Showing posts with label Danau Trip. Show all posts
Showing posts with label Danau Trip. Show all posts

Friday, May 4, 2018

Bali :: Hari Kedua

Marilah sambung cerita Bali sementara ia masih segar dalam limbic system.
Amboi sangat perumpamaan aku kan.
Tengah study pasal brain, tu yang keluar limbic system.haha

Kali ni perjalanan ke arah timur Bali.

Selepas sarapan, kami bergerak ke satu tempat untuk tengok Tarian Barong.
Ni macam tarian tradisional masyarakat Bali lah.
Ada group yang main alat-alat tradisional, ada orang berlakon, ada penari.
Jalan cerita dia berkisarkan tentang sejarah dewa-dewi Hindu.
Kena baca handsout yang dia bagi baru paham.
Kalau tak, ko melopong.hehe



Habis tengok tarian, diaroang bawa pergi tengok tempat pembuatan batik.
Tak berubah tempatnya.
Sama je macam 8 tahun yang dulu.

Next ke tempat kopi.
Kopi paling mahal di dunia, asalnya dari Bali.
Nama dia Kopi Luwak.



Walaupon aku memang peminat kopi yang tegar tapi aku tak sanggup nak cuba.
Korang boleh google sendiri macam mana cara nak dapatkan kopi luwak ni.
wiwiwiwiwi


Aku beli kopi kat sini.
500,000 rupiah harganya untuk 3 jenis kopi.
Kemain kopi ratus-ratus ribu reganya.hahahah



Lepas tu pergi lunch sambil menikmati Gunung Batur - gunung berapi yang masih aktif.
Tempat yang sama kami pergi 8 tahun dulu.
Tapi dah tak sesejuk macam dulu.

Siap solat semua, singgah Tegalalang Rice Terrace dekat Ubud. (Gambo macam dekat Wordless Wednesday)
Cantik sangat pemandangan sawah padi dia.
Padi ni ditanam di lereng-lereng bukit.
Padi yang menghijau memang cantik kan.
Dekat Malaysia pon cantik menghijauuuu.

Then singgah tempat shopping.
Gambo tak adalah sebab busy shopping.kahkahkah
Bali mostly banyak barang-barang kraf.
Pening gak fikir nak belikan apa.

Habis shopping, pergi dinner- masakan Padang &  terus balik hotel.
Since awal lagi sampai hotel, so husband bagi permission untuk aku berjimba-jimba sekejap.
Thank you husband.Muah ciked.haha
Dah duduk area Kuta, memang meriahlah.
Ada Balibeachwalk, Hard Rock & kedai-kedai kecik sepanjang jalan tu.

Tak sempat nak ke Legian sebab dah kepenatan.

Sampai hotel, bersihkan badan & terus ZzzzzZzZZZZ.

Tuesday, April 24, 2018

Bali :: Hari Pertama - Tanah Lot.

Sambung cerita hari pertama ye.

Sampai airport, agent dah tunggu dengan dua buah bas. Ahli rombongan 50 orang, tu yang sampai kena sewa bas.

1st destination, WONG SOLO.


Sedap wehh tauhu goreng dia, sambal dia dan ayam bakar dia.

Eh semualah sedap!

Selalu makan dekat Malaysia tapi yang dekat Bali ni laaaaaagi sedap.

Siap solat semua, kami terus ke Tanah Lot.

Satu benda yang kena tahu, Indonesia dan macet tidak dapat dipisahkan.

Perjalanan ke Tanah Lot memakan masa hampir 1 jam setengah.

Dekat Tanah Lot ni ada satu pura (kuil) untuk yang beragama hindu.Dari tebing Tanah Lot dah nampak dah pura ni.

Kalau korang nak pergi masuk pon boleh tapi hati-hati jangan ditempelkan beras ke dahi dan diberi air suci.

Bali ni, 95% penduduknya beragama hindu.

Tengok muka, memang muka Melayu. Pakai kebaya, kain sarong siap. Tapi agama hindu.

Vavi guling pon dijual secara terbuka.

So kalau ke sana, hati-hati dengan makanan yang nak dibeli.

Jangan beli sebarangan di tepi jalan.

Aku tak masuk pon pura tu. Cukup lah bergambo tengok sunset dari tepi laut.

Pelancong memang ramaiiiiiii kat sini.

Dah puas bergambo, naik bas balik untuk ke Kuta.

Kali ni jem dia laen maciammmm.

Akhirnya 10pm sampai juga ke restoran untuk dinner. Again, dinnernya sedappp. Ada ikan terbang.hehe

Gambo tak ada sebab kelaparan. Tak dan nak snap.

Pukul 11pm selamat checked in hotel.

Alhamdulillah.

Kiteorang stay dekat Citadines Hotel.


Bersihkan diri terus ZzZzZZzZZzZZzzZ.

*Siapa save gambo & simpan dalam laptop/phone, dia ONGGILE.

Thursday, April 19, 2018

Bali :: Hari Pertama – Here We Go!


Hellloooo! Kami udah pulangggg.hehe

So marilah pahatkan kisah ke Bali ni dalam blog yang kucintaiiii.

Ia adalah perkara yang sungguh tak jangka bagi kami (the staffs) bila Boss umum company trip ke Bali. Kadang-kadang boss ada bawa juga staff ke beberapa tempat kalau ada urusan. Ada yang ke US, Germany. Aku dapat ikut ke Jogja pada tahun 2016.

Kali ni, boss kata bawa semua. The whole family! Bestnyaaaaaa *lompat bintang*

Seronok lah kiteorang. Since that, masing-masing menghitung hari (dan tak habis-habis membeli). hehe

Ni kali kedua aku ke Bali. Kali pertama tahun 2010 - company trip gak. Trip orang bujang sebab staff semua belum kawen lagi masa tu. 2010 tu memang sakan aku berjalan. Selang seminggu lepas pergi Jakarta, pergi Bali. Tahun berjalan kekdahnya.haha

So our trip was on 13th April 2018 – 16th April 2018.

4 hari 3 malam.

13th April 2018 (Jumaat)

Pukul 4.30 pagi dah berkumpul di parking depan MITC sebab bas akan membawa rombongan ke KLIA2. Malam tu nak tido pon takut. Takut terlajak. Nak packing baju pon satu hal gak. Mujur dah buat checklist.

Taulah bawak kanak-kanak ribena. Baju nak kena extraaaa. Alhamdulillah, setelah beberapa kali punggah, berjaya gak kemas. Mak pon geleng kepala tengok aku packing barang – Tak habis-habis lagi ngemas? 

- Kemas untuk 4 orang baby mak oiiii.hehe

Dalam bas


Stop solat Subuh di RnR Seremban dan sampai di KLIA2 dalam 7.30 pagi.

Oh ya sekarang dekat kaunter check in semua by system ye. Takde lagi dah staff Air Asia yang duduk belakang kaunter tu.

Masa ni pon drama juga sebab bag tak boleh checked in – You’re late to drop off your bag. Padehal masa tu baru 8.00 pagi. Flight pukul 10.30.

Kenalah cari kaunter yang ada staff Air Asia untuk drop luggage. Bila luggage dah checked in baru legaaaa.

Happy faces

Excited!


Alhamdulillah selamat mendarat di Bali pada pukul 1.30ptg. Bali & Malaysia tak ada perbezaan masa. Cuma di Bali akan cepat cerah, cepat gelap. Macam kat Sabah.

Suka bebudak ni naik aeroplane. Especially Umar Ar Rayyan. Aku risau gak mula-mula takut dia takut ke apa. Eh tapi gembira je dalam flight. Dari 4.00 pagi tak tido sampai dah touched down Bali pon tak tido-tido jugak. #overlyexcited.

Kemana lepastu?
Nanti sambung next entry eh.

*Siapa save gambo & simpan dalam laptop/phone, dia ONGGILE.