Tuesday, March 12, 2024

1 Ramadhan 1445

Ramadhan = Memories 

Memori paling terkesan sehingga sekarang : sambal sardin.

YTJT

Salam Ramadhan.

Wednesday, February 1, 2023

Wednesday, October 12, 2022

Friday, July 22, 2022

Oh 22 Julai

"Mahukah tuan hamba kalau hamba kirimkan ke akhirat?

Lebih lekas tuan hamba pergi, lebih aman dunia ini."

-Damak (Ragam P.Ramlee)

Saturday, May 28, 2022

Perbuatan & Akibat

Aku tak suka kau.

Sampai bila?
.
.
.
SAMPAI MATI.

Wednesday, May 11, 2022

Penyondol is everywhere

Gila.



Suami orang berskandal dengan isteri orang sampai melahirkan zuriat 

"Puan W adalah kawan sekerja suami."

Gila.

Kalau tak set boundary, macam nilah jadinya.

Tak ingat keluarga dah.
Dosa neraka pon lupa.

Gila.

Monday, May 9, 2022

Homewrecker : Spesis yang patut dihapuskan


Raya haritu, benda ni lalu lalang dekat newsfeed aku.

Semakin membiak ye penyondol-penyondol ni.

Tak sedar agaknya yang spesis gini mereka adalah 'pilihan jantan' untuk bersuka-suka sahaja. Try hard macam mana pon, ISTERI tetap diutamakan.

Ni tak taulah single ka or isteri orang.

Kalau isteri orang, adakah depa fikir mereka kebal dengan api neraka?

Benda² berdosa ni memang menyeronokkan di dunia.

Tak takut dah nanti nak jawap apa dengan ALLAH.

Hmm..kalau yang ada anak, what if suatu hari nanti anak tu buat perkara yang sama?

Imagine dapat call dari seorang isteri yang teranaiya: "Makcik, anak makcik bukan ke dah kawen? Dah ada anak dua dah kan? Tapi kenapa ye tergedik-gedik dengan suami orang lain? Tak malu ek? Mak cik tak ajar ke anak mak cik?"

Ngeri!

Moga dijauhkan dari zuriat keturunanku daripada spesis dan bala sperti ini.
.
Amin.

Saturday, April 16, 2022

Saitan

14 Ramadhan.

Saitan itu masih ada di bulan Ramadhan.

Ia hadir dalam rupa bentuk manusia.

Usah terpedaya dengan apa yang dipaparkan.

Kerana hatinya tidak seperti yang digambarkan.

Itulah saitan.

Sunday, February 20, 2022

If only

20022022

If only you knew 
what is my wish for you...

Thursday, July 22, 2021

The Day


22 Julai.

Tarikh keramat.

Terpahat akibat perbuatan si keparat.

Aku tak kan lupa, sampai kiamat.

Aku percaya, setiap perbuatan itu akan ditayangkan di akhirat.

ALLAH itu ada.

Dia MAHA MELIHAT dan MAHA MENGETAHUI.

Oh aku lupa.

Kau juga sembah TUHAN yang sama.

Seperti yang kau pernah cakap dulu.

Ingat tak?

Atau nak aku ingatkan?

Thursday, June 10, 2021

Bodoh-bodoh

 Kecoh dengan isu bodoh-bodoh.


Aku faham apa yang cuba disampaikan tapi mungkin prof tersalah pilih perkataan yang sesuai dan tersilap sedikit tentang perihal jodoh yang ALLAH dan tentukan sejak di luh mahfuz lagi.

Oh.

Tapikannn, aku pernah jumpa tau isteri orang berlagak bodoh-bodoh dengan suami orang lain.
.
Hat spesis macam ni, dia bukan bodoh-bodoh  lagi dah tapi dia memang bodoh binti bangang. .
.
Begitulah.

Wednesday, May 26, 2021

Friday, March 5, 2021

Random

Moga ada 'tempat istimewa di sana' buat isteri yang curang.

Saturday, January 16, 2021

2021



 

Monday, May 18, 2020

Ramadhan 1441H

Ramadhan tahun ini sangat berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"There is always a first time, for everything"

Ye, tahun ni pertama kali kami berpuasa tanpa Abah.

Selalu, aku lah yang tukang siapkan bekalan puasa Abah untuk dibawa ke masjid.

Abah tak pernah missed berbuka puasa dekat masjid sebab kalau buka puasa dekat rumah, Abah akan terkejar-kejar untuk solat maghrib berjemaah.

Haritu kemas bekas-bekas tupperware, aku terpandang bekas tupperware yang Abah selalu guna.

Rindu!

Sampai hari ni, aku masih terbayang-bayang kelibat Abah dalam rumah.

Berbaju pagoda putih dan berkain pelikat kalau di rumah.

Berbaju melayu atau berkurta kemas bergosok kalau ke masjid.

"Masak apa hari?", soalan kegemaran Abah.

10 malam terakhir, Abah akan beriktikaf di masjid sampailah masuk waktu sahur.

Lepas sahur di rumah, Abah ke masjid semula.

Tu lah rutin Abah sepanjang Ramadhan.

Ampunilah dosa-dosa Abah, Ya ALLAH.

Tapi tahun ni, kalaulah Abah masih ada, mesti Abah akan rindu nak ke masjid.

Sejak nCovid-19 melanda, memang semua surau & masjid ditutup sepanjang PKP.

Tahun 2020, ini lah pengalaman pertama rakyat Malaysia berhadapan dengan penyakit yang masih belum dijumpai vaksinnya.

Sejak 18 Mac, semua rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan kecuali frontliners & essential service.

So, aku work from home dari 18 Mac hingga 4 Mei.

48 hari weh duduk rumah. Tak pernah terlintas dapat duduk rumah lama-lama kecuali kalau cuti bersalin.haha

Banyak hikmah sepanjang PKP di rumah. Part ni kalau aku rajin, aku buat entry lain. Kalau rajin.

Hari ni dah 25 Ramadhan. 5 hari lagi akan sambut Hari Raya Aidilfitri.

Dan aku percaya, sambutan kali ni juga pasti berbeza.

After all,

There is always a first time, for everything - kan?

Till then.

I miss you, Abah!

Tuesday, March 3, 2020

heH

Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?


Hati hitam boleh tutup dengan jubah
ha
ha
ha

Friday, February 21, 2020

Abah : Rumah Baru

Selasa. 24hb Sept 2019.
Dr bagitau pagi ni last untuk dia masukkan ubat sokongan untuk tekanan darah Abah. Result CT Scan memang dah menunjukkan Abah brain damaged. Andai lepas tempoh masa ubat tu habis, keadaan Abah stabil, Dr kata tu rezeki. Tapi tu unlikely to happen since otak Abah dah membengkak :(

Along, Angah dam Abang memang ada di hospital temankan Abah. Pukul 12 tgh hari, Anoi dan Ateh bawa Mak tengok Abah. Mak dengan Along sentiasa ada di samping Abah membaca ayat-ayat Al Quran untuk Abah.Abah nak tau, sejak hari Isnin Abah warded, sedara mara kita tak putus-putus datang. Boss, Puan Adillah and kawan-kawan office Anoi pon datang tengok Abah. Semua mendoakan Abah pulih seperti biasa. Anoi pon berdoa agar dipermudahkan segala urusan untuk apa jua yang ALLAh telah takdirkan untuk Abah. :(

Oleh sebab dalam HDW tak boleh ramai-ramai, dalam pukul 1.10 pm tu Anoi degan Ateh tunggu di luar. Tengah borak-borak dengan Ateh, ada whatsapp masuk daripada Ustaz Muawwidz. Ustaz Muawwidz minta diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran yang dia bacakan di telinga Abah. Cepat-cepat Anoi masuk dan bagitau Angah tentang hal itu. Lepas tu Anoi kena duduk luar balik sebab HDW penuh.

Tak berapa lama, Angah datang dan terus panggil Anoi & Ateh. "Jom tengok Abah".
Berlari kami masuk ke dalam wad.
Anoi pandang mesin : - 1.30pm

ALLAH Ya ALLAH.

Abah sedang menghadapi sakaraul maut.
Dahi Abah berpeluh.
Kepala, tangan, kaki...seluruh badan Abah basah.
Along, Angah, Abang,Mak bergilir-gilir menghantar kalimah di telinga Abah.
Anoi berdiri di belah kanan Abah.
Anoi pegang tangan Abah.
 Sejuknya peluh Abah tu masih teringat sampai ke hari ini.

"Ringankanlah kesakitan Abah menghadap sakaratul maut Ya ALLAH."
ALLAH je yang tau perasaan Anoi masa tu bah.
Tak bersedia diri ini dengan perpisahan hakiki tapi Abah bukan kepunyaan kami.

Semakin lama bacaan semakin menurun, nafas abah semakin perlahan.

1.37 pm, dengan tenang, dikelilingi Mak dan anak-anak Abah, Abah pergi bertemuNYA.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un

Macam tak percaya Anoi kena hadap saat ni.

ALLAH

Kami terus hubungi saudara mara yang lain.
Urusan perpindahan Abah ke rumah baru Abah kalau boleh nak diselesaikan hari ini juga.

Anoi, Nuar & Mak balik ke rumah dulu.

Syukur sebab van jenazah polis sedia dah untuk bawa Abah balik ke rumah kita.

Dalam 3.30 petang Abah dah sampai. Ramai sanak saudara, kawan-kawan Abah yang menunggu Abah.
Muka Abah berseri-seri.
Manis Abah senyum.

Abah nampak kan, Ustaz Manaf, Ustaz Nizam, datang doakan & cium Abah?

Lepastu ramai lagi yang datang cium Abah. Sebaknya masa tu tak tau nak cakap macam mana.
Lepas Asar, baru kami mandikan Abah.
Mak, anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu  dan adik beradik Abah yang mandikan Abah.
Bergilir-gilir kami bersihkan badan Abah dengan penuh kasih sayang.

Imam kampung, kawan Abah tu cakap kat kami "Janganlah nangis. Abah kan tengah senyum tengok anak-anak mandikan dia."
Rasanya inilah kali pertama & terakhir Anoi dapat mandikan Abah.
Kemudian, kami siapkan Abah dengan pakaian & pakaikan Abah minyak wangi kesukaan Abah.

Sampai sekarang, Anoi tak boleh bau minyak wangi tu. Sebab nanti Anoi nangis. Rindu!

Dah siap, ustaz bagi peluang untuk tatap & peluk untuk kali terakhir.
Ramaiiii sangat nak peluk cium Abah sampai Ustaz terpaksa bagitau yang Abah nak kena dibawa ke masjid dah.

Abah, alhamdulillah, anak lelaki abah sendiri yang menjadi imam solat jenazah untuk Abah.

6.30 petang Abah di bawa ke rumah baru Abah dan segala urusan perpindahan ke rumah baru Abah selesai dalam pukul 6.55 petang.

Abah,

151 dah Abah pindah ke rumah baru.
Semoga rumah Abah luas, wangi dan dihiasi bunga-bungan daripada taman syurga.

Lama Anoi karang cerita ni tapi baru hari ni Anoi ada kekuatan nak post.

Abah, Abah rehat ye.

Abah,
Anoi rindu Abah!




Wednesday, January 22, 2020

Tuesday, November 26, 2019