Friday, February 23, 2018

New Look, New Spirit.

We had a work coordination meeting last Wednesday when suddenly boss said "Let's re-arrange our office furniture. Your new desk will be arrived in two weeks. So for the meantime, we'll do the spring cleaning."

Boss cakap Melayu. Aku saja je tulis dalam English.haha

Maka hari Rabu tu, kami pon bergotong-royong kemas pejabat.

Sejak dulu memang office ni konsepnya "open-space".
Tak ada cubicle or divider between the tables.
Senang nak buat discussion or brain storming.
Tak payah berhimpi-himpit duduk sebelah menyebelah.ehem.

Selain meja baru yang akan sampai nanti, rak buku pon bertambah.

Hari Khamis, the girls pergi 'mencari ilham' di Muzium Diraja & Galeri Bank Negara Malaysia while the boys pergi IKEA beli rak.

Hari Jumaat which is today, sambung lagi kerja-kerja susun atur meja-meja lain dan buku-buku reference.

Banyak betul buku boss.

Ni kejadian hari ni.


Pasang rak buku baru & pasang almari 'cute'.

Each staff dapat lagi satu almari 'cute' untuk storage tambahan.


Buat letak handbag bak kata boss.

Dah siap pasang, teruslah transfer segala fridge magnetic yang ada.

Bolehlah kumpul  lagi lepas ni. mihmihmih

Terima kasih boss.

Moga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

Next, tunggu meja baru sampai then sambung deco.

Moga new look ni menyuntik semangat baru untuk kiteorang gigih bekerja.

Tak zabaarrrrrrr!

Wednesday, February 21, 2018

Tuesday, February 20, 2018

A Year Older, A Year Wiser


Happy Birthday HubbyBaby
May all the happiness be with you
always and forever

Thursday, February 15, 2018

Refreshing Our Memory?Pfft.

Bila guna HP yang lama ni, maka segala conversation 2015-2017 keluar semula.

Oh. Hp samsung pecah berderai. Tu yang aku pakai HP lama ni.

Aku tak buat pon chat history backup. So bila tukar, HP mesej lama mmg hilang.

Tengok mesej-mesej lama ni buat aku senyum sorang-sorang.

Whatsapp kelakar, gembira, hu-ha-hu-ha dengan STF9600.
Whatsapp suwit-muwit-gado-suwit-muwit-merajuk-gado-taknakkawan dengan suami.
Whatsapp gossip-shopping-gossip-shopping dengan Shop,Dine & Gossip 9600. (Awesome kan nama group kiteorang.haha)

Mata tertancap lama dekat mesej yang satu ni.




Aku tersenyum.
Senyum kasihan.

Bila kau nak selamatkan diri,
kau sanggup tak mengaku tu anak kau sendiri.
Siap cakap DEMI ALLAH lagi.
Tsk.
Berani kau kan.

Orang kata barang lepas jangan di kenang.

Well nak buat cam mana, hari ni ter-'REFRESHING "OUR" MEMORY' pulak.
Kah!

Wednesday, February 14, 2018

Monday, February 12, 2018

Minggu Makan-makan

Minggu baru ni asek kerja makannnnn jelah.
Memang ke laut diet aku.haha

Hari Sabtu, anak buah tunang.
Anak sepupu. Consider anak buah jelah.
After all memang dah macam adik beradik pon.

Kalau setakat kenduri tunang, memang masak sendiri je dekat rumah.
Kenduri kawen sok baru catering.

So menu utama hari Sabtu tu adalah:
Udang + nenas masak lemak
Ayam goreng berempah
Pisang muda masak lemak
Kerabu perut LIMITED EDITION
Fruit coktail by yours truly.ahem
Kuih muih yang beraneka jenis
Tapai
Buah-buahan

Alhamdulillah, the majlis went well.
Tetamu pon ramai.
Bak kata bibik  - Ni macam acara kenduri kawen dah Puan. Kalau tunang tetamunya tak ramai gini.

Tetamu bawa rahmat bikkkk.
Mudah-mudahan keluarga kita bertambah rezekinya.

Aaaamin!

Pukul 5ptg, aku balik rumah sat.
Tak jauh pon rumah.
Jalan kaki sat je dah sampai.
Recharge bateri.

Pukul 7, datang balik sebab malam tu nak buat bako-bako & steamboat.

Ada 5 station untuk steamboat.

So aku buatkan kuah tomyam, sup & masakkan siakap steam.
Tetiba kena jadik chef.
Aku belasah je.
Mujur tak ada siapa yang keracunan makanan.kahkahkah

Puas hati sumeorang makan.
Tak yah pergi Seoul Garden dah.
Konon je cakap tak yah.
Nanti sure g jugakkk.haha

Bahagian bako-bako ada ayam, dagin & kambing.

Steamboat ada macam-macam jenis bebola.
Bebola api je yang takde.hehe

By 11pm semua dah kekenyangan.
Nak potong kek pon tak larat dah.
Ditunda untuk hari Ahad.

Hari Ahad tu,
Husband dah ajak g jogging.
Aku tak larat aihhhh.
Penat pon ye, ngantok pon ye.

Ni baru kenduri tunang.
Nanti kenduri kawen bulan 11, kompem meriah kuasa dua.

Tak zabaarrrrrrrrrrrrrr!



Wednesday, February 7, 2018

Wednesday, January 31, 2018

Tuesday, January 30, 2018

Beauty with Brain

Aku baru habis tengok cerita Woman of Dignity.

Dua karakter wanita yang mempunyai kisah yang berbeza.

Sorang cantik, bijaksana. Sorang lagi tak berapa nak cantik, hati jahat.

Ni aku cerita pasal AhJin. Sebab yang lagi sorang tak berapa nak cantik, hati jahat tu watak dia mata duitan.huh

AhJin - si cantik manis yang bijaksana.

Hidup dalam elite class tapi down to earth.

Ada family yang bahagia dengan seorang anak perempuan.

Kawan-kawan yang best.

AhJin percaya 100% dekat suami dia.

Tapiiiiii dalam dia sebok uruskan rumah & hal keluarga, SUAMI YANG TAK SEDAR DIRI MAIN KAYU TIGA.

AhJin kecewa? Of Course. Gila kalau tak kecewa.

AhJin merempan? Tak. Tapi kawan-kawan dan family dia yang tolong 'belasahkan' pompuan tak tahu malu tu bagi pihak AhJin.

Si suami minta maaf. Tapi AhJin kata sorry, dia akan tuntut cerai.

Pompuan tak tahu malu tu boleh amik suami dia.

Ala-ala barang terpakai gitu.haha

AhJin berjaya bercerai. Then dia bukak bisnes handbag and terus hidup bahagia.

This is an example of BEAUTY with BRAIN.

What happened dengan pompuan yang berskandal dengan suami dia tu?

Dah lah tak cantik macam Ahjin, takde otak, busuk hati pulak tu.

Dia ingat dia happy lah bila AhJin dah bercerai tapi tak lama lepas tu company 'pakwe' dia kena jual.

Then satu Gangnam tu tahu dia jadi mistress.

Kah!

Lastly, career dia sebagai pelukis umpama telur dihujung tanduk.

KARMA.

Pengajarannya:

Beauty + Brain = Perfect package
Average look + Brain = Good package

Beauty + No brain = Bimbo package
Average look + No brain = Pitty package

No look + No brain = Tak tau dah nak letak level apa.haha

Korang tengoklah nanti cerita Woman of Dignity tu ye.

Muka tak cantik tak apa, janji pandai jaga maruah.

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Wednesday, January 24, 2018

Monday, January 22, 2018

Blessed.


Salah satu daripada azam 2018 adalah nak merajinkan diri update blog.

Tapiiiii kita hanyalah mampu merancang.huhu

Hujung 2017 membawa ke 2018 memang busyyyy.

Wordless wednesday pon tak sempat nak update.

Pusat Sains dah 98% siap but insyaALLAH akan ada projek lain di sana nanti.

Tentang anak-anak:

Alhamdulillah Rayyan dah bersekolah tahun ni. Sama tadika dengan Nuha.

Nantilah buat special entry utk Rayyan.

Aduhai, rasa macam banyak je post tertunggak ni.

17hb hari tu birthday Ainnur Nuha.

Entry khas dah buat dekat FB.

Rabu nanti insyALLAH buat celebration dekat tadika dia.

Sejak mentioned pasal nak buat celebration, asyiklah tanya bila nak buat.

Goody bag belum sediakan lagi.

Banyak pending task.wuwuwuwu

Esok lah baru carik goody bag.

Nanti sambung cerita lagi.

Toodles!



Thursday, January 4, 2018

Makan-makan Muo.

Sambung cerita tahun baru sementara teringat.

Dekat kedai satay ni, punyalah ramai orang.
Mungkin sebab ramai yang masih bercuti.
Tapi orang Muar dah kerja dah hari Isnin tu sebab Johor tak amik cuti tahun baru.

Sebab ramai maka kami kena beratur tunggu untuk dapatkan meja.

10 minutes menunggu, ada dah meja kosong.
Instead duduk bertentang mata (mihmihmih), husband suka duduk sebelah menyebelah.
Dari dulu lagi macam ni.
Aku selalu cakap - dah macam pembaca berita duduk macam ni.hahaha

Orderlah satay, mee rebus dan yang sewaktu dengannya.
Harga satay kat Muar ni semua standard - 70 sen secucuk.

Sementara tunggu order sampai, nampak orang yang baru sampai makin ramai.
Among them ada 3 orang pakcik yang mencari-cari tempat duduk.

One of them datang ke meja kiteorang & tanya - "Boleh kami duduk?"

Of course lah bolehh.

" Duduklah pakcik. Boleh je share meja if you don't mind."

Then dia panggil kawan dia lagi dua orang.
Pakcik bertiga ni rupanya kawan baik sejak umur 7 tahun lagi.
Now umur dah mid-50.

Kemain rancaklah kiteorang berborak.
Time nak bayar, rupanya Pakcik sorang ni dah bayarkan untuk kiteorang sekali.

Siap yang ditapau pon dia bayarkan.
Banyak oii kiteorang tapau.
Segan jugak rasa masa tu.
Tapi sebab pakcik insist, kecik tapak tangan, nyiru kami tadahkan.eheh

Alhamdulillah.

Rezeki tahun baru kekdahnya.

Moga rezeki pakcik dimruahkan ALLAH selalu.

Then kiteorang sambung jalan-jalan,

Again...rezeki ALLAH memang tak salah alamat.



Monday, January 1, 2018

Hello 2018

Konon bercita-cita nak recap cerita 2017.
Tapi tak sempat hoiii.
Last week busy dekat Terengganu.
Dari Rabu-Jumaat dekat Terengganu.

Sampai rumah Jumaat malam.
Dari baby kecik sampai baby besaq minta perhatian.
Terasa diperlukan sangat.
Baru korang tau kalau Mama takde.mihmihmih

Sabtu memang recharge day.
Ahad, pagi pergi jogging then tgh hari pergi kenduri kahwin dkt Serting.

Isnin, which is today dah masuk tahun baru 2018.

HAPPY NEW YEAR oiiii!

Hari ni rasa sangat special.
Kisahnya, balik dari pasar beli lauk pauk terus bagi idea dkt husband - Jom kita breakfast dkt Muar?

Bersinar-sinar mata husband sebab dah lama dia plan tapi kekangan masa tak mengizinkan.

Hantar lauk pauk dulu kat rumah.
Anak-anak masih tido.
Eheh.
Korang macam bagi can mama & abah nak dating ye.
Tengkiuuu.hehe

Taklah jauh mana pon.
45 minutes dah sampai.
Muar ni speciality dia sarapan pagi dengan satay, mee bandung, mee rebus, soto, lontong dan macam-macam lagilah.

Jalan-jalan, sampai lah kami dekat satu kedai satay ni.

Next entry aku sambung cerita eh.

Tunggu tau.

Again, HAPPY NEW YEAR 2018!!!


Friday, December 22, 2017

Retail Theraphy

Kenapalah selalu sangat ada sale dekat area opis ni.
Aku memang pantang sket dgn sale ni.
Pantang tengok.hahaha

Semalam dah 1 round, beli baju kerja + baju kekanak.
Baju Nuha lah especiallynya.
Tshirt dari RM30 jadi RM10.
Tau-tau je aku tengah cari baju basahan budak-budak ni.
Belasah beberapa helai.

Hari niiiiii cam mana tah terpergi lagi.
Kahkahkah.
Alasan sangat.
Baju Raudhah & Rayyan pulak.

The damage?
Ala tak banyak ponngggg. (Sedapkan hati sendiri)

Tapi memang aku admit, aku suka belikan barang untuk orang-orang yang baik dengan aku, yang sayang kat aku dan aku sayang orang tu.
Family and friends especially.

Aku tak kaya tapi rezeki yang ALLAH bagi tu cukup.

The feeling of giving is PRICELESS.

Lagipon ALLAH dah cakap, lagi banyak kita memberi, lagi banyak ALLAH akan ganti.

Next retail theraphy mungkin untuk diri sendiri pula.

Berapa banyak theraphy lah kannn.mihmihmih

Oh minggu ni hujung minggu yang panjang.

Selamat bergumbira semua!


Wednesday, December 20, 2017

Friday, December 15, 2017

Rain Cats & Dogs


Oh. Teringat satu peristiwa dulu.
Kiteorang dalam kereta nak ke kenduri kahwin kalau tak silap.
Memang tengah hujan lebat macam hari ni.
Le husband pon cakap - lebat hujan, like cats & mouse.
Kembong-kembong pipi aku tahan gelak.
Haha.

Wednesday, December 13, 2017

Tuesday, December 12, 2017

One after Another

December started with Abah's health issue. Abah mentioned about his ulcer that's getting worse. Taklah worse mana cuma bila ada bleeding tu, Abah dah cuak. Eh dengan kiteorang adik-beradik jadi cuak.

Being Abah, his pain tolerance is HIGH. VERY HIGH.
Selagi boleh tahan, Abah tahan. Rupanya his tounge ulcer dah dekat 2 bulan! Oh Abah!

Since Abah's punya medical record ada di HUKM, so terus lah ke KL utk set appointment.

Alhamdulillah, few days after that dapat jumpa ENT Specialist.
The doctor suggested a biopsy procedure for Abah.
So Abah kena admitted on the 4th December.
On 5th, they did the MRI.
On 6th, they need to pulled out Abah's old teeth.
The biopsy procedure is postponed to another date - later to be confirmed.

Alhamdulillah, Doc said nothing to worry but the biopsy still need to be done.
But but but, Abah mungkin kena on ubat diabetic since sugar level Abah mencanak naik.huhu
No more Nescafe for you after this Abah.hehe

Abah is fine now. Sempat lagi berjalan ikut Along ke Bukit Tinggi.
Alhamdulillah.

Next is Mak.

Mak memang ada katarak.

Bulan 10 dulu dah checked dkt PCMC and confirmed the date untuk operation.
Tapi operation tak buat dekat PCMC. Buat dekat IIUM, Kuantan. Cheaper of course.hehe

Pagi tadi oepration-nya.
Alhamdulillah, everything went smoothly.
Ni baru buat untuk sebelah mata.
Lagi sebelah mata mungkin bulan 3 tahun depan.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Syukur ada kakak-kakak & abang yang membantu menguruskan Emak & Abah.
Kami adik beradik, ambil giliran.
Terlebih@terkurang - takde berkira.
Priority adalah Emak & Abah.

Moga ALLAH memanjangkan usia Emak & Abah agar kami masih lagi dapat menabur bakti, membalas budi kedua-dua mereka.

Amin.


Wednesday, December 6, 2017

Tuesday, December 5, 2017

Hello December

1st entry di bulan Disember.

Gile ah. How time flies.

Dah masuk the last month of 2017.

Beberapa hari lagi masuk 2018.

End of last year, boss suruh habiskan cuti.

Tahun ni punya cuti ada lagi tapi tak dann nak habiskan due to projet dekat Terengganu.

Bulan 1 nanti insyaALLAH habis dan mudah-mudahan ada rezeki di tempat lain pula.

Weekend baru ni balik Ipoh. Sampai Ipoh Jumaat malam, Ahad dah balik semula ke Melaka.

Tak dapat nak berlama-lama since kerja berlambak yang menanti.

Next time insyaALLAH boleh cuti lama-lama.

Ahad tu sebelum balik Ipoh singgah Kg.Gajah amik uuuudanggg.

Ateh kirim udang galah.

Sedappppnya la hai. Goreng pon sodap!



Lepas ni, tiap kali balik Ipoh memang wajibbb lah singgah dulu beli udang galah dulu. hehehe

Dekat Melaka tak dapat yang fresh gini.

Takde idea betul nak bercerita.

Banyak dalam kepala otak je.haha

Keletihan tak habis lagi kot. Kena minum ning xia red lebih lagi nampaknya ni.

Okehlah. Hari ni boss belanja McD. Alhamdulillah.

Jom makang!