Friday, January 25, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Ye 1st entry untuk 2019.
Punyalah berhabuk blog ni kan.
Tahun 2019 dah masuk hari ke 25 dah.

Cerita tahun 2018 pon aku tak habis update lagi.
Tunggu lah masa tak busy sangat.
Kemainlah busy sekarang ni.
Pukul 10 dah ngantuk.
Sama ngantuk macam Nuha yang kena sekolah the next day nya.
Haaa selama ni dengar je cerita anak-anak sekolah macam mana kan.
Tahun ni memang new routine.
Takdak dah bangun bergolek-golek terhegeh-hegeh.
Haha.

Azam?
As usual mesti ada azam nak kurus.
Then adalah beberapa azam tambahan lain.
Moga-moga tercapai.

Looking forward for our next adventure!

Tuesday, December 11, 2018

Life is like a box of chocolate... [Part 1: Abah]

As summarize, tu lah kehidupan yang aku lalui for the past two months.

It's all started early November with wedding Hazirah & Farisman. 3rd November to be exact.

It was a very happy moment.

The beautiful dais, (and of course the bride!), the bollywood theme for the henna night, the happy faces of all family members and alhamdulillah, everything went very well.



LOVE.WAS.ALL.AROUND

Eh.

OhMyEnglish pulak aku ni.

Seminggu selepas tu majlis bertandang di Cyberjaya.

Isnin, aku ke outstation ke JB. Masa tu dah dapat tau dah yang Abah demam.

Nuha je yang ikut balik Melaka sebab ada majlis penyampaian sijil tadika dia.

Rayyan, Raudhah, Mak & Abah tinggal KL.

Rabu tu berwhatsapp2 cam biasa dengan adik beradik.

Ateh cakap Abah tak nak ke hospital walaupon dah dua hari Abah mengadu tak sedap badan.

Tapi alhamdulillah, petang tu lepas dipaksa-paksa, Abah setuju nak ke hospital.

Lepas maghrib Ateh bawa Abah ke emergency HUKM.

Aku pulak masa tu tertido dalam kereta sebab gerak dari JB ke Melaka lepas maghrib jugak.

Memang tak sedar langsung bunyik called or bunyik whatsapp.

Totally tido mati.

Sedar-sedar banyak betul misscalled dari Hubby & Along.

Mesej berderet-deret.

Terus called Hubby.

Dalam mamai-mamai, Hubby tanya nak ke KL tak sebab Abah dekat hospital.

Aku cakap ha ah, memang Abah dekat hospital Ateh bawak maghrib tadi. Tapi takde apa-apa kot, sebab Ateh takde called ke apa. Tak yah lah ke KL. Balik rumah je terus (Masa ni tak baca whatsapp lagi).

So Hubby kata ok. Letak phone, baruulah baca whatsapp.

Ya ALLAH.

Takdirnya, lepas Abah buat XRay, Abah collapsed! Oksigen dropped. Abah kena intubated.

Masas baca tu dah menggigil dah tangan.

Terus called hubby cakap kemas apa yang patut, nanti amik kat office terus p KL.

Memang tak tentu arah dah dalam kereta.

Rasa nak terbang pon ada.huhu

Pukul 2 pagi baru dapat sampai hospital.

Abah masih di emergency department sebab ICU tak ada kosong.

Allah ya Allah.

Sebaknya kali pertama tengok Abah masa tu tak tergambar dek kata-kata.

Wayar berselirat, tiub dalam mulut.

Air mata mengalir non stop.

Tulis ni pon rasa nak nanges.huhu

Doctor diagnosed septic shock due to cellulitis yang terdapat pada kaki Abah.

Doctor terpaksa tidurkan Abah supaya badan Abah boleh relax while ubat-ubatan menjalankan kerjanya.

Chances 50-50 masa tu.

Tak lama lepas tu Along, Angah & Abang sampai.

Syukur semua dah ada.

Ateh balik bawak Mak balik rumah. Mak sangat-sangat terkejut.

Hubby pon aku suruh balik dulu. Aku nak temankan Abah.

Aku bacakan Yassin buat Abah.

Mudah-mudahan Abah dapat dengar.

Hampir pukul 4 pagi, aku pon balik rumah Ateh.

Along & Angah stay tunggu Abah.
.
.
.
.

Nanti aku sambung balik lah cerita Abah ye...

Wednesday, November 21, 2018

Wednesday, October 24, 2018

Wednesday, October 17, 2018

Tuesday, October 16, 2018

Umar Ar Rayyan's 1st School Trip

Dua minggu lepas bila cikgu bagi borang kebenaran untuk ke Taman Rama-rama, mama cakap dekat abah -
"Biar Nuha jelah yang pergi, takut pulak cikgu susah nak handle Umar nanti."
Abah pon bersependapat dengan mama.

Tapi bila mama nak bayar duit rombongan, cikgu-cikgu kata nak bawa Umar sekali.

Okehlah. Mama setuju.

Fast forward ke hari ni, Umar bangun pagi dengan amokan. Dah siap mandi, tak nak pakai baju & seluar. Abah dah tak bagi dah Umar pergi. Mama kata takpe. Pakaikan je pampers, angkut masuk kereta. Dalam kereta carik stress away tak jumpa pulak. Ada peace and calming je. Memang mama lumur kat Umar. hehe

Dah sampai sekolah, baruuuuu dia nak pakai baju & seluar.

Bila tengok kawan-kawan beratur, terus tak sabar nak join. "Come on guys! Come on!".
Amboiii. Sape tah yang amokan ablasa pagi tadi.

Bila nampak bas sampai, lagi tak sabar-sabar nak naik. Cikgu siap bagi kumpulan dia naik bas dulu sebab dah tak sabo sangat. Seat depannnn sekali yang dia pilih.

Update daripada cikgu-cikgu : Alhamdulillah. Umar sangat behave. Boleh ikut arahan. Tapi takut sampai menjerit-jerit bila sampai dalam sangkar rama-rama. Haha. Tu memang expected. Last time pon Umar takut dengan rama-rama. Oh bila dah sampai tadika, Umar tak nak turun bas. Ish sabolah anak.

After all, mama syukur sangat Umar happy dapat join trip ni dengan kakak & kawan-kawan yang lain.

Mama tau Umar clever boy.
Slowly but surely kan Umar.

Nanti kita pergi zoo pulak ye? 😊

Peace yo!

Wednesday, October 10, 2018

Monday, September 24, 2018

Ada ni ^^

Lama betul tak update blog.
Kadang dah plan nak tulis macam-macam tapiiiii bila nanti, nanti, nanti, tu yang bertangguh berbulan-bulan.
Padan muka diri sendiri sebab tangguh.
Last-last lupa dah nak cerita apa.

Again, kalau busy tu maknanya ada projek yang sedang berjalan.
Alhamdulillah. Ada dua projek.
Both pon due end of this year.
Weh lagi berapa bulan je lagi nak hujung tahun.
Memang gear 5 dah skang ni.

Tu kerja, kehidupan lain alhamdulillah juga.
Setakat ni smooth sailing.
Hiccup sesikit tu adalah.
Tipulah kan kalau semua went as planned.

Azam kurus masih tak dapat dicapai lagi.
Kah!
Kadang hujung minggu dapatlah pusing 10 rounds hari Sabtu & Ahad.
Tapi lately ni cuaca tak begitu mengizinkan.
Maka berhibernasi jelah kat rumah.
Nampak tak alasaaaaannnn?

Takpe.
Slowly but SURELY!

Banyak lagi nak tulis tapi nak kena balik dah.
Till next time!

Wednesday, August 29, 2018

Wednesday, August 8, 2018

Friday, July 20, 2018

The neglected page

Rindunya nak bercerita dalam blog ni.

Lately memang super-duper busy.

Every week memang akan outstation ke JB.

At least 2D1N.

Mujur juga tahun ni baru busy macam ni.

Kalau 2016 dulu sama busy, aku tak tahulah apa yang jadik.huhu

Mungkin bukan setakat dekat tangga FCI.

Mungkin dah guna trivago.

Eh.

Pfft.

Oh.

2 tahun dah ye.

Alhamdulliah, life is getting better.

I just pretend that you're dead.

Eh.

Menyampahnya kalau teringat.

Next!

Tengah berangan nak berholiday.

Tapi kerja tengah banyak ni, berangan je lah dulu ye.haha

Gile takde idea nak cerita apa.

Okeh tetamu dah nak sampai.

Nak bawak depa pergi lunch.

Till then!

Wednesday, July 11, 2018

Monday, July 2, 2018

Yahoo Messenger

Ada dengar berita tak pasal Yahoo Messenger (YM) yang nak ditamatkan perkhidmatannya?

Kalau biasa guna yahoo mail, memang akan dapat email yang bagitau YM is shutting down on 17th July.

Siapa je yak tak pernah guna Yahoo Messenger? Cer bagitau.hehe

Dari zaman belajar hinggalah zaman kerja hinggalah zaman gelap - Yahoo Messenger ada disisi.

Masa zaman belajar, buat group discussion dalam group, send assignment, main game pon boleh.

Game paling best masa tu adalah main pool - Hi rauna2zoro!hahaha

Zaman kerja, discuss pasal kerjalah. Ahem.

Zaman gelap pulakkk zaman jumpa manusia yang banyak split personalities.

Kejap dia jadik pompuan - uptownguls.

Kejap dia jadik jantan - isyraf zain.

Kejap dia jadik pompuan - auna aish.

Ko rasa berapa banyak personaliti orang ni ada?

Ko rasa dia laki ke pompuan sebenarnya?

Cer teka cer teka.

Haha.

Oh, sebelum YM nak shutdown ni, dia bagi link untuk download segala tok nenek chat history.

Aku dah download KESEMUANYA.

Macam-macam aku jumpa.

One of it, adalah gambar seperti di bawah ini.




Siapa punya ni, baik mengaku woiiiiii!

Dah.

Korang pergilah download chat history.

Mana tau jumpa macam-macam juga.

To Yahoo Messenger,



Thank you!
You'll be missed.

Monday, June 25, 2018

Jenjalan Raya


Lama Melaka tak hujan, takdirnya hari Sabtu tu hujan turun mencurah-curah.

Kebetulan jiran sebelah buat kenduri kahwin, memang berkenduri dalam hujan lah.



Rumah jadik port untuk tetamu kenduri yang datang.

Meriah kejap.hehe

Dalam tengah hari tu, gerak ke Ayer Keroh.

Kebetulan officemate  buat open house, mohlah kita jenjalan raye.

Sampai dalam 3.30 petang.

Ada bakso yang lazatttt. Hujang-hujan dapat bakso.

Ya Tuhann..nikmatnyaaa!

Then ada nasi briani, originally orang pakistan yang buat.

Ni pon sedap.

Then ketupat & rendang.

Makan, borak, makan, borak.

Then husband ajak ke rumah Lann.

Roger Lann, Lann baru balik dari klinik. Tapi dia suruh dtg gak.

Dalam 5.30 sampai rumah Lann.

Makan cheese tart, cake marble.

Sedappp. Memang kekenyanganlah petang tu.

Dalam 6.30pm, gerak balik. Tapi sempatt singgah Aeon jap.

Survey barang.

Dah selamat beli dah pon barangnya tapi bukan dekat Aeon. hewhewhew

Solat maghrib dekat Aeon then terus shoot rumah sepupu.

Open house lagiiii.

This house kalau open house memang meriahhh.

Ayam golek.
Satay.
Laksa.
Bubur Ayam.
Lontong.
Nasi & lauk pauk.



Menu pilihan adalah ayam golek madu yang menjilat jari & laksaaaa.

Hari Ahad,

Menerima kunjungan tetamu.

KakHana & family datang.

1st time kakHana datang beraya.

Walau kakHana dah pesan jangan masak apa-apa, tapi eh special guest kenalah ada extra.hehe

Taklah extra mana pon, meehun singapore je yang sempatnya.

Ada beberapa lagi rumah nak dikunjungi ni.

Selagi belum habis syawal, jom jalan-jalan raya!

Thursday, June 21, 2018

Syawal 1439H

Hari ni dah masuk hari ke-7 Syawal.

Tahun ni aku termasuk dalam #teamrayarumahmil, #teamrayaperak.

Memandangkan 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat, maka kami memulakan perjalanan pada hari Rabu.

Packing baju pon sesudah sahur hari Rabu tu baru buat.

Dok asek buat kueh raya jaaa sampai tak sempat nak packing baju.huhu

Alhamdulillah, smooth journey walaupon kenderaan banyak.

Sampai Ipoh betul-betul masuk waktu berbuka.

Hari Khamis tolong rebus ketupat.

Kebetulan bawak daun ketupat dah siap anyam dari Melaka, so tinggal isi beras je.

Kejap-kejap aku suruh hubby check takat paras air ketupat. Risau je ketupat tak jadi.haha

Then tolong mil buat ketupat palas & rendang daging.

1 Syawal tu, kami beraya ke Kuala Kangsar & rumah kawan hubby.

2 Syawal, dah bergerak balik ke Melaka.

Tapi tengah hari tu singgah beraya dekat Kg.Batu Gajah dulu. Dalam pukul 4.30pm baru gerak ke Melaka.

Alhamdulillah, tak hadap jem. Sampai rumah dalam 10pm.

3 Syawal - dah ada di Melaka.

Rumah ditutup untuk hari ini untuk memberi laluan kami berjalan raya.haha

Macam tahun-tahun yang lepas, raya pertama dan kedua memang tetamu yang datang rumah.

Dari pagi sampai lah ke malam.

5 kg rendang daging & 5 kg sambal daging - selesai di hari raya pertama.

"Nanti kita buat lagi eh" - mak cakap. Risau anak bongsu dia ni kempunan.hehe

So raya ke 3, dapatlah berjalan raya ke 5 buah rumah.

4 Syawal - agenda memasak rendang nismilan.

Kebetulan, abg bawak balik periuk kera. Berlemang periuk kera & berendang nismilan lah kita.

Lann datang dengan family.

Syuderq, kawan sekolah pon datang beraya.

Petang tu, sedara belah abah pulak datang.

5 Syawal - duduk rumah juga terima tetamu.

6 Syawal - special guestttttt mai.

Semalam lah Onim & family datang beraya. Depa dari Kedah, ada family gath dekat Melaka.

So aku invite depa lunch kat rumah.

Mak masak asam pedas ikan tenggiri.

Happy tengok tetamu berselera.

Tak lama lepas tu Qistin pon sampai.

Kebetulan Along tengah buat laksa johor, so suruh Qistin stay sampai petang.

Dapat aku hidangkan laksa johor dekat Qist.

7 Syawal - dah masuk keroje seperti biasaaaaa.

So syawal berbaki 22 hari lagi.

Jemputlah datang berayaaaaaaa ye.

**gambo dah letak dekat FB. ala dah tengok dah pon kan kan kan?kah.

Tuesday, June 12, 2018

Selamat Hari Raaaaaya!


Tak sempat nak update blog.
Busy hoi ya hoiiiii.
Tapi nak wish juga:

SELAMAT HARI RAAAAAAYAAAAAA!!!


Wednesday, June 6, 2018

Wednesday, May 30, 2018

Monday, May 28, 2018

Kueh Raya

Korang dah buat kueh raya ke?

Aku tiap tahun rasa - buat choc chip jelah tapi tetiba hari raya ada bermacam-macam jenis.

Tak boleh percaya betul dengan konsep - tak payah buat kueh raya macam-macam.

Macam weekend baru ni lah.

Tetibaaaa Ateh tanya - udang kering ada lagi tak?

Aku cakap ada lagi sebungkus kot yang beli kat Sabah hari tu.

Zassssss Ateh siapkan serunding udang kering.

Zassssss aku dah terjebak buat popial simpul.

Kawan aku cakap orang yang buat popia simpul ni seorang yang sabar dan rajin.

Hahaha.

Betul lah tu.

Kalau tak sabar, ada orang dah makan pelempang agaknya dulu.

Eh.

Fuhh.

Deep inhale.
Exhale.

Sabtu malam tu pulak ada bola - Liverpool vs Real Madrid.

The boys je lah melayan tengok.

Aku tak kuasa nak tengok. Tido lagi best.kakaka

Hari Ahad sesudah subuh Ateh dah ajak aku p pasar.

-Popia ni dah habes sebekas. Jomlah kita carik ikan, kita buat serunding ikan pula.

Vavava, seronok kome ye tengok bola sambil makan popia.

Aku dah agak dah kat pasar takde punya ikan selayang yang fresh.

So tunggu Family Store bukak, kiteorang gigih pergi carik.

Konon nak beli 4kg ikan, sekali sampai 6kg ikan dibelinya.

Bukan tamak okehhh. Konsepnya biar berlebih, jangan terkurang.

Dari pagi sampai ke malam mengerjakan popia simpul.

Sampai laki aku pon, aku minta tolong buat sekali.

Suka makan kan kan kan? Ha, moh buat sesama ye.

Tu pon tak habis lagi. Ada 2 bekas besar yang belum disimpulkan.

Korang macam mana?

Dah start buat kuih raya?

Friday, May 25, 2018

Entry Pukal

Fuhhh.
Lama tak update blog.

Rindu tak?
Rindu tak?
Rindu tak?

Macam-macam berlaku since last entry.

9hb Mei - Hari Mengundi.

MakAbah pagi-pagi lagi dah keluar mengundi.
Aku malas nak beratur pagi-pagi sebab kompem ramai.
So aku pergi jogging dulu.hehe

Dalam pukul 2 petang baru pergi pusat mengundi.
Sekali amik, panjanggg juga barisannya.
Dah lah panas leting.
Mujur bawak kipas & peppermint!
3.30 petang baru balik.


Malam tu, aku & Abah sama-sama tunggu keputusan.
1st yang tau Syed Saddiq menang kat Muo.
Walaupon keputusan tak rasmi tapi perasaan masa tu OMG - is this happening?

Tunggu sampai 3.30 pagi, keputusan rasmi tak keluar-keluar lagi walaupon dah boleh agak PH yang akan menang.

Slow nau nak announce.duhhh

Give up, terus masuk tido.
Abah pon masuk tido gak.

5.30 pagi terjaga, whatsapp berderet-deret.

THE PEOPLE HAS SPOKEN.
THE NEW GOVERNMENT HAS BEEN FORMED.

ALLAHUAKBAR!
ALHAMDULILLAH.
ALLAH JAWAP DAH DOA RAKYAT MALAYSIA.

Maka, sempena kemenangan PH, cuti lah Khamis & Jumaat.

Pergh, 5 hari straight cuti.
Mati kutu pon ada sebab tak ke mana-mana.
Kalau tau awal, kompem aku dah plan cuti-cuti Malaysia.
Eh tapi hari Sabtu kami ke MPO shopping.mihmihmih

17hb Mei - Hari Pertama Ramadhan - Cuti lagi

21hb hingga 23 Mei, outstation ke Johor Bahru.
Merasalah berpuasa di rantauan.haha

Terubat rindu nak pergi bazar ramadhan JB.
Dapat pula air kathira.
Sedap ya amat!


Hari ni dah 9 Ramadhan.
How time fliesssss!

Puasa korang macam mana?
Syaitan dah kena ikat.
Nafsu dalam diri tu?
Ok ke KO?

Oh last but not least,



WELCOME BACK TUN!