Thursday, April 19, 2018

Bali :: Hari Pertama – Here We Go!


Hellloooo! Kami udah pulangggg.hehe

So marilah pahatkan kisah ke Bali ni dalam blog yang kucintaiiii.

Ia adalah perkara yang sungguh tak jangka bagi kami (the staffs) bila Boss umum company trip ke Bali. Kadang-kadang boss ada bawa juga staff ke beberapa tempat kalau ada urusan. Ada yang ke US, Germany. Aku dapat ikut ke Jogja pada tahun 2016.

Kali ni, boss kata bawa semua. The whole family! Bestnyaaaaaa *lompat bintang*

Seronok lah kiteorang. Since that, masing-masing menghitung hari (dan tak habis-habis membeli). hehe

Ni kali kedua aku ke Bali. Kali pertama tahun 2010 - company trip gak. Trip orang bujang sebab staff semua belum kawen lagi masa tu. 2010 tu memang sakan aku berjalan. Selang seminggu lepas pergi Jakarta, pergi Bali. Tahun berjalan kekdahnya.haha

So our trip was on 13th April 2018 – 16th April 2018.

4 hari 3 malam.

13th April 2018 (Jumaat)

Pukul 4.30 pagi dah berkumpul di parking depan MITC sebab bas akan membawa rombongan ke KLIA2. Malam tu nak tido pon takut. Takut terlajak. Nak packing baju pon satu hal gak. Mujur dah buat checklist.

Taulah bawak kanak-kanak ribena. Baju nak kena extraaaa. Alhamdulillah, setelah beberapa kali punggah, berjaya gak kemas. Mak pon geleng kepala tengok aku packing barang – Tak habis-habis lagi ngemas? 

- Kemas untuk 4 orang baby mak oiiii.hehe

Dalam bas


Stop solat Subuh di RnR Seremban dan sampai di KLIA2 dalam 7.30 pagi.

Oh ya sekarang dekat kaunter check in semua by system ye. Takde lagi dah staff Air Asia yang duduk belakang kaunter tu.

Masa ni pon drama juga sebab bag tak boleh checked in – You’re late to drop off your bag. Padehal masa tu baru 8.00 pagi. Flight pukul 10.30.

Kenalah cari kaunter yang ada staff Air Asia untuk drop luggage. Bila luggage dah checked in baru legaaaa.

Happy faces

Excited!


Alhamdulillah selamat mendarat di Bali pada pukul 1.30ptg. Bali & Malaysia tak ada perbezaan masa. Cuma di Bali akan cepat cerah, cepat gelap. Macam kat Sabah.

Suka bebudak ni naik aeroplane. Especially Umar Ar Rayyan. Aku risau gak mula-mula takut dia takut ke apa. Eh tapi gembira je dalam flight. Dari 4.00 pagi tak tido sampai dah touched down Bali pon tak tido-tido jugak. #overlyexcited.

Kemana lepastu?
Nanti sambung next entry eh.

*Siapa save gambo & simpan dalam laptop/phone, dia ONGGILE.

No comments: