorang. Pastu aseklah kacau lilcaliph masa dia tengah nyenyak tdo. Walaupun dah 30 hari, tuelah yang aku selalu buat.

How's the birth experince? - Tak serik nak mengandung lagi.

Niat di hati memanglah nak melahirkan secara normal. Tapi ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.Lilcaliph selamat menjenguk dunia melalui czer. (Pantun suka hati)

16hb Januari ada appointment dengan gynae dekat hospital pantai. Masa ni dah overdue 3 hari. Lepas bincang, doc suruh pilih tarikh untuk induce. Terus pilih 17hb. So Doc suruh check in pukul 7.30 pagi keesokan harinya. Wah. Check in. Apa ingat nak masuk hotel? haha

Pagi-pagi bangun, mandi & sarapan. Ma suruh makan nasi supaya nanti bertenaga. Dah sarapan,
salam dengan Ma & Abah. Mintak ampun dan mahap. Cakap dalam nada gelak-gelak sebab tak nak nanges.

Sampai dekat hospital dalam 7.45 pagi. Terus ke labour room. Midwife suruh tukar uniform pastu ada lah lagi prosedur laen yang kena buat. Pastu mulalah lekat alat CTG nak check heart beat baby.

Dalam pukul 9 lebih Doc pon sampai. Dia buat VE. Naseb baek doc perempuan, so tak lah malu.
Pastu before dia seluk dia baca bismillah dulu. Sejuk hati dengar. VE pon jadi tak sakit. Doc kata tak ada opening lagi so dia masukkan ubat induce. Kena tunggu 6 jam.

6 jam atas katil okeh! Naik lenguh badan.huhu. Contraction terasa setiap 10 minit. Rasa mild je lah. Tak rasa kuat sangat. Asek lah tanya hubby tinggi ke tak graf dekat CTG. Kalau tinggi, means contraction kuat so insyaALLAH laluan akan ada. Kalau rendah means contraction tak kuat sangat = mungkin laluan belum terbuka.

Pukul 2 lebih Doc datang and buat VE lagi. Still! Takde bukaan langsung. 1 cm pon tak ada. Hati masa tu cool lagi. Masih yakin yang aku boleh bersalin normal. Doc kata nak masukkan ubat ke dua & kena tunggu lagi a few hours. Naseb baek masa tu dah solat zuhur sesiap.


Tunggulah lagi atas katil. Kali ni contraction dah rasa kuat sket. Rasa happy sebab hati dah berbunga-bunga konon dah ada bukaan. Pastu contraction jadi lagi kuat. Kadang-kadang 3 minit sekali. Kadang-kadang 2 minit skali. Nak distract rasa saket, maen FB.

Macam panjang jek lagi nak cerita. Kita fast forward lah eh. Kang bosan plak korang nak baca.

Pukul 6.30 petang Doc datang lagi. Ma pon ada sekali masa ni. VE lagi. Takde bukaan pon lagi. Masa ni dah cuak. Doc tanya nak tunggu atau nak czer. Aku jawap tunggu. Doc kata dia beri masa sampai pukul 8.30 malam.

8.30 malam. VE lagi. Masih tak ada bukaan. Mahu tunggu atau teruskan dengan czer? Berbincanglah dengan hubby. Tanya doc apa risikonya kalau nak tunggu lagi. Doc kata since
rahim dah mengembang dan menguncup, takut baby stress dalam perut. Aku pon masa ni dah
stress. Stress sebab nak kena czer. huhu

Akhirnya, setujulah untuk di czer.

Pukul 9.18 malam, selamatlah lilcaliph menjenguk dunia.

AINNUR NUHA BINTI ANUAR







Sekejap jek lilcalliph dah sebulan.

Pastu setahun.

Pastu masuk tadika.

Pastu darjah satu.

Tup tup nanti dah nak kawen.

Ok. Mama dia dah emo skang.

Haha.

Ainnur Nuha, semoga menjadi anak yang mengikut perintah ALLAH dan meninggalkan laranganNYA, anak yang menyayangi Rasulluah dan mengikut sunnah Baginda, anak yang solehah dan anak yang sentiasa menghormati orang tua.

Wednesday, January 25, 2012