Amboi sangat perumpamaan aku kan.
Tengah study pasal brain, tu yang keluar limbic system.haha
Kali ni perjalanan ke arah timur Bali.
Selepas sarapan, kami bergerak ke satu tempat untuk tengok Tarian Barong.
Ni macam tarian tradisional masyarakat Bali lah.
Ada group yang main alat-alat tradisional, ada orang berlakon, ada penari.
Jalan cerita dia berkisarkan tentang sejarah dewa-dewi Hindu.
Kena baca handsout yang dia bagi baru paham.
Kalau tak, ko melopong.hehe
Habis tengok tarian, diaroang bawa pergi tengok tempat pembuatan batik.
Tak berubah tempatnya.
Sama je macam 8 tahun yang dulu.
Next ke tempat kopi.
Kopi paling mahal di dunia, asalnya dari Bali.
Nama dia Kopi Luwak.
Walaupon aku memang peminat kopi yang tegar tapi aku tak sanggup nak cuba.
Korang boleh google sendiri macam mana cara nak dapatkan kopi luwak ni.
wiwiwiwiwi
Aku beli kopi kat sini.
500,000 rupiah harganya untuk 3 jenis kopi.
Kemain kopi ratus-ratus ribu reganya.hahahah
Lepas tu pergi lunch sambil menikmati Gunung Batur - gunung berapi yang masih aktif.
Tempat yang sama kami pergi 8 tahun dulu.
Tapi dah tak sesejuk macam dulu.
Cantik sangat pemandangan sawah padi dia.
Padi ni ditanam di lereng-lereng bukit.
Padi yang menghijau memang cantik kan.
Dekat Malaysia pon cantik menghijauuuu.
Then singgah tempat shopping.
Gambo tak adalah sebab busy shopping.kahkahkah
Bali mostly banyak barang-barang kraf.
Pening gak fikir nak belikan apa.
Habis shopping, pergi dinner- masakan Padang & terus balik hotel.
Since awal lagi sampai hotel, so husband bagi permission untuk aku berjimba-jimba sekejap.
Thank you husband.Muah ciked.haha
Dah duduk area Kuta, memang meriahlah.
Ada Balibeachwalk, Hard Rock & kedai-kedai kecik sepanjang jalan tu.
Tak sempat nak ke Legian sebab dah kepenatan.
Sampai hotel, bersihkan badan & terus ZzzzzZzZZZZ.










