Monday, July 10, 2017

Homewrecker


Lately ni banyak betul newsfeed pasal suami yang curang dan perempuan yang tak ada maruah diri.

It takes two tango.

Suami yang sememangnya LELAKI, kita dah sedia maklum nature dia, nafsu dia macam mana.

Iman yang membezakan. Kurang iman, ikan goreng hangus pon nampak sedap.

Macam cerita dekat page Kisah Rumah Tangga tu, kakak tu share apa yang berlaku pada tahun 2016.

How her lovely husband cheated on her with a married woman (for god sake!) -  TWICE!

Kantoi kali pertama ingat dah insaf rupanya TIDAK - ada pula kali kedua.

Dengan orang yang sama.

Paling best SATU PEJABAT which they knew spouse masing-masing.

Gila ke tak?

Bukankah perempuan sepatutnya lebih emphaty terhadap perasaan orang lain terutamanya kaum sejenis?

Tapi homewrecker betina gatal ni mana kisah. Mana nak fikir semua tu.

The main matter bagi yang berskandal dengan laki orang ni is their own feelings.

Diri sendiri rasa happy no matter how she achieve it.

Kisah apa kan bini skandal nak rasa apa.

Janji diri sendiri rasa gembira dan puas!

Aku memang emo dengan perempuan jenis tak tahu malu ni.

Memang semua bersebab tapi ALLAH bagi otak kot dekat engkorang.

Otak tu diguna untuk berfikir.

Bukan di jadikan hiasan dekat kepala ko tu.

Kakak ni share her nightmare that happened in 2016.

Now 2017.

Aku tau satu je - orang boleh cakap apa pon (maafkan/move on/be strong/siskuat)  tapi orang tak akan rasa apa yang kakak tu sebenarnya rasa.

Kuat tak kuat dia hadap ujian tu. Senang ke tak nak melupakan.

Tapi memang aku salute lah dekat kakak tu sebab gigih contact family perempuan yang tak tahu malu tu.

Baru tau langit tinggi rendah kannnn.

Kesian mak bapak ko sebab dapat anak macam ko.

Lagi kesian dekat suami ko sebab dapat isteri macam ko.

Tak payah nak kecoh kata kakak tu bukak aib dekat family dia walhal puncanya dari siapa?

Masa berskandal tak rasa aib? Tak rasa tengah buat dosa?

Memang entry emo hari ni.

Ni baru baca pasal kes Nur Syaleza (go google!).

'Jiwa' Nur Syaleza telah kau 'bunuh' wahai lelaki saat kau menduakan Nur Syaleza.

Kepada 'suami' arwah Nur Syaleza dan perempuan murahan itu, moga hidup korang 'aman'.

Dan kepada homewrecker, jangan lupa dunia ini berputar.

Jangan lupa ALLAH Maha Mendengar.
Jangan lupa ALLAH Maha Melihat.

ALLAH ada.


Monday, July 3, 2017

Syawal 1438H

Assalammualaikummmmmmmm, kami datang nak rayaaaaaa!

Tu ayat aku dengan kazen time jalan raya dulu-dulu.

Masa tu muda remaja, boleh lah ko buat camtu.

Ni dah anak tiga, mau pelik kalau Nuha tengok.hehe

Amacam korang punya raya?

Meriah tak?

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menyambut Syawal dengan keluarga terchenta.

Meriah susana lah dengan 5 anak, 5 menantu, 18 cucu.

Gegak gempita rumah.hehe

Hari Jumaat (23hb Jun) tu dah start cuti.

Mujur cuti, dapat gak buat kuih raya. Raya kan, mesti nak gak buat kuih sendiri.

Baru ada suasana nak sambut raya. Gitew.

Hari Sabtu (24 Jun), dimulakan dengan kerahan tenaga ke atas anak-anak buah untuk menolong memasak.

Baik lelaki or pompuan, marilah bekerjasama di dapur bagi menghasilkan juadah lauk pauk yang marvelous.

10kg daging.
10 ekor ayam biasa.
10 ekor ayam pencen.

Sambal daging.
Rendang ayam.
Sambal ayam.
Sambal kacang.

Ketupat daun 170 biji.

Lemang periuk kera.

Menu macam nak kenduri kan tapi memang ala-ala kenduri pon time raya ni.

By the time raya kedua biasanya lauk pauk ni dah abes.

Master Chef of course lah Ateh. Aku cuma assistant merangkap floor manager.hehe



Ahad (25 Jun 2017. 1 Syawal 1438H)

Hujan rahmat membasahi bumi.

Memang sangat lebat.

Subuh tu, solat jemaah dengan husband then terus sessi bermaaf-maafan.

Panjangggggg juga sessi tu.hehe

Then terus siapkan husband & anak-anak.

Off to masjid untuk solat sunat aidilfitri.

Dalam 10 lebih, tetamu dah start datang. Tetamu memang datang tak putus-putus.

Tapi kiteorang sempat lah jugak berjalan raya ke beberapa buah rumah sebab raya kedua nanti dah balik Ipoh.

Alamak nak balik dah.

Sambung nantiiiiiiiiiii (kalau rajin!haha)

Thursday, June 22, 2017

27 Ramadhan 1438H


Ramadhan berbaki dua hari sahaja lagi.

Alhmadulillah malam tadi dapat ber-qiamullail dengan suami.

Abah, 10 malam terakhir memang beriktikaf di masjid.
Mak pon sama.
Setia menemani Abah.

Persediaan untuk Syawal hampir lengkap.
Alhamdulillah untuk rezeki tahun ini.
Rezeki untuk dikongsi bersama.
Sikit kongsi sikit.
Banyak kongsi banyak.
Mana yang ada lah ye.hehe

Korang raya mana tahun ni?
This year turn raya Melaka.

Walaupon memang dah duduk dengan mak, tapi bukan  hari-hari pon dapat berkumpul dengan adik beradik kan?

Panjang nak tulis tapi mood ke laut.
Bukan mood nak raya pon.
Random feelings.
Bercampur baur.

HanyaMU Ya ALLAH yang mengetahui apa di dalam hati ini.
KepadaMU aku berserah.

Ya Ramadhan, moga kita bertemu lagi pada tahun akan datang.
Ramadhan berbaki namun rindu mula mengetuk pintu hati.
Jumpa lagi Ramadhan.

Aku setia menanti di sini.



Wednesday, June 21, 2017

Monday, June 19, 2017

24 Ramadhan 1438H


Sekejapnya dah masuk 24 Ramadahan.
Macam mana ibadat kita?
Lebih baik tak dari tahun sebelumnya?

Alhamdulillah aku dapat juga buat terawikh di masjid & di rumah dengan husband.
Tak dapat selalu lah tapinya.huhu

Paling mencabar terawikh dekat rumahlah.

Rayyan dok masok dalam telekung.
Raudhah dok sujud atas sejadah.

Macam-macam perangai betul anak-anak ni.

Tapi takpe, mudah-mudahan diaorang nampak apa yang mamaabah buat & suatu hari nanti boleh ikut berjemaah sekali.

Ramadhan tahun ni buat aku teringat sangat-sangat dekat Ramadahan 2016.

Tahun lepas, 2 minggu pertama memang lepas je kerja, aku rushing balik rumah sebab nak masak untuk berbuka.

Everyday without fail.

Sebab mak akan tadarus dari pagi sampai tengah hari. So petang memang tak larat nak masak.

Not even sekali pon beli food dekat bazaar tu.

Happy rasa dapat masakkan untuk family. Sahur pon, by 4.30am dah bangun untuk prepare apa yang patut.

Oh. Masa tu Raudhah baru 6 bulan.

Rutinnya:

Puasa-Pump dekat office 3 session untuk stock susu Raudhah - Balik masak- BF Raudhah - Layan anak2 while yang lain pergi solat di masjid.

Penat. Tipulah kalau tak penat. Tapi kena push diri jugak.

Kudrat tu dari ALLAH jua.

Tu yang tersurat.

Tersiratnya, biarlah ALLAH yang tahu.

ALLAH Maha Melihat setiap perlakuan hambanya.

Malam ni malam ke 25.

Jom tingkatkan amalan untuk Ramadhan yang berbaki ni.

:)

Monday, June 12, 2017

7th Anniversary


betapa…hati telah berjanji ku bawa sampai mati karena satu yang pasti telah ku jatuhkan hati kepadamu
selalu
selamanya
cinta takkan pernah berhenti karena hati telah memilih sadarkan dirimu
ku bertahan untukmu

Happy 7th Anniversary HubbyBaby
1437

Friday, June 2, 2017

Pengaruh Rakan Sebaya

Selain lazada, sekarang dah terjebak dengan shopee pulakkk. Iza lah ni yang introducekan shopee.

Weekend haritu, gigih download shopee apps sebab nak tgk apa  yang best sangat.

Teringat pulak Nuha bagitau haritu "Mama, bila nak beli hadiah hari guru?"

Hemohemohemo.

Aku cuma jawab - "Nanti kita beli okeh!"

Tapi sebenarnyaaaaa

Mama bukan tak nak beli nak, tapi haritu awak tak datang sekolah 1 minggu sebab ikut MakWan.
So mama postpone lah nak bagi hadiah hari guru awak tu.

Panjang jawapan dalam hati.

Ni kalau tak bagi juga hadiah untuk cikgu dia, mau sampai darjah enam esok dia ungkit.haha

Then teringat kalau nak raya, boss akan bagi set tupperware yang ada cake.

Tupperware cantik, kek mmg kompem sedap maka TING! Lampu mentol pon menyala.

Mohlah kita hadiakahkan set ni dekat cikgu-cikgu tadika awak Nuha.

Cikgu awak tak ramai bolehlah bagi yang special sikit.hehe

Fast delivery betul! 2 hari order je dah sampai!


Nuha pon suka tengok set ni. Pink kan. Budak pompuan mana tak suka pink. Cuba cakap?

Terus dia cakap "Esok Nuha sekolah tak? Dah lama Nuha tak pergi sekolah nanti cikgu marah".

Barulahhh nak ingat sekolah kannnnnnnnn.

Tunggu nak dekat raya nantilah baru kita bagi hadiah ye.

2 in 1 - Hadiah Guru & Hadiah Hari Raya.

Nexttttttt,

CETAPHIL!



Ceptaphil ni kalau dekat farmasi luar, mahal. Shopee jugak yang jual murah-murah.

Sipalah yang buat shopee nieeeee??? Haih.

Tapi jaga-jaga okeh.

Shopee ni memang boleh buat jadi addicted.

Kalau balance dalam akaun bank korang menyusut, jangan salahkan aku!

Happy shopping!

Wednesday, May 31, 2017

Friday, May 26, 2017

Ramadhan 1438H


"Usah bersedih andai diri tidak dihargai,

BERSEDIHLAH bila diri tiada harga diri lagi"






SALAM RAMADHAN 1438H

Tuesday, May 23, 2017

Super.Duper.Busy

Fuh fuh fuh.
Lately ni memang sebok teramat.
Kadang-kadang kena ke JB.

Eh tahun lepas 19.5, masa aku p JB ko buat apa haaaa?
Tak malu eh?

Yucks!

Eh buat apa lah aku teringat kan.

Tapi nak buat cam mana, kan aku dah kata sampai mati aku tak boleh lupa.

Ni nak masuk RAMADAHAN, dah pastikan syaitan tahun lepas dah kena ikat baik-baik.

Gila kebal bulan puasa pon buat hal.

Kena sambar petir masa tu baru ko tau.

Eh apahal lah aku cerita pasal ko yang tak berfaedah niiiiii.

Berbalik pada kerja.

Harapnya semua urusan dipermudahkan.

Aku mmg terasa 'attached' dengan projek ni.

Tak zabar nak tengok pengakhiran dia macam mana.

Ni memang maratahon punya projek.

Again, semoga projek ni berjaya va va va.

Oklah dah masa untuk balik.

Bertemu di lain hari!

Wednesday, May 17, 2017

Friday, May 12, 2017

Guardians of the Galaxy Vol. 2

Refer pada last entry (Wordless Wednesday), Rabu haritu kiteorang tengok movie Guardians of the Galaxy Vol. 2

This time layan dekat MBO Elements. Ingatkan dekat Hatten tu rupanya kat building lain.
Naseb baek perasan (dan tak sesat!hehe)

Kalau movie baru, aku suka tengok yang sound system dia ATMOS. Baru best nak layan. Oh, couple seat jangan dilupakan.mihmihmih

Pagi Rabu, lepas setteled ke pasar & buat apa yang patut, barulah gerak ke MBO Element ni.

Tu pon dah pukul 11 baru gerak. Show pukul 1ptg. Kekonon dapatlah jalan-jalan dulu. Nan hado.
Pukul 11.45 baru sampai. Dah lah jauh dengan MP dengan Dataran Pahlawan tu. Maka kiteorang lepak-lepak jelah dkt situ sambil tengok trailer movie-movie lain (The Mummy tu macam best. Ke sebab ada Tom Cruise?Eh)

Eh melalut pulak entry ni.

Overall movie ni adalah best. Nombor 1 keluar tahun 2014 kot. Aku try tengok hari selasa malam tapi  macam tak best. Best lagi yan nombor 2 ni. haha

Watak-watak biasa - Quill, Gamora, Rocket, Drax, Groot.

Watak tambahan - Ego & Mantis

Kalau selalu tengok Disney XD, memang ada kartun ni. Nuha dengan abah dia lah yang selalu layan. Guardians of the galaxy, spiderman, slugterra. Tau sangat dah Nuha ni ikut sape.hehe

So korang, pergilah tengok. Best!

Akak bagi 4.5 bintang!

Selamat behujung minggu!


Drax :My daughter was just like you
Mantis :Disgusting?




Wednesday, May 10, 2017

Monday, May 8, 2017

Incoming Event : Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim

20 hari lagi lagi Ramadhan bakal menjelang tiba.

Macam dua tahun lepas, batch sekolah aku menganjurkan aktiviti berbuka puasa bersama anak-anak yatim.

Tahun ni, insyaALLAH akan buat majlis yang sama.
Kali ni dua sekolah bergabung. STF & TKC batch 9600.

Task aku kena minta donation.

InsyaALLAH aku akan tolong semampu boleh.

So readers, kalau ada sesiapa nak menyumbang bagi meraikan anak yatim ni bolehlah berbuat demikian ke akaun berikut:

Mbb Nik Azizah
Email : nikstf9600@gmail.com
Maybank acc: 
154026400544
Subject : iftar


Semoga Ramadhan akan datang ini lebih baik dari sebelumnya.

Thanks in advance!

Thursday, May 4, 2017

Cuti panjang buat apa?

Buat kenduri kawennnnnn.hehe

Alhamdulillah majlis pernikahan & persandingan Anor berjalan lancar.

Anor ni anak kepada sepupu. Kira anak sedara lah kan?

Anor ni muda setahun dari aku. Alhamdulillah, akhirnya bertemu jodoh dengan kakashi (ingat naruto?) hati.

MakNa & PakSu doakan semoga perkahwinan korang BAHAGIA hingga ke SYURGA.

Tetiba terkenang foods yang lazat sepanjang 3 hari 2 malam tu.Nyummmms.

Ada Soto & bergedel. Amiklah banyak mana bergedel ko nak amik. Sebab buat sendiri. Banyakkk hoiii.

Hari Sabtu pulak, hari langsung - masakan dari katering sodap. Then ada side dish - kuih denderam & lempeng. Ni masak panas-panas. Sedap hoi!

Malam tu pulak, ada acara sampingan. Sambut birthday ada, sambut anniversary ada. Ha malam tu makan kambing golek sampai tergolek-golek. Sedapnyaaaa kambing golekkk itewww.

Tah berapa banyak kalorilah aku makan Sabtu & Ahad tu. Lantakkan. haha

Hari Ahad pagi ada acara cari duit tersembunyi dalam bilik pengantin.

Aku cakap dekat Nuha, nak beli toys, kena carik banyak-banyak duit tu dalam bilik pengantin.

Terusss semangat membara.haha

Dapatlah RM39.

"Let's go and buy toys, mama". Amboi. Tak menyabo ye.

Rekod paling banyak dapat carik hari tu RM70 kot. Suka bebudak.

Tgh hari tu sepatut pergi menghantar pengantin tapi tak dapat nak ikut sebab officemate pon kawen.

Tahniah Afiq!

Hari Isnin, ajak husband cat bilik sebab dinding bilik dah dipenuhi dengan cotengan Ar Rayyan yang genius. Gigih laki bini cat sampai ke malam. Kalau nak suruh cat 4 bilik yang lain lagi memang kiteorang surrender awal-awal.haha.

Tu jelah kot cerita hujung minggu yang lalu.

Malas nak letak gambo.

Kang ada orang gila p save gambo-gambo tu.

Then buat cantum-cantum muka. Eh.

Psiko sangat.

Ok. Till then!

Wednesday, May 3, 2017

Tuesday, May 2, 2017

Hello MAY


Hello May.

It's been awhile.

Friday, April 14, 2017

My Wife's Having an Affair this Week

It's been a while aku tak melayan cerita korea or jepun.

Dulu time study, sanggup oiii berjaga tengah malam sebab nak tengok cerita Meteor Garden, Full House, My Sassy Girl dan macam-macam lagi lah.

Tahun 2001 lagi dah diperkenalkan K-Pop, J-Pop tapi masa tu tak lah hard core sangat macam skang.

Then tetiba rasa nak tengok cerita korea balik. Ingat nak tengok Goblin dulu (tau aku dah lambat.haha), tapi layan dulu lah cerita ni.

My Wife's Having an Affair this Week.



Tajuk cerita macam kurang ajar sangatkan bunyiknya.haha

Tapi, kalau perhati zaman skarang, dah macam trend pulak laki/bini ni ada skandal.

Be it laki org dengan pompuan single or dah kawen

atau

bini orang dengan lelaki single or dah kawen.

Worst bini orang & laki orang.

Haih.

Aku tak kenal pon nama-nama pelakon dalam cerita ni.haha. Tapi lakonan depa mantap aihhh.

Paling kesian dengan laki tu lah.

Wife curang sampai dah tdo bersama.

Takde rasa bersalah pulak mengaku dkt laki dia.

Gerammm je aku tengok kan.huhu

Lagi satu tu pulak, husband dia kaki pompuan. Last-last bini balas dendam. Hamikk!haha

Aku rasa dekat Malaysia ni pon dah ada kes-kes yang macam tu.

Maksud aku, kawan-kenal-skandal akhirnya sampai ke bilik tidur.huhu

Oh.

Dalam cerita ni memang banyak benda yang kau boleh belajar. Aku bagi tiga jelah dulu. Lain korang korek sendiri bila tengok cerita ni.haha

One is - Be grateful for WHAT you have and WHO you have.

Tolonglah jangan compare kehidupan kau dengan orang lain.

Bahagia tu datang dari diri sendiri.

Bukannya kalau kau tak bahagia, kau pergi merenyam dengan orang lain.

Two - Ingat ALLAH

Selicik mana nak sorok, jangan lupa ALLAH yang Maha Melihat.

Betul, semua yang berlaku itu izin ALLAH tapi belum tentu dalam keredhaan ALLAH.

Third - Nobody is perfect.

Perkahwinan adalah  dua manusia menerima segala kekurangan pasangan dan menambah baik nilai pasangan masing-masing. Gitewwww.

Tengok balik diri sebelum nak condemn or complaint apa-apa.

Last but not least, semoga aku, ahli keluarga, saudara-mara dan zuriat keturunan aku dijauhkan dari perkara-perkara sebegini.

Selamat berhujung minggu!

Wednesday, April 12, 2017

Monday, April 10, 2017

Hello, is it me you're looking for?

Rindu pulak dekat blog.
Ada yang rindu dkt aku tak? *bajet ramai nau baca blog kau kan.haha*

Cliche sangat kalau nak cakap busy, tapi memang busy pon minggu lepas.

Projek dekat JB dah ada tarikh baru untuk disiapkan.
Kena siap lepas raya nanti.
Ni dah bulan berapa kannnnn.

April-May-Jun.

Bulan puasa dan syawal tahun lepas engko buat apa haaa?
Eh lari tajuk pulak.

So by Jun atau awal Julai lah kena handover project.
Tak lama je lagi.
Basically memang kena kembali menjadi frequent traveller Melaka-JB.
Yey!

Oh.
Last 2 week, team JB mengalami kemalangan masa on the way balik ke Melaka.

Alhamdulillah semua selamat. Cuma dahi Mas yang teruk sikit luka dia.
Dalam truck tu ada boss dan sorang lagi staff.
Jalan licin sebab hujan, tu yang tiba-tiba je kereta terpusing.
Luckily juga tepi tu bukan gaung.huhu

Bila dapat berita tu memang zassss ingat yang aku pernah accident masa bawak truck yang sama. hewhewhew

Tahun 2009, on the way back dari Tg.Malim.
Situasi yang sama - hujan dan  tiba-tiba je kereta berpusing.
Mula-mula langgar divider kanan, melantun ke divider kiri, stop dekat tengah-tengah jalan.
Naseb baekkkkk tak masuk dalam gaung dekat belah kiri dannnn naseb baekkkkk tak ada kereta lain yang langgar.
Masa tu boss pon ada sama.
Ngeri je bila ingat balik.
Sampai sekarang aku tak pernah cerita dekat mak dan abah.
Takut depa risau.mihmihmih

Tapi kalau kata dah sampai masa, sesaat pon tak boleh tunggu.

Tetiba teringat lagi, adalah org tu pernah tulis -
Kalau perlukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.
Quote ditulis dalam bulan Ramadhan tahun lepas.
Elok cantik dah quote tu.
Tapi selang beberapa hari, buat gak maksiat.

Tak takut ke masa buat maksiat tu, dijemput Tuhan?

Kalau ingat ALLAH sure tak buat kan?

Tak ingat ALLAH letew.

Bulan Ramadhan ok BULAN RAMADHAN.

Chop, bulan Ramadhan bukanke syaitan dah kena ikat?

Ke tak?

Ke ada yang terlepas sekor?

Ke cam mana?

Ke ada manusia dirasuk syaitan?

Ke dia manusia bertopengkan syaitan?

Hmm.

Misterinya...