Showing posts with label ranDom. Show all posts
Showing posts with label ranDom. Show all posts

Saturday, April 16, 2022

Saitan

14 Ramadhan.

Saitan itu masih ada di bulan Ramadhan.

Ia hadir dalam rupa bentuk manusia.

Usah terpedaya dengan apa yang dipaparkan.

Kerana hatinya tidak seperti yang digambarkan.

Itulah saitan.

Thursday, June 10, 2021

Bodoh-bodoh

 Kecoh dengan isu bodoh-bodoh.


Aku faham apa yang cuba disampaikan tapi mungkin prof tersalah pilih perkataan yang sesuai dan tersilap sedikit tentang perihal jodoh yang ALLAH dan tentukan sejak di luh mahfuz lagi.

Oh.

Tapikannn, aku pernah jumpa tau isteri orang berlagak bodoh-bodoh dengan suami orang lain.
.
Hat spesis macam ni, dia bukan bodoh-bodoh  lagi dah tapi dia memang bodoh binti bangang. .
.
Begitulah.

Saturday, January 16, 2021

2021



 

Tuesday, March 3, 2020

heH

Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?


Hati hitam boleh tutup dengan jubah
ha
ha
ha

Monday, September 24, 2018

Ada ni ^^

Lama betul tak update blog.
Kadang dah plan nak tulis macam-macam tapiiiii bila nanti, nanti, nanti, tu yang bertangguh berbulan-bulan.
Padan muka diri sendiri sebab tangguh.
Last-last lupa dah nak cerita apa.

Again, kalau busy tu maknanya ada projek yang sedang berjalan.
Alhamdulillah. Ada dua projek.
Both pon due end of this year.
Weh lagi berapa bulan je lagi nak hujung tahun.
Memang gear 5 dah skang ni.

Tu kerja, kehidupan lain alhamdulillah juga.
Setakat ni smooth sailing.
Hiccup sesikit tu adalah.
Tipulah kan kalau semua went as planned.

Azam kurus masih tak dapat dicapai lagi.
Kah!
Kadang hujung minggu dapatlah pusing 10 rounds hari Sabtu & Ahad.
Tapi lately ni cuaca tak begitu mengizinkan.
Maka berhibernasi jelah kat rumah.
Nampak tak alasaaaaannnn?

Takpe.
Slowly but SURELY!

Banyak lagi nak tulis tapi nak kena balik dah.
Till next time!

Friday, July 20, 2018

The neglected page

Rindunya nak bercerita dalam blog ni.

Lately memang super-duper busy.

Every week memang akan outstation ke JB.

At least 2D1N.

Mujur juga tahun ni baru busy macam ni.

Kalau 2016 dulu sama busy, aku tak tahulah apa yang jadik.huhu

Mungkin bukan setakat dekat tangga FCI.

Mungkin dah guna trivago.

Eh.

Pfft.

Oh.

2 tahun dah ye.

Alhamdulliah, life is getting better.

I just pretend that you're dead.

Eh.

Menyampahnya kalau teringat.

Next!

Tengah berangan nak berholiday.

Tapi kerja tengah banyak ni, berangan je lah dulu ye.haha

Gile takde idea nak cerita apa.

Okeh tetamu dah nak sampai.

Nak bawak depa pergi lunch.

Till then!

Monday, July 2, 2018

Yahoo Messenger

Ada dengar berita tak pasal Yahoo Messenger (YM) yang nak ditamatkan perkhidmatannya?

Kalau biasa guna yahoo mail, memang akan dapat email yang bagitau YM is shutting down on 17th July.

Siapa je yak tak pernah guna Yahoo Messenger? Cer bagitau.hehe

Dari zaman belajar hinggalah zaman kerja hinggalah zaman gelap - Yahoo Messenger ada disisi.

Masa zaman belajar, buat group discussion dalam group, send assignment, main game pon boleh.

Game paling best masa tu adalah main pool - Hi rauna2zoro!hahaha

Zaman kerja, discuss pasal kerjalah. Ahem.

Zaman gelap pulakkk zaman jumpa manusia yang banyak split personalities.

Kejap dia jadik pompuan - uptownguls.

Kejap dia jadik jantan - isyraf zain.

Kejap dia jadik pompuan - auna aish.

Ko rasa berapa banyak personaliti orang ni ada?

Ko rasa dia laki ke pompuan sebenarnya?

Cer teka cer teka.

Haha.

Oh, sebelum YM nak shutdown ni, dia bagi link untuk download segala tok nenek chat history.

Aku dah download KESEMUANYA.

Macam-macam aku jumpa.

One of it, adalah gambar seperti di bawah ini.




Siapa punya ni, baik mengaku woiiiiii!

Dah.

Korang pergilah download chat history.

Mana tau jumpa macam-macam juga.

To Yahoo Messenger,



Thank you!
You'll be missed.

Thursday, March 15, 2018

Forgotten Baby Syndrome

**Tajuk dalam English tapi aku nak tulis dalam Bahasa Melayu.

Gempar Malaysia dengan berita kematian anak kecil yang ditinggalkan di dalam kereta.
Ini bukan kes kali pertama.
Dah beberapa kes yang sama berlaku sebelum ini.

Sigh.

Macam-macam andaian bermain di fikiran.

Mungkin rutin si emak berbeza dengan rutin-rutin hariannya sebelum ini?

Mungkin terlalu banyak perkara yang berada dalam fikiran si emak sehingga terlupa pada si kecil yang sedang nyenyak tidur?

Mungkin emak rasa si anak dah dihantar ke taska/pengasuh?

Ah.
1001 kemungkinan boleh berlaku.

Tipulah kalau tak sedih.

Membayangakan si kecil struggle, menangis, meraung pon hati rasa sebak.

Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Janganlah dikecam emak itu kerana keterlupaannya.

Mana ada emak yang sengaja berbuat demikian.

Anak yang dikandung 9 bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan, dijaga, ditatang penuh kasih sayang - pergi sekelip mata.

Tak ada emak yang mahu diuji sebegini rupa.

Trauma yang dihadapi si emak, entah berapa lama yang bakal dihadapinya.

Janganlah menunding jari ke atas kealpaan si emak ini.

TERLUPA ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Hari ini dia uji, ujian untuk kita belum tentu lagi.

Moga si emak diberi kekuatan dalam meniti hari-hari yang mendatang.

Bertabahlah.



Friday, December 15, 2017

Rain Cats & Dogs


Oh. Teringat satu peristiwa dulu.
Kiteorang dalam kereta nak ke kenduri kahwin kalau tak silap.
Memang tengah hujan lebat macam hari ni.
Le husband pon cakap - lebat hujan, like cats & mouse.
Kembong-kembong pipi aku tahan gelak.
Haha.

Tuesday, December 5, 2017

Hello December

1st entry di bulan Disember.

Gile ah. How time flies.

Dah masuk the last month of 2017.

Beberapa hari lagi masuk 2018.

End of last year, boss suruh habiskan cuti.

Tahun ni punya cuti ada lagi tapi tak dann nak habiskan due to projet dekat Terengganu.

Bulan 1 nanti insyaALLAH habis dan mudah-mudahan ada rezeki di tempat lain pula.

Weekend baru ni balik Ipoh. Sampai Ipoh Jumaat malam, Ahad dah balik semula ke Melaka.

Tak dapat nak berlama-lama since kerja berlambak yang menanti.

Next time insyaALLAH boleh cuti lama-lama.

Ahad tu sebelum balik Ipoh singgah Kg.Gajah amik uuuudanggg.

Ateh kirim udang galah.

Sedappppnya la hai. Goreng pon sodap!



Lepas ni, tiap kali balik Ipoh memang wajibbb lah singgah dulu beli udang galah dulu. hehehe

Dekat Melaka tak dapat yang fresh gini.

Takde idea betul nak bercerita.

Banyak dalam kepala otak je.haha

Keletihan tak habis lagi kot. Kena minum ning xia red lebih lagi nampaknya ni.

Okehlah. Hari ni boss belanja McD. Alhamdulillah.

Jom makang!

Sunday, October 22, 2017

Sedar Diri

Nobody is perfect.
Aku faham itu sebab aku juga tak perfect.
Banyak kelemahan.
Banyak kekurangan.
Banyak dosa.

Aku belajar untuk tidak membuat kesalahan  yang sama, berulang kali.

Kesilapan yang sama untuk kali kedua, betul-betul silap atau DIRI SENDIRI YANG BODOH?

Kalau dah tahu apa akibatnya, atas faktor apa sanggup jadi BODOH lagi?

Umpama gunung sanggup didaki, lautan api sanggup direnangi.

Patut biar je berenang dalam lautan api, biar terbakar.haha

Ada yang insaf lepas tersedar dari KEBODOHAN diri.

Tapi tak perlu lah nak showed off.
Tengok, aku dah insaf - aku dah berubah - aku tak buat dah - aku baik sekarang - kau je yang buat aku macam musuh - kau je yang tak boleh terima apa yang berlaku tu ALLAH dah aturkan.

Kelakar betul.

Tapi, aku bersyukur ditemukan dengan orang macam ni.

Menjadi contoh sebagai seseorang yang TAK PATUT DICONTOHI.

By right, lebih elok eliminated orang perangai macam ni sebab orang macam ni lebih MENDATANGKAN KEBURUKAN DARI KEBAIKAN. I already did.

Depan, berlakon baik. Cakap sopan. Yelah lulusan kolej agama terkemuka. Ayat semua lembut gigi dari lidah.

Bila buat silap, nahhhh keluarlah hadis-hadis, petikan agama untuk melindungi diri. Tak sia-sia belajar agama kan. Boleh digunakan pada masa-masa kecemasan.

Time cemas baru nak ingat ALLAH.
Time sedap bermaksiat?
Ingat ALLAH juga tapi maksiat tetap diteruskan. Kan?

Minta jauh dari ada perangai macam ni dalam keluarga, keturunan dan rakan taulan.

Oh ya, sure ada belajar kan : Dosa dengan ALLAH, insyaALLAH diampunkanNYA kalau bertaubat bersungguh-sungguh.

Tapi takkan tak ada belajar, dosa sesama manusia, kena buat apa?

Selagi maaf secara nyata tak dipinta, berdoalah agar hidup aman sejahtera.

Sebab janji ALLAH, doa orang teraniaya, lebih makbul doanya. Kalau balasannya bukan di dunia, akhirat ada.

Kita bukan selamatnya hidup.
Moga cepat SEDAR DIRI.


221017
Kuala Terengganu.

Thursday, October 12, 2017

On this day : 12th October 2016

I've met the most manipulative person on this day last year.

A person who've made the same mistake TWICE and didn't feel guilty at all.

By twice, I believe the second time was not a mistake. It was a CHOICE.

I wish I never knew this person before.

I know what you did.

Sometimes I feel that I want to tell all the person that you loved of what you did.

Maybe I should tell them?

What do YOU think, ISYRAF ZAIN?


Friday, September 15, 2017

On this day. 15092016

gelak la.. lama x dgr
rindu
:)
sbb rindu sgt kot
smpi mimpi2
sy nk awk yg dulu....
sy tgh x kuat ni.. tlg sy
bg kata2 semangat ke
pun dh ok
sy xde masalah
masalah sy sbb rindukan awk



Thursday, September 14, 2017

On this day. 14092016

3:02 am
hi awak.. sorry sy x kuat.. m u
tgh buat ape tu...
dh tgh mlm.. mestila tido hehe.. ok la, sy bangun nk buat assignment. :)
sy baru buka email yahoo sbb nk tgk kot ade lecture slide lecturer post
lps tu asyik teringat awk.. terfikir ttg kite.. awk x dtg pulak td. xde mood nk buat keje.
sy rase sy dh kurang kuat... sblm ni rindu pun sy tahan2 xnak msg awk.
xpe.. sy develop balik kekuatan.. sedih...
em. tukar tajuk la.
awk nnt share lecture note compiler kat email ni boleh?
thanks wak :)
t c




Tuesday, August 29, 2017

On This Day. 29082016

nak hilangkan ingatan dh eh. as i said. klu nk sy pegi.. sy pegi. xyah ssh2 hilangkan ingatan

Puiiii.



Friday, August 18, 2017

How's life?

Define life.
Work life?
Marriage life?
Social life?

Oh.
Do you mean how's everything?
Well everything is fine.
Still have a husband.
Ok.Not funny.haha
Three adorable kids.
Still have work.
Got a salary.
Bought stuff.
Ate at favourite stall.
Watched movie.
Jumped on a trampoline. eh
I am blessed.

But sometimes the heart needs more time to accept what what the mind already knows.
It is ok, heart.
Take all the time you need.
You are stronger than you know.

Just remember,
You are not one of them.
You.are.not

Let the fox, be a fox.
"You can put a lipstick on a fox, but it's still a fox"

Have a nice weekend, everybody.

Tuesday, August 8, 2017

On This Day. Last Year (Part 2)

I sent a reminder to someone, but that person choose to ignore it.

I think the problem with people like this is that:

They are so stupid that they have no idea how stupid they are.

Just imagine if the WHOLE family of you knew what you DID.

Pity YOU? NO.

Pity THEM.




Monday, July 10, 2017

Homewrecker


Lately ni banyak betul newsfeed pasal suami yang curang dan perempuan yang tak ada maruah diri.

It takes two tango.

Suami yang sememangnya LELAKI, kita dah sedia maklum nature dia, nafsu dia macam mana.

Iman yang membezakan. Kurang iman, ikan goreng hangus pon nampak sedap.

Macam cerita dekat page Kisah Rumah Tangga tu, kakak tu share apa yang berlaku pada tahun 2016.

How her lovely husband cheated on her with a married woman (for god sake!) -  TWICE!

Kantoi kali pertama ingat dah insaf rupanya TIDAK - ada pula kali kedua.

Dengan orang yang sama.

Paling best SATU PEJABAT which they knew spouse masing-masing.

Gila ke tak?

Bukankah perempuan sepatutnya lebih emphaty terhadap perasaan orang lain terutamanya kaum sejenis?

Tapi homewrecker betina gatal ni mana kisah. Mana nak fikir semua tu.

The main matter bagi yang berskandal dengan laki orang ni is their own feelings.

Diri sendiri rasa happy no matter how she achieve it.

Kisah apa kan bini skandal nak rasa apa.

Janji diri sendiri rasa gembira dan puas!

Aku memang emo dengan perempuan jenis tak tahu malu ni.

Memang semua bersebab tapi ALLAH bagi otak kot dekat engkorang.

Otak tu diguna untuk berfikir.

Bukan di jadikan hiasan dekat kepala ko tu.

Kakak ni share her nightmare that happened in 2016.

Now 2017.

Aku tau satu je - orang boleh cakap apa pon (maafkan/move on/be strong/siskuat)  tapi orang tak akan rasa apa yang kakak tu sebenarnya rasa.

Kuat tak kuat dia hadap ujian tu. Senang ke tak nak melupakan.

Tapi memang aku salute lah dekat kakak tu sebab gigih contact family perempuan yang tak tahu malu tu.

Baru tau langit tinggi rendah kannnn.

Kesian mak bapak ko sebab dapat anak macam ko.

Lagi kesian dekat suami ko sebab dapat isteri macam ko.

Tak payah nak kecoh kata kakak tu bukak aib dekat family dia walhal puncanya dari siapa?

Masa berskandal tak rasa aib? Tak rasa tengah buat dosa?

Memang entry emo hari ni.

Ni baru baca pasal kes Nur Syaleza (go google!).

'Jiwa' Nur Syaleza telah kau 'bunuh' wahai lelaki saat kau menduakan Nur Syaleza.

Kepada 'suami' arwah Nur Syaleza dan perempuan murahan itu, moga hidup korang 'aman'.

Dan kepada homewrecker, jangan lupa dunia ini berputar.

Jangan lupa ALLAH Maha Mendengar.
Jangan lupa ALLAH Maha Melihat.

ALLAH ada.


Tuesday, May 23, 2017

Super.Duper.Busy

Fuh fuh fuh.
Lately ni memang sebok teramat.
Kadang-kadang kena ke JB.

Eh tahun lepas 19.5, masa aku p JB ko buat apa haaaa?
Tak malu eh?

Yucks!

Eh buat apa lah aku teringat kan.

Tapi nak buat cam mana, kan aku dah kata sampai mati aku tak boleh lupa.

Ni nak masuk RAMADAHAN, dah pastikan syaitan tahun lepas dah kena ikat baik-baik.

Gila kebal bulan puasa pon buat hal.

Kena sambar petir masa tu baru ko tau.

Eh apahal lah aku cerita pasal ko yang tak berfaedah niiiiii.

Berbalik pada kerja.

Harapnya semua urusan dipermudahkan.

Aku mmg terasa 'attached' dengan projek ni.

Tak zabar nak tengok pengakhiran dia macam mana.

Ni memang maratahon punya projek.

Again, semoga projek ni berjaya va va va.

Oklah dah masa untuk balik.

Bertemu di lain hari!

Tuesday, May 2, 2017

Hello MAY


Hello May.

It's been awhile.