Friday, August 25, 2017

Memories Remain


Tengah 'kemas' folder dalam PC, tertiba terjumpa gambar ni.



Stock susu Raudhah.

Stock susu Raudhah yang terpaksa dibuang sebab dah rosak.

Tragedi MAC 2016.

Masa tu blackout dan tiada siapa di rumah.

Semua stock rosak.
Semua.
Tak ada satu botol pon yang elok.
Raudhah baru nak masuk 4 bulan.

Masa tu hanya mampu senyum.
Tak apalah.
Tak ada rezeki.
Setitik air mata tak keluar walau rasa sedih sangat.

Walau aku teruskan rutin pam, tapi stock susu masa tu hanya cukup-cukup makan.

Pam hari ini untuk guna esok.
Dah lah masa tu tengah stress pasal isu maid.
Stress bertambah.
1 of the reason kenapa susu tak mahu keluar.

Masa tu pergi meeting ke JB, aku angkut backpack.
Meeting dekat Muzium, meeting dekat JMF.
Backpack tak tinggal.

Beberapa minggu sebelum ke Jogja, aku tambah session pam untuk pastikan susu Raudhah cukup.
Pergi Jogja pon aku angkut segala barang mak nenek untuk pam.
Berat pon beratlah janji ada susu untuk Raudhah.

Kalau dulu aku tak nangis tapi aku tak tau kenapa hari ni, aku rasa nak nangis bila tengok gambar ni.

MAC 2016.

Aku kembalikan semuanya kepadamu Ya ALLAH.

Kau Maha MELIHAT setiap perbuatan hambaMU.

Kau jua yang Maha Mengetahui apa yang berlaku pada waktu itu.

Aku serahkan kepadaMU.




No comments: