Gempar Malaysia dengan berita kematian anak kecil yang ditinggalkan di dalam kereta.
Ini bukan kes kali pertama.
Dah beberapa kes yang sama berlaku sebelum ini.
Sigh.
Macam-macam andaian bermain di fikiran.
Mungkin rutin si emak berbeza dengan rutin-rutin hariannya sebelum ini?
Mungkin terlalu banyak perkara yang berada dalam fikiran si emak sehingga terlupa pada si kecil yang sedang nyenyak tidur?
Mungkin emak rasa si anak dah dihantar ke taska/pengasuh?
Ah.
1001 kemungkinan boleh berlaku.
Tipulah kalau tak sedih.
Membayangakan si kecil struggle, menangis, meraung pon hati rasa sebak.
Tapi berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Janganlah dikecam emak itu kerana keterlupaannya.
Mana ada emak yang sengaja berbuat demikian.
Anak yang dikandung 9 bulan, bertarung nyawa untuk melahirkan, dijaga, ditatang penuh kasih sayang - pergi sekelip mata.
Tak ada emak yang mahu diuji sebegini rupa.
Trauma yang dihadapi si emak, entah berapa lama yang bakal dihadapinya.
Janganlah menunding jari ke atas kealpaan si emak ini.
TERLUPA ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.
Hari ini dia uji, ujian untuk kita belum tentu lagi.
Moga si emak diberi kekuatan dalam meniti hari-hari yang mendatang.
Bertabahlah.

No comments:
Post a Comment