Wednesday, October 21, 2009

Grey's Anatomy Lagi


Grey's Anatomy Season 5 telah selamat di khatamakan pada minggu lepas.

Sangatlah best sampai boleh terfikir kenapa dulu tak mahu belaja rajin-rajin kalo tak sure dapat rasa macam nk bedah orang. :pge14::pge14::pge14:

Padan lah muka kan..

Season 6 dah keluar!!!!. Baru dapat tengok episod 1 & 2.

Previous season Izzie kena cancer dan hampirrrrrr mati, George O'Malley accident and tak pasti dia survive ke tak.

So, first two episode ni, sangat sedey sebab George O'Malley tue mati. ... :pge35::pge35::pge35:

Izzie is getting better sebab sel kanser tak membesar lagi dah.

Meredith masih dgn McDreamy.

Cristina Yang join the therapy session dengan Dr.Hunt.

Dr.Bailey sedang dalam keadaan stressed sebab she's a single mother now.

Lexie dah moved in ke rumah Dr.Sloan.

Callie dah pindah masuk Mercy West sebab merajuk dgn Chief.

Oklah. Nanti update lagi!

Monday, October 19, 2009

Congratulations!


CONGRATULATIONS!!

to

Aida & Shafiq

May the marriage last forever!



:pge39::pge39::pge39::pge39::pge39:

Monday, October 12, 2009

Simfoni Johor 2000

Just can't help to post this one:




Siapa terer, sila lah carik where's yours truly dalam video ni. [[Hint: Saya maen trombone.hehe]]

Sangat rindu!

Sprit, Solid, Smart!

Friday, October 9, 2009

My Next Marathon

At some point, you have to make a decision. Boundaries don't keep other people out. They fence you in. Life is messy. That's how we're made. So, you can waste your lives drawing lines. Or you can live your life crossing them. But there are some lines... that are way too dangerous to cross.
-Meredith Grey in Greys' Anatomy Season 5


I know I'm a bit late to watch the Season 5 episodes

but

better late than never right?

So, McDreamy Meredith, looks like we're on date this weekend!

=)

Thursday, October 1, 2009

1 Syawal & 2 Syawal 1430H

Hye kawan-kawan, bertemu kembali lagi dalam rancangan jom raya lagi! Ok. Raya tahun nie memang sangat penat. Nyaris pengsan tapi sebab raya tak habis lagi so ditangguhkan dulu pengsan tue. Kita bentuk point jelah ye. Lagi senang.


Petang Mantai
1. Hari Sabtu bertungkus lumus sampai muka berlenguih [kata orang kedah] menyiapkan juadah untuk hari raya.

2. Juadah hari raya terdiri daripada ketupat daun, rendang ayam, sambal ayam, sambal daging, kuah kacang dan rendang kerang.

3. Rendang kerang telah specially requested by yours truly and tak sangka plak rupenye ramaiiiii yang suka rendang ni. So rendang ni yang habis dulu.



1st Syawal
1. Telah menjadi jemaah yang terakhir masuk ke masjid untuk solat sunat aidilfitri. Penat hokeh berlari-lari anak sambil nk maintain cun ke masjid tue. Naseb baek sempat.huhu

2. Balik solat, carik breakfast seab perut dah dangdut. Belasah rendang kerang yg yummy.

3. Acara bermaaf-maafan. Err.. korang tgklh gambar.

4. Sedeylah sebab tahun depan belum tentu raya pertama kat rumah ni. Huwaaaaaaaaaaa
5. Dah habes tisu, acara gembira untuk kanak-kanak pulak menerima duet raya. Mahaplah, tak sempat pon nk masukkn dalam sampul duet raya korang.
6. Bergambar bergedik-gedik ngan ibubapa dan kekanda-kekanda.

7. Tak pergi beraya pon sebab tetamu datang tak putus-putus.

8. Masok tdo awal.


2nd Syawal
1. Sempat beraya di dua buah rumah jek. Rumah pakcik dengan rumah Mok Da.


2. Malam ada acara makan-makan di rumah Kak Enon yang hanya terletak di sebelah rumah.


3. Jumpa sedara mara, sepupu sepapat. Oh. Your truly telah menjadi nenek hokeh! Dah ada 3 org cucu sedaraa rupernye.. hurm..

4. Dah makan sampai gemok, pulanglah ke rumah.

5. Bincang malam untuk kenduri di raya ke tiga pulak.

Oklah..nanti update lagi utk raya ke tiga, ke empat dan kelima dan seterusnya...

Oh...nak tengok gambar cinta hati saya???



Scroll....

Scroll....

Scroll....

Lagi....

Lagi....

Lagi....

Lagi....

Lagi....

Lagi....

TADA!Hehehhe.....

Thursday, September 17, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Kueh Raya Saye

Minggu ni terasa kemeriahannya sebab Along, Ateh & Abang ada kat rumah. Biasa aku sensorang jek ngan Ma & Abah, So this week dapatlah bermalas-malas bermanja-manja sket ngan dia orang.

Seperti yang di jadulkan, minggu ni merupakan minggu membuat kueh raya secara besar-besaran. Jumaat malam, agenda pertama adala 'menopping' almond london. Akulah tue yang kena buat. Ada assistant pon kejap jek dah cabut lari. :pge21::pge21::pge21:



Sabtu pagi, lepas jek Subuh terus pergi pasar ngan Ma sebab nak beli bahan-bahan buat Mee Hoon sup. Aku jadik addicted lah ngan mee hoon sup neh. Agaknya sebab bergedel yang aku buat tue sedap kot. Haha. [[Sila jangan muntah]]. :pge36::pge36::pge36:

Balik dari pasar aku sambung tdo kejap sebab penat topping almond london tak habes lagi. Dua balang hokeh menyiapkan so kena charge baliklah kan tenaga ni. Kang takde tenaga nk buat kueh kang sape nk jawap?lalalla :pge36::pge36::pge36:

Bangun tidur, mandi-mandi, wangi-wangi terus menuju ke medan perang dapur. Oh. Mereka sedang membuat keperek ikan bilis rupanya. Ateh tukang uli, Abang & wife nya tukang gulung. Kueh kerepek ikan bilis ni adalah sangat leceh i tell u. Nak kena uli, nak kena gulung, simpan dalam freezer bagi sejuk, di potong-potong nipis kemudia baruuuu goreng. Tapi sebab kueh nie sedap and menjadi kegemaran abang aku yang sorang ni, Ateh buatkan jugak. Aku tolong gak. Tolong tengok. muahahahah :pge44::pge44::pge44:

So tugas aku buat biskut telur rebus ataupon nama inggerisnya butter cookies. Ada ENAM adunan yang aku kena siapkan. ENAM ya. Tapi pagi tue aku buat dua adunan jek lah dulu.

Ok. Ma aku pesan suruh letak resepi dia dalam internet. So ni aku menurut perintahlah ni. Korang boleh cuba. Nak jual pon boleh..


Bahan-bahan untuk satu adunan:
6 biji telur rebus - Ambil kuningnya sahaja
1 cawan gula castor
1 tin golden butter churn
Tepung gandum secukupnya [Nak biskut best, sila jemur tepung atau goreng pon boleh jugak]


Cara-cara:


Pukul 6 biji kuning telur rebus tadi bersama 1 cawan gula custor sampai kembang. Sila gunakan sudip kayu ya. Guna sudu pon boleh jugak. [[Akulah tue yang guna sudu sebelum kena marah dengan Ma.huhu]] Jangan guna mixer! Nanti biskut tak sedap.




Agak-agak dah kembang, masukkan satu tin golden butter churn. Pukul lagi dan lagi sampai kembang gak.



Kemudian, masukkan tepun gandum secukupnya sampai lah adunan tue jadik macam doh.



Dah siap terap, sapukan kuning telur di atas kueh tersebut dan taburkan gula kasar.

Bakar!

Inilah hasilnya....

Oh. Ini adunan yang terakhir. Sebab hati berbunga riang so terap guna bentuk love love. :pge39::pge39::pge39:

Adunan yang laen terap guna yang betuk bulat macam cincin.hehe

Sekian sahaja edisi kueh raya saya bersama Chef Anoi. Bertemu lagi di tahun hadapan di laen masa. Byeeeee