Masa Form 4 seronok dengan aktiviti Ko-kurikulum. Aktiviti dengan band lah terutamanya dan juga bola tampar. Dua benda ni + kawan-kawan lah yang menyeronokan aku masa sekolah tu.
Masa ni kami masih duduk satu dorm yang ada F1-F3 & Form 5 yang lain. Dorm mate aku, Gee & Isma. Masa Form 4, aku kelas 4 Jujur. Cikgu yang aku ingat Pak Awie, Puan Hazizah Harun (Garang ooo cikgu ni. aku memang takut!), Pn. Rohaiza pastu tak ingat lagi dah sape.. (T_____T)
Kelas 5 Bersih 2000.Dalam kelas Kimia Pn. Lim. Kebanyakan kami suka tidur bawah meja masa kelas kimia.
Masa Form 5, kami semua duduk dalam satu block. So dalam dorm semua adalah mostly adalah classmate. Bed mate aku adalah Kaydotte. Dorm D1-8. Ada 20 orang semuanya. Aku rasa warden memang pening kepala dengan dorm ni.
Yang selalu escape prep sebab terrrrrrrrtidur lepas kelas, D1-8.
Yang selalu lambat pergi senaman pagi, D1-8.
Yang selalu bawak barang-barang terlarang [laptop/fryer], D1-8. [Tapi yang ni kami tak pernah tertangkap.keh keh]
Pendek kata semuanya D1-8 lah.
Eh. Tapi senakal- nakal kami, alhamdulillah kami jadi 'orang'. Dibah Alwa dapat 9A1 masa SPM. Sekarang dah jadik engineer petronas. Qistin dah jadi Dr Qistin. Kaydotte dah jadi Programmer dekat TNB. Aku dah jadik Exec dekat Danau. ^^ Lagi 17 orang yang lain pon alhamdulillah semua menjadi orang berjaya.
Cuma aku kadang rasa regret juga sebab tak belajar dengan LEBIH bersungguh-sungguh. Kalau tak musti dah boleh adi Dr. juga.. hehe Tulah..menyesal kemudian, tiada gunanya.. (T________T)
Dan esok, kami berjumpa semula..mengimbau kenangan lama di STF Class of 96-00, 10th Year Reunion.

Tak sabar, sungguh!!!






2 comments:
same la akak..dulu kalau rajin bersungguh-sungguh mesti kite jadi Dr..sudahnya sekarang dua-dua dpt boss ade gelaran Dr. kat depan.hehe
i like azraa
Post a Comment