Wednesday, April 5, 2017

Ceeelebration on, come on!


*tu lagu TROLLS.

Semalam, Boss buat party makan-makan sempena my 10th work-anniversary. Didn't see it coming sebab ingatkan saja-saja or sebab budak intern habis praktikal. Kekadang kalau tak ada apa-apa pon, Boss selalu je belanja kitaorang. Tapi semalam rupanya nak celebrate staff dia yang dah 10 tahun kerja dkt DANAU ni haaa. Terharu iols.mihmihmih

So ke Billionaires Concept Cuisine kita!

A day earlier, Azie dah amik menu. Dah lama nak makan steak maka orderlah ribeye steak. Lain-lain menu - spaghetti, chicken cordon bleu dan memacam lagi lah.

Overall, mmm boleh improve lagi lah the taste of the food.

Makan-borak-makan-borak.

Settle semua, kembali semula ke opis.

Again, thank you Boss for the treat and thank you to Puan too for choosing me to be part of DANAU'S family.

Told you, my boss is awesome!


Monday, April 3, 2017

Unforgiveable

This person really hurt me.

I wish this person had never come into my life-I would be so much better off.

I just don't understand how someone could treat another person like this.

This person doesn't deserve forgiveness.

Not even a little bit.

Not any at all.



Sunday, April 2, 2017

10 Awesome Years

Alhamdulillah.

10 tahun dah rupanya aku kerja dkt DANAU ni. Ingat lagi masa 10 tahun dulu, Doc & Puan panggil interview pada 1 April. Hari Ahad okeh masa tu. Siapa yang buat interview hari AHAD?1 April pulak tu.haha

Luckily aku pergi jugak dan alhamdulillah aku start kerja the next day.

Lepas grad, setahun kot aku tak kerja sebab mak kata - duduk je rumah dulu. Mak ingat aku tak suka agaknya dok rumah.ahahaha

The 1st projek masa tu adalah E-Tanah. Melaka nak upgrade sistem diaorang dari manual ke semuanya secara computerize. Tak taulah projek tu fully succeed ke tak sebab banyakkkkkkk pancarobanya.

Then aku involve dengan projek bersama Inspim, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara, UPSI, JCorp, ARKIB Negara and latest dan masih ongoing adalah Muzium Diraja Abu Bakar.

Kerja dekat DANAU tak spesifik pada 1 task.
Kadang-kadang kena jadik cikgu, researcher, designer, narrator, script writer dan lain-lain lagi...haaa, macam-macam ada.

Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk benda boleh belajar. Dulu masa bujang, tido pukul 3-4 pagi pon ada. Tu masa siapkan montage untuk perasmian Nordin Group.
Standby pukul 6.30 pagi dekat Philea Resort sebab nak make sure majlis Tun Mahathir berjalan lancar.
Drive Melaka-TgMalim-Ipoh-Melaka pon pernah. Day trip lagi.

Eh kalau nak senaraikan memang banyak lagi pengalaman yang takkan dapat kat mana-mana lah. Tu belum campur trip pi Bangkok, Bali, Singapore, Jogja. Rindu pulak nak pi jenjalan!mihmihmih

Thank you Dr.Ahmad Zaharim for being the best boss ever.
Semoga ALLAH jua yang dapat membalas segala jasa baik Dr kepada saya.

Happy 10th work-anniversary to me!


Wednesday, March 29, 2017

Wednesday, March 22, 2017

Tuesday, March 21, 2017

Beauty WITH Brain

Viral sekarang dekat internet pasal budak TKC ambil result dengan bergaya cantik.

Seriously, what's wrong with this so-called-netizen yang bash budak tu macam-macam.

Kata tua sebelum usia lah.
Ambil result pon nak bergaya sangatlah.
etc
etc
etc

Dey, KORANG SEBENARNYA JEALOUS kan?

Budak tu cantik. Dahlah cantik, bijak pulak tu. Beauty with brain.

Kaum lelaki pon sama naik je bash. Ni jenis sebenarnya jeles tengok budak tu lebih cantik dan cerdik dari awek yang korang ada kan?KAH!

Kalau yang single pulak, niat nak tackle or at least mengidam nak dapat awek pakej dan cantik tapi bila tengok cermin, hewhewhew.

Kaum pompuan pon ada gak kondem. Come on lah. Ni tahun 2017. Tutorial make up bersepah. Sephora bersepah. Zaman korang amik result mana ada sume benda ni. Kalau ada pon, sapa suruh korang tak make up cecantik time amik result?KAH!

Soooo, suke hati dialah nak make up pon. Duit dia, masa dia. Kalau bukan duit dia pon, duit BAPAK dia. Tak payah nak dengki sangat. Sekurang-kurangnya dia dapat 9A. Korang dapat berapa masa SPM?

Aku amik result masa 2001. Naik bas ke JB. Pakai jeans & tshirt. Kawan-kawan pon lebih kurang je dressing macam tu masa tu. haha.  Lepas amik result, kitaorang check in hotel reramai. Buat mini gathering. Memori sangat! Eh, sekolah kitaorang semua all girls ye. Kang ada yang salah paham pulak kang.

Kesimpulannya, tak kesahlah ko nak dress up macam mana pon time amik result. Janji jangan pakaian menjolok mata, sudey.

Congrats TKC sebab dapat beat STF! STF bagi can tahun ni.^^

Last but not least,

Muka tak berapa nak cantik tapi kalau hati tu cantik, insyaALLAH penampilan nampak cantik.

TAPI

Kalau muka dah lah tak berapa nak cantik, perangai pon tak cantik...errrr....krik krik krik.

Pepaham sendiri lah ye.




Monday, March 20, 2017

Peace & Calming

Berpeluh tengok harga PEACE AND CALMING yang akan naik bermula 1 April nanti.
Ringgit Malaysia teruk yang amat sekarang ni.



10 everyday uses for Peace and Calming: 
Stress 
Relaxing
Insomnia 
Depression
Anxiety 
Balancing 
Tension 
Anger
Hyperactivity

Peace Peace and Calming ni campuran daripada tumbuh-tumbuhan berikut: 
Tangerine 
Orange 
Ylang ylang 
Patchouli 
Blue Tansy 

Harga dia nampak boleh tahan sebab pokok BLUE TANSY tu sangatlah susah nak dapat. Ambil masa untuk hidup dan tuai. Sebab tu kalau sumber tak mencukupi, mana-mana EO yang out of stock, out of stocklah bertahun lamanya. Takdenya nak ganti dengan bahan-bahan sintetik walaupon permintaan sangat tinggi.

5ml ni ada 80 titik. Kalau nak pakai, setitik sudah mencukupi sebab YLEO ni terhasil dari pati perahan pertama. 

Tak perlu pakai banyak-banyak.

Panjang akak tulis hari ni. Pecah kaca, pecah gelas. Sudah baca, harap balas.kehkehkeh 
Nak stock up EO yang lain, jangan segan-segan PM atau whatsapp ye! 

Love at first drop,

 Anoi Halim 
 012.6844081

Thursday, March 16, 2017

SPM Results!

A BIG congratulations buat anak buah nombor 4 (dari 15 org anak buah yang ada) untuk keputusan SPM yang cemerlang, gemilang, terbilang!


Aidi masa Form 1, dia dapat masuk SDAR. Tapi Aidi ada eczema yang teruk. Mmg tak boleh nak adapt dengan kehidupan berasrama penuh. Lastly, angah bawak keluar & sekolahkan dekat rumah.

Alhamdulillah. Memang tak silap lah tindakan angah. He performed very well masa PMR and now masa SPM.

Kalahhh dengan result SPM aku dulu. bahahahaha.

Along dia yang masuk KYS dulu pon kalah dengan result adik dia.kihkihkih

Anywayyyyyyyyyyy, untuk addik-adik yang mana result SPM kurang memberangsangkan (macam akak ni.ngeee), dont worry and paling penting- DONT GIVE UP!

There are different route to the same destination.
Chin up and keep on moving!

Wednesday, March 15, 2017

Tuesday, March 14, 2017

Happy 143 day!

Tarikh ni sangat istimewa especially untuk budak-budak STF.

For us yang belajar dekat sekolah berasrama penuh ni, siapa jelah yang ada untuk kami berkongsi kaseh sayang selain rakan taulan dan cikgu2 sekolah.

So we celebrate 143 day! Ni sempena 14 Mac setiap tahun.



Biasa akan ada dedication from junior-senior or senior-junior. Ala-ala adik & kakak angkat lah. Eh, tak ada yang melebihi tatasusila norma manusia (if you know what I mean).

Kalau 14 Mac tu jatuh hari Sabtu, biasa akan tengok movie ramai-ramai dekat main hall. Meriah!

Rindunyaaaa zaman sekolah.

143 ni apa makna dia?

Ikut suka hati lah nak interpret apa.

Biasa 1 untuk I, 3 untuk YOU.
4 tu boleh lah love, miss, like..etc etc etc.

So for readers, (macamlah ada khennnnn),

Happy 143 day!

eh utk ko sorang, mohon interpret 4 tu as HATE ye.

Bye!

Wednesday, March 8, 2017

Tuesday, March 7, 2017

0316

Are you satisfied for what you've done?
Are you happy for what you did?
The wound that you made left a permanent scar.
Forever, it wont heal.

BUT

What doesn't kill me, makes me stronger.
Thank you, you.

It was MARCH last year when it all started.

Why are you so evil?


Thursday, March 2, 2017

A year older, a year wiser


28.February.2017

Birthday yours trulyyyyyyyy!

Dulu zaman percintaan, pukul 12 tepat tengah malam dah ada org wish HAPPY BIRTHDAY! Lengkap dengan pakej nyanyi lagu happy birthday to uuuuuuuuuu.

Tu dulu.
Tahun ni, 10.30 malam dah lights off, tidooooooooo! kah!

Tapi pepagi tu dapatlah wish.
Lunch hour, berdating sat dekat Nandos.
Tak tunggu birthday pon mmg favourite place je Nandos ni.

Quarter & Half Chicken. Tak abes pon makannya. hehe


Terima kasih untuk SEMUA yang wish & mengirimkan doa.
Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayangNYA.


This parcel just arrived today.
Terkejuttt akak!
Card & gifts :)
Thank you B!


Semoga kita sekeluarga ditempatkan di syurga firdausi bersama-sama.
1437!

Wednesday, March 1, 2017

Wednesday, February 22, 2017

Monday, February 20, 2017

Happy Birthday!





Happy 34th Birthday HubbyBaby!
l o v e u  e t e r  n i t y

Friday, February 17, 2017

FREE EO ya'll!

Finally, habis dah work task dengan sketchup ni.
Berpinar bijik mata.haha. *exaggerate punya statement*

Next is the documentation.
Bring it on! Chewahh. Semangat kemain kan.

Hati ada manyakkk happy sebab dapat manyakkk barang FREE!

Siapa je yang tak suka barang FREE khennn.

Husband yang kaki suka minum nescafe pon boleh layan AIR TEH .

Dia kata sebab dapat FREE. Tak payah susah-susah  nak buat.hahaha

Ok berbalik kepada barang FREE yang dapat ni.

Mostly mestilah dari YOUNG LIVING!

Thank you so much for your generosity Young Living!

Ni parcel pertama yang sampai.


Kupon Nandos tu  redeem point-apatah-tak ingat. RM50. Nyumssss.

Then, disusuli barisan-barisan EO!

Sila buat kira-kira ye berapa nilainya.
Member price(mp) dan retail price(rp) 

Immu Power 15ml
(MP: RM283, RP:372.73)

Dream Catcher 15ml
(MP: RM323, RP:RM425)

Harmony 15ml
(MP: RM315, RP:414.47)

Myrrh 15ml
(MP: RM292, RP:384.21)

Idaho Balsam Fir
(MP: RM283, RP:RM372.37)

Boswellia Wrinkle Cream
(MP: RM302, RP:RM397.37)

Total price yang dapat PERCUMA ni mengikut retail price ialahhhh:

RM2738.88
Kachinggggggggg!!!


Then EO dekat atas ni di redeem di Singapuraaaa. Total value almost 1k!


Next, atas kesetiaan yang tidak berbelah bahagi dengan Young Living, Young Living bagi hadiah diffuser. Dalam ranking diffuser, yang ni kira paling high end.

Price?

Member price - RM920
Retail price - RM1210.95

Ha...tutup mulut tu please!
Masuk lalat nanti!
Total Young Living bagi FREE ni ada dekat 5k!
Siapa nak bagi banyak gini???



Lastly dapat gift voucher RM200. 
Eh yang ni bukan Young Living. Ni pon tak ingar redeem apa.bahaha


Tulis benda-benda free dekat blog bukan nak riak ke apa okeh. 
Ni sekadar ingatan untuk diri sendiri bahawa rezeki ALLAH tu tak pernah salah alamat.
Lagi banyak kita memberi, lagi banyak ALLAH bagi nanti.

Okehs.
Husband dah nak sampai.
Have a nice weekend everybodyyyyyyyyyyy! 

Wednesday, February 15, 2017

Tuesday, February 14, 2017

Oh My Weekend!

Hari Sabtu dimulakan dengan aktiviti masak-memasak.
Malam sebelumnya mak dah request nak makan meeehun putih for breakfast.
Ada yang panggil meehun singapore. Tak kesahlah apa namanya kan.
So pesan dekat mak utk singgah beli ayam lepas mak balik subuh.

Tersedar 5.30am, rendam meehun dulu sesiap. Supaya tidaklah meehun keras kejung nanti.haha
Tunggu mak balik beli ayam baru start masak.

Ok ni resepinya.Tak ingat resepi ni amik dari mana. Tapi so far feedback tidaklah mengecewakan.

1 peket meehun (aku suka guna cap gajah)
Isi ayam (sukehati nak banyak mana) - potong kecik/dadu. Besar ibu jari
Fishball (aku suka beli cap mushroom) - 1 peket. Ni pon sama, potong tiga.
Fishcake (sama, cap mushroom)- 2 keping. Potong cam besa.
Kobis (pilih kobis hat kecik), potong panjang mcm buat salad tu.Agak-agak sendiri nak banyak mana.
Carrot - 1 batang. Potong panjang-panjang.

6 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
*ni tumbuk bersama

Lada sulah *ikut sukahati hangpa nak pedas takat mana
Lada hitam *ni pon sama. Jangan curah 1 botoi sudah

Cuka buatan - 2 sudu


Cara-cara
1. Ayam dah potong dadu tadi, gaul dengan garam secukup rasa. Mohon agak-agak. Jangan masin sangat.
2. Gorengkan ayam sampai masak.
3. Bila agak-agak dah masak, masukkan fishcake dan  fishball.
4. Goreng lagi bagi semua bahan-bahan masak.
5. Masukkan bawang putih yang dah ditumbuk bersama lada hitam
6. Kacau sampai semua bahan mesra.
7. Masukkan lada sulah dan lada hitam - Ni pon sama, mohon agak-agak.
8. Bila semua bahan dah mesra, curah air takat tutup bahan.
9. Masukkan cuka. Aku suka letak 2 sudu ja. Tak lah masam sangat.
10. RASA! Apa yang kurang, mohon tambah sendiri.mihmihmih
11. Masukkan carrot.
12. Kacau dan kacau.
13. Masukkan meehun. Jangan sukehati nak kacau meehun. Kang meehun tu hancur. Nak bagi lembut, tutup kuali tu sat.
14. Sebelum tutup api, masukkan kobis.
15. Gaul bagi kobis tu rata.
16. SIAP!



Cara nak buat panjang kemain, tapi percayalah, senang aje.

Ada yang suka makan dengan kicap cili.
Ada yang suka makan dengan cili jeruk.

Habis topik sarapan pagi.

Alang-alang tu,  terus masak lunch sebab husband ajak teman p servis kereta kat Masjid Tanah.
Aku masak sup ayam. Sonang!hahaha

Habis servis kereta, jalan-jalan hingga ke Tg.Bidara.
Angin punyalah kuat. Rasa nak sangkut hammock, terus tido kat situ.hehe

Otw balik, singgah pula MPO.
Husband survey running shoes.
Wide selection juga dkt Nike.
Tapi husband kata nak tengok tempat lain nanti.
Aku masuk Skechers.
Berbunga-bunga hati sebab Go Walk ada dkt sini!
Sekali tu hampa sebab takdak size.huhu




Pukul 6pm barulah gerak balik.
Dapatlah hasil lain utk husband, mak dan abah.hehe
So korang, how's your weekend?

Friday, February 10, 2017

19052016

So, it was on

19th May 2016

when your pride is so cheap that people can get it for FREE

may ALLAH forgive you and all of us

اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ
اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ