Thursday, September 30, 2010

Stalker. Pengintip.

Semalam dekat siaran E! [712] ada satu siri E! Investigate. Tak perasan pulak bila masa ada siri ni. Oh, mungkin America's Next Top Model dekat siaran Starworld lebih menarik hati maka siaran lain di abaikan.

Apa yang menarik E! Investigate tentang kes STALKER.

Blog-blog glamour macam blog Chika [Hi Medina], blog redmummy or blog hanis zalikha, perkataan stalker ni diaorang dah kenal sangat dah... :)

Stalker ni biasanya orang yang suka nak ambil tahu tentang kehidupan seseorang. Hari-hari kalau boleh dia nak baca blog orang yang dia minat/benci tu. Setiap masa dia nak ambil tahu status update di Facebook. Orang tu duduk dekat mana, kerja dekat mana, dah kawin ke belum, ada pakwe ke tak. Semua benda lah stalker ni berminat untuk amik tahu. Pendek kata, semua bendalah. Oh harus di ingat juga stalker mungkin terdiri daripada mereka yang kita kenali atau yang memang kita tak kenali langsung.

Selagi stalker ni tak memberi ancaman pada kita, ia tak kira merbahaya sangat tapi aku tau kadang-kadang ada gak rasa sakit hati kan? Especially ko tak kenal pon siapa dia tapi tiba-tiba dia kutuk ko kaw-kaw punye dalam blog dia. heh. whataloser.

Eh.eh. Tersasar dari topil plak.

Tapi kalau stalker tu hantar mesej yang bukan-bukan atau peras ugut ke, itu dah jadik kes yang merbahaya.


Macam dalam E! Investigate semalam, stalker ni telah bertukar menjadi predator. Eh, bukan predator yang macam dalam wayang tu lah! Ni sekadar nama gelaran kepada orang yang mula-mula minat seseorang ni di alam maya telah mengalihkannya pula ke alam realiti.

Bahaya bukan?

Macam semalam E! Investigate tunjuk kes yang seorang remaja perempuan ni di tembak mati oleh rakan sekolah dia sendiri. Perempuan ni nama Kiah(bukan nama sebenar) yang lelaki pula bernama Atan (juga bukan nama sebenar). Kiah dan Atan satu sekolah rendah. Atan minat sangat dekat Kiah tapi Atan tak bagi tau perasaan dia dekat Kiah. Kiah memang tak perasaan langsung kewujudan Atan di sekolah sebab Atan ni pelajar yang tak bercampur gaul sangat dengan orang. Lepas tu dia orang masuk sekolah menengah. Kiah masih lagi tak tahu yang Atan minat dekat dia. Lepas sekolah menengah, diaorang terpisah Kiah masuk universiti untuk jadik dr.gigi.

Dah habis belajar, Kiah berjaya jadik Dr.Gigi. Satu hari ni masa Kiah masuk kereta dan nak bergerak balik, datang satu kereta yang halang kereta Kiah. Pemandu tersebut keluar dari kereta dan melepaskan 11 das tembakan kepada Kiah. Kemudian pemandu itu menembak dirinya sendiri. Kiah mati di tempat kejadian. Pemandu tersebut pula sebenarnya adalah Atan.

Siasatan di jalan kan dan pihak polis telah menjumpai dalam komputer Atan semua maklumat tentang Kiah. Atan menjadi terlalu obses terhadap Kiah sehingga dia sendiri membuat perancangan membunuh Kiah selama setahun lamanya.

Semua maklumat tentang tempat kerja Kiah Atan peroleh dari Internet. Tarikh lahir, no telefon, alamat email semuanya di hujung jari Atan. Atan ini lah yang di gelar predator.

Oleh yang demikian pembaca sekelian, sebagai ingatan untuk diri aku juga, berpada-padalah letak maklumat di web sosial tue. Macam friendster ke facebook ke. Letak sikit-sikit jek sudah. Kemudian, pastikan korang kenal siapa kawan-kawan yang ada dalam friend list korang tu. Jangan main accept jek. Kawan sampai ribu-ribu, kompius aku. Diaorang boleh keep in touch ke dengan ribu-ribu kawan tu? Kalau boleh, hebat sungguh!

Kalau letak gambar pulak, pastikan jangan ada aksi terlampau. Nanti diambil gambar korang di buat mandrem, ha cam mane?

Sila dapatkan bantuan sekiranya anda merasakan diri anda di perhatikan. Ada orang rasa ini masalah remeh tapi sebenarnya dan rasa boleh selesaikan sendiri tapi sebenarnya masalah ini sangatlah merbahaya.

Akhir kata, sila berhati-hati ya kawan-kawan. Mungkin ada stalker dan mungkin juga ada predator di sekeliling kita.


Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Picts from Google Images

Wednesday, September 22, 2010

Pemandu oh Pemandu

Hari ni aku nak bebel pasal pemandu kat Malaysia. Sapa tak nak baca, tekan butan X kat atas penjuru kanan. Nampak? Tak nampak? Kalo tak nampak terus jek shut down PC korang. hehe

Ok..pemandu kat Malaysia ni ada macam-macam jenis. Mana yang jenis berhemah aku memang tak ada masalah lah.

Tapi ada beberapa golongan yang aku kurengggggggggg sket. Golongan itu ialah...drum roll pleaseeeeee.

Pemandu yang tak tahu perlahankan kenderaan di zebra crossing.
Tahukah anda wahai pemandu bahawa zebra crossing itu disediakan untuk pejalan kaki melintas jalan? Namanya sahaja zebra tapi takkan lah nak tunggu zebra tu nak melintas baru nk perlahakan kereta? Aku pernah jumpa ada budak sekolah nie nak melintas guna zebra crossing nie..dah elok kat tengah jalan tetiba ada satu keta lalu dengan lajunya..tak sekolah agaknya pemandu tue. Geram jek aku tengokkan. Kot terlanggar budak sekolah tu cam mana tah agaknya.



Pemandu tak reti bagi signal bila nak masuk/keluar simpang or pemandu yang lambatttt nk bagi signal.
Ooooo....ni memanglah lagi satu golongan yang buat kan my blood go upstairs.Pernah tak korang tunggu nak keluar simpang tengok kereta kiri kanan pastu ada satu kereta ni laju jek tapi tiba simpang tu terusssss dia masuk... perghhhh...sabar je lah kan? Kita ni punye lah tertoleh kiri kanan nak tengok bila dapat keluar simpang. Dia selamba badak jek tak bagi signal nak masuk simpang. Badak pon tak selamba macam tu lah.huhu



Pemandu yang kedekut.
Kedekut tang apakah? Kedekut tak mahu nyalakan lampu bila hujan lebat. Aku kompius lah, kalau kita nyalakan lampu time hujan lebat tue, minyak akan berkurangkah? Apa lah salahnya kan bukak lampu time hujan lebat . Dah lah memang tak nampak jalan. Sekurang-kurangnya kalau bukak lampu tu membantu gak untuk mengelakkan kemalangan. Tapi jangan plak nyalakan emergency lamp tue. Lampu tu untuk berlakunya kecemasan jek. Masa tak berlaku apa-apa kecemasan, tak yah lah tekan. Nanti pemandu laen ingat ade emergency case ke kat keta tu.


Pemandu yang tak tahu nk duduk lane mana.
Aku rasa ni common lah kot especially kat highway. Kalo nak bawak slow slow silalah ke lane ke dua atau lane ke tiga. Kalau nak bercinta pon tak yah duduk kat lane pertama ye. Tapiiii yang kat lane pertama pon agak-agaklah. Ni kereta berderet kat lane pertama lagi mahu high beam konon nak potong. Finelah, aku bagi potong tapi lepas tu ko sangkut plak kat belakang laen. haha. padan muka.

Ada lagi beberapa golongan tapi malas lah nak tulis lagi. Golongan tak reti parking keta. Golongan yang masuk lane touch and go tapi baru perasan yang touch and go dia dah habes. Dah buat keta laen menunggu. Lane Touch & Go shj tau. BUkan Touch & Go dan TUNAI ya...

Oklah, ni semua hasil pemerhatian aku & pengalaman aku lah. Mungkin korang tak penah jumpa dengan golongan mcm ni. Kalau ada, sila lah share..hehe..nice day ahead!

Image from Google Images. ^^

Monday, September 20, 2010

Raya.oh.Raya

Salam Aidilfitri yang ke 11! :)

How's your raya guys?

Sudah puas beraya?
Belum

Sudah puas ke open house?
Errrr... juga belum.

Sudah turun berat badan?
OH. Berat aku tak mahu turun. Degil.

Tahun ni 1st Syawal aku adalah di rumah mertua di Ipoh,Perak.

Mertua?

Tahun ni aku dah beraya sebagai seorang isteri. ^^

Bersama ibu mertua, ayah mertua & ipar duai.

Kadang-kadang macam tak caya jek aku ni dah jadi isteri orang.

Perasaan memang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata.


Apa pon, aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan. Alhamdulillah ya Allah.. :)

Pagi raya tue bila dengar takbir rasa sebak betul dada.

Sebenarnya malam raya tue lagi dah sebak. Lain betul rasa raya tahun ni sebab tak dapat beraya ngan Ma & Abah.

Tapi kena control lah. Kalau layan perasaan memang komepm dah nangis berjurai-jurai.

Tema raya tahun ni warna oren. Tahun depan ingat nak warna kuning. Oh oh. Tak agak-agak dah fikir nak warna tema tahun depan plak. hehe ^^


1st syawal warna oren, 9 syawal warna purple plak..hehe



Hari Sabtu baru ni pergi kenduri kawen Quwe. Memang dekatlah ngan rumah. Naseb baek ko kawen dengan org Melaka Quwe, dapat gak kiteorang pegi... ^^



Tahniah ye quwe, Selamat Pengantin Baru!

Dari Kami,
Pengantin yang tak berapa nak baru. ^^

Wednesday, September 8, 2010

Maaf.Zahir.Batin


Kami yang jauh di mata tapi dekat di hati pembaca, [eceh]
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kalian semua.
Terkasar bahasa,tersilap bicara, terlebih gurau senda, mohon ampun dan maaf ya?
Sila memandu secara berhemah
Sila jangan mengantuk semasa memandu
Sila jangan memotong barisan
Sila jangan main mercun
Sila datang ke rumah raya nanti!
Jaga diri ya!
xoxoxox

Thursday, September 2, 2010

Duet.Raya

Tadi pergi hantar servise keta. Singgahlah kejap dekat Maybank. Dengan harapan nak tukar duet raya. Sekali orang yang beratur punyaaaaaaaaaa lah panjang. Tak kuasa lah nak tunggu.huhu

Lepas tu tadi masa nak amik keta, singgahlah pulak EON BANK. Konon tak ramai oranglah sebab EON BANK kan.hehe. Sekali lagi orang pon ramaii... dapat giliran 1167.. yang dok panggil baru 1147..

Tak kuasa jugak nak tunggu. Balik terus.

Oh.oh.

Susah lah nak tukar duet raya.

Tahun ni, korang tak yah duet raya lah. Tak pon nah amik..




dah dah..share tau. Jangan gaduh gaduh!

hehe

Wednesday, September 1, 2010

Entry ini di tulis pada 30 0gos yang lepas

Pagi-pagi lagi aku dah pecut dari Kl-Melaka. Pagi sangat tu takdelah sebab banyak urusan yang nak kena buat dulu. Tolong Ateh siapkan sahur. Kejut suami sahur. Kemaskan apa yang patut. Gosokan baju kerja suami.

Akhirnya pukul 7 lebih baru dapat gerak. Abah ikut aku balik. Dah rindu kampung agaknya. Nak kata rindu ayam itik, kitaorang tak bela ayam itik. Kitaorang pernah bela ikan keli jek. Tu pon dah selamat di korbankan masa kenduri aku kawen dulu.

Mengantuk yang sungguh-sungguh mengantuk masa bawak kereta. Ceramah Ustaz Kazim Elias yang Shidah bagi tu pon tak dapat nak hilangkan mengantuk.

Alhamdulillah 8.30 pg aku dah selamat sampai opis.

Ramadhan tahun ni aku rasa macam-macam dugaan yang datang menimpa.

Aku didik hati untuk redha.

Aku percaya ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

Aku percaya ada ganjaran yang lagi hebat menanti aku.

Aku percaya hanya hambaNYA yang terpilih sahaja yang akan diujiNYA.

Aku harap hati aku dapat redha dengan seredha-redhanya.

Oh. Ma dah selamat discharged pada hari Sabtu yang lepas.

Alhamdulillah keadaan Ma beransur pulih. Dah bertambah selera makan.

Terima kasih kepada yang mendoakan Ma sy cepat sembuh! :)

Aku rasa aku yang bertambah gemok duduk dalam hospital tu. Hari-hari menu laen. Dia bagi ko menu pastu ko tanda jek nak makan apa.

Tapi nanti Ma makan sikit jek. Lebihnya aku yang belasah. Tapi masa buka lah. Jangan ingat aku tak puasa plak eh.

Oklah. Abah dah sampai....hari ni abah jemput pulang dari pejabat. Abah saya comel [tiba-tiba buat statement camni.hehe].

Selamat berbuka puasa!

Thursday, August 26, 2010

Bersiaran dari Hospital

Ma kena admitted sejak hari Isnin sebab demam + tiada selera makan sehingga membuatkan tekanan darah Ma rendah.

Elok je Ateh called petang Isnin tue masa lepas keja. Terus balik umah, campak barang dalam beg dan terus pergi Kl.

Plan kena EL hari selasa tapi condition Ma sangat lemah. Abah pulak ada chek up di HUKM dalam minggu yang sama ni.

So Ateh cover Abah. Bawak abah pergi HUKM while aku cover Ma. Masuk hari ni dah 4 hari lah aku berkampung dekat hospital.

Tadi masa mandikan Ma...

" Dulu kecik-kecik Ma yang mandikan ko..sekarang ko pulak yg mandikan Ma"

Oh. Terkedu. Sedih dgr tapi cover macho..

Doakn Ma saya cepat sembuh....

Thursday, August 19, 2010

Being. Random

1. Mood nak mengemaskini (read:update) blog semakin menurun, mengecil...ayat jimat semakin malas.

2. Minggu ni hari-hari dok fikir nak masak apa untuk berbuka untuk sahur tapi end up beli dekat PARAM juga.

3. Atau pun makan apa yang ada jek kat dapur tue.

4. Niat nak naik treadmill di bulan puasa masih belum terlaksana.

5. Persiapan untuk raya? Lagi lah belum. Sekarang tengah kumpul tenaga dulu untuk buat kueh raya.

6. Tapi kalau untuk shopping, insyallah tenaga tu sentiasa ada... ^^

7. Sebenarnyaa..

8. Minggu ni kena berbuka sorang-sorang sebab ibubapa pergi rumah Ateh.

9. Bukan berbuka jek. Semua pon sorang-sorang. Tido sorang-sorang. Tengok tv sorang2. Ibubapa hari Ahad baru pulang.

10. Incik suami, sila lah pulang dengan kadar yang segera tahu?

Ok.Bye.

Eh. Rindu plak momment ni

Ok.Bye.




p/s: Kusut. Ya Allah...permudahkanlah urusan hambaMu ini......

Monday, August 16, 2010

Jumaat, 13 Ogos yang lepas.

Hari Jumaat lepas aku cuti. Sungguhlah seronok sebab hubby akan pulang & kami akan berpuasa bersama-sama! Seperti biasa aktiviti di hari cuti di penuhi aktiviti mengemas + mengemop + memasak. Dah transform jadik suri rumahtangga kan maka haruslahhhhhh gigih melaksanakan tugas2 tue...^^

Tengah hari tu aku pergi MRSM Gemencheh. Jemput anak buah aku balik dari asrama. Ni pon tugasan suri rumah. Jemput anak-anak balik sekolah. eheh

Petang tu, aku main masak-masak dengan Ma. Ma nak masak ikan parang lemak cili padi sementara aku masak padprik ayam. Oh abah aku okeh yang request padprik ayam. Comel plak abah aku bila dia suruhu aku masak padprik. I love you abah! hehe

Sedang kami bertungkus-lumus, cuaca yang elok mula berubah. Langit yang cerah berubah menjadi gelap. Hujan tak turun tapi kilat + petir memang sabung menyabung. Takut woo masa tu sampai Ma aku tak bagi keluar rumah.

Lepas tu hujan turun menderu-deru.

Masa tu kami dok cakap "Kesiannya orang yang berniaga kat Bazar. Hujan lebat ni macam mana lah agaknya".

Abah yang rajin pergi bazar ramadhan pon tak pergi sebab hujan sangat lebat. Sampai terputus lah sekejap elektrik kat umah tu.

Tak lama lepas tue Abang sekeluarga sampai dari Johor. Abang cakap habis khemah dekat bazar terbalik. Sampai ke seberang jalan pon ada. Kiteorang masa tue cuma cakap: Kesiannya!

Bazar Ramadhan memang tak jauh dari rumah. 5 minit jek dari rumah kalau naik kereta.

Berbuka seperti biasa & Abah terus ke masjid untuk solat Maghrib.

Balik dari solat Maghrib abah pon bgtau. "Ada berita sedih, 3 orang meninggal kat bazar tu".

Inalillah...Terkejut betul kami! Malam tu tunggu berita memang confirm 3 orang meninggal.

Hubby sampai dalam pukul 10 malam. Drive dari Kl dengan ateh. Hubby pon cerita dekat highway tadi ada accident. Selang 2 kereta dari belakang kereta hubby tue jek.

Huhu. Takut dengarnya. Nasib baik tak ada apa-apa yang berlaku.

Semoga mangsa ribut di Bazar Ramadhan Jasin di tempatkan di golongan mereka yang beriman.

Alfatihah.

Bila tengok tarikh balik, it was Friday The 13th.

Kebetulan bukan?

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan yang indah

Selamat menyambut Ramadhan buat pembaca life in mono
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma esok dapat membantu kita semua
menjadi insan yang semakin dekat ke padaNYA

Jangan puasa yang yok tahu! ^^

xoxoxo

Monday, August 9, 2010

i.LOVE.you

i love you for giving your heart to me
and trusting me with your pride
i love you for wanting me
and needing me by your side


i love you for the emotions
i never knew i had
i love you
for make me smile

whenever i feel sad

i love you for your thoughts of me
where i'm always on your mind
i love you for finding that part of me

that i never thought i'd find


i love you for the way you are
and for how you make me feel
but most of all
i love you
because i know you're mine for real...

Friday, August 6, 2010

Bulan Madu di Awan Biru - Hari 1 & 2

Maaf. Masa memang sangat cemburu kat aku. Tak sempat nak cerita trip aku ke Sabah hari tue.

Tiket aku dapat memang sgt murah. RM50 seorang untuk pergi balik + luggage 15kg + makan.

Murah bukan? Silalah booking masa Air Asia tengah buat promo. ^^

Aku bergerak dari Melaka-KL hari Khamis, 29 Julai Punyelah laju aku bawak. Pukul 7.30 mlm aku dah sampai rumah ateh. Sempat singgah pasar beli lauk bagai sebab nak masakkan untuk hubby. ahemm.


Jumaat, 30 Julai 2010

AK5102!

Sesudah subuh kami bergerak ke LCCT. Malam sebelum tue dah buat web check in. So sementara hubby pergi parking, aku pergi drop baggage. Mudah + pantas. Kemudian breakfast di McD!
sementara tunggu flight!


Flight delayed jugaklah dalam setengah jam. Dalam pukul 1 tgh hari, kiteorang selamat mendarat. Sepupu aku dah tunggu untuk bawa kiteorang ke Kundasang.

Sebelum ke Kundasang singgah dulu beberapa tempat sebab ada hal yang sepupu aku nak settlekan. Dalam pukul 4 ptg baru gerak.

Jalan nk ke Kundasang memang mencabar sungguhlah. Macam jalan nk ke Cameron Highlands tapi lagggiiiiiii jauh.

Puncak Gunung Kinabalu!


Di campur hujan + kenderaan yang banyak, memang kena tabah lah. hehe

Tapi alhamdulillah pukul 6.30 ptg akhirnya kami selamat sampai di Kinabalu Pine Resort.

Resort ni betul-betul di kaki gunung. Sejukkkk sangat!

Oh kat Sabah matahari dia terbit cepat + tenggelam cepat.

So kalau pukul 6.30 malam kat sana dah macam 7.30 malam dekat semenanjung.

Selesai check in, kiteroang siap-siap untuk dinner.
Now you see...


Tapi my perut buat hal lah. Aku rasa sebab masa makan bakso aku letak sambal dia yang pedas tue banyak2, perut jadik terkejut.

...now you don't! hehe

Tak selera sangat nak dinner so hubby lah yang tolong habis kan semua.

Balik bilik terus ZzZZzZzzZ.


Sabtu, 31 Julai 2010

Bangun pagi-pagi sebab excited nak tengok puncak gunung kinabalu. Oh oh oh. Sejuk sehingga ke tulang!

Lepas tue siap-siap untuk breakfast.
my breakfast ^^

Perut beraksi baik hari ni. Maka dapat makan dengan seleranya!

Dah makan kiteorang jalan-jalan kat resort tue. Pergi kat yang atasssss sekali.


Kat area ni memang clear lah puncak gunung. Terus bergambar bersuka ria. hehe

bilik kami! ^^

Dalam pukul 12 sepupu datang. Dia bawak ke Kundasang War Memorial Park. Cantik tempatnya. :)

Lepas tu terus ke Ranau. Kiteorang nak balik naik teksi jek.

Teksi dalam pukul 4 ptg. Pukul 6 ptg kiteorang dah samapai dekat Politeknik KK.

Jumpa Kak Ben & Hannah!

lokan..yummehh

Kak Ben bawak makan lokan. oh oh oh .. sangat yummmy!!

Lepas dinner kiteorang check in dekat Cititel Ekspress.

Penatttttt... teruss ZzZz



Okeh.Sekian laporan Hari 1 & 2.

Tunggu aku rajin baru aku update Hari 3& 4 :)

Tuesday, August 3, 2010

C I N T A

Ya Allah,
Berkatilah perkahwinan kami ini
Kurniakanlah kami zuriat yang soleh & solehah
Limpahilah alam rumahtangga kami ini dengan kebahagian & rasa cinta
yang berkekalan hingga ke akhir hayat

Amin ya rabbal alamin

Wednesday, July 28, 2010

CAN'T WAIT!

=)

Friday, July 23, 2010

Gedix.Bag

Ah.Konon jek aku ni nak mengakhirkan cerita kawen. Tapi jari aku ni tak tahan nak menaip lagi cite pasal kawen.

Bertahan ye? hehe

OK-ok. Aku straight to the point lah eh.

Goody bag telah disediakan kepada 4 bahagian.

1- Malam berinai.
Tue korang boleh refer kat entry yang ini.

2- Khatam Al-Quran
Untuk khatam, telah disediakan sehelai kain batik + telur untuk khatam. Kain batik beli masa kat Jakarta. Sesapa yang plan nk g sana, sila ke kedai Puteri Bongsu. Datang pagi-pagi sebab dapat murah. Lepas tue jangan lupa cabut sticker & plastik kain batik tue. Langkah berjaga-jaga takut masa scan dia bleh detect ko memborong kain batik. Dah nak lalu kat kasatam, korang jalan selamba buat muka tak bersalah. Toksah nak merenyih plak kat kastam tue. Karang diaorang tahan baru korang tau. hehe.

3- Para Tetamu
Untuk para tetamu yang hadir, telah disediakn senasakah buku Al-Mathurat & Surah Yassin & Doa-doa pilihan berserta dengan sebiji telur masin. Ada yang panggil telur itik. Tak kesah lah nama panggilan apa tapi bendanya sama. Untuk non-muslim dapat telur tue jelah. Untuk kanak-kanak dapat cokelat Appolo.
model bersama gedix bag. hehe


london roll & buku

4- Tetamu Istimewa
Untuk tetamu istimewa merangkap VVIP & rombongan pihak sebelah, ada penambahan doorgift dari doorgift untuk tetamu iaitu kipas tangan. Ni lah yang aku gigih pegi beli kat Jakarta. Sila ke pasar Jatinegara ya nona manis untuk doorgift yang bermacam jenis yang takde kat Malaysia. Ok, maybe ada tapi harga kat sini mahallllllllllllllll harganya.



model-model kipas

Sekian laporan.

Eh lom abes. Nak selitkan gambar ni. Ni area untuk guestbook. Nampak tak gambar dalam frame tue? nampak tak? nampak?^^ Tue gambar selepas nikah. Bergegas pergi hantar cuci sebab nak letak dekat atas easel. Easel boleh beli dekat kedai buku Thai Kuang.


Ok. Kompem dah abes taip.

Selamat behujung minggu!

Thursday, July 22, 2010

Oh!

Untuk pertama kalinya setelah 3 tahun, kereta mengalami kemalangan.
Nasebbb baek tak terjerumus masok longkang tue.
Sipi jek lagi...
Tapi telah mengakibatkan tayar hadapan di sebelah kanan pecah.
Oh oh.
Baru jek ganti tayar tersebut, dah kena ganti balik.
Eh.
Merungut pulak.
Hati, sila redha! Semoga ada ganjaran yang lebih baik menanti!

Monday, July 19, 2010

Terima Kasih. Thank you.

Bagi menutup kisah perkahwinan, aku nak coretkan ucapan dan penghargaan terima kaseh untuk mereka:

Angah, Anoi, Ma, Abah, Along, Ateh & Abang
Umrah 2008


Ma & Abah,
Terima kasih atas segalanya! Nak ikutkan tak cukup untuk anoi nak tulis kat sini. Kasih sayang yang tak ada penghujung+sokongan di kala suka & duka + tunjuk ajar + tempat bermanja & bergurau senda. Terima kasih yang teramat sangat anoi ucapkan. Anoi doakan Ma & Abah diberi kesihatan yang berpanjangan & di lindungi Allah dunia & akhirat. Anoi sayang sangat-sangat kat Ma & Abah... can't live without you.. T___T

Along, Angah & Ateh,
You're the greatest sisters in the world!
We share everything... from laughter to tears.
I.Love.U guys!!
Thanks for all your kindness + all the gifts & sponsorship during my W-day!

Abang,
My only brother in the world.
Thanks for everything and for being there... :)

Abang Long, Abang Ngah, Abang Daud & Fizah,
Terima kasih kerana bersama-sama berkerja keras dalam menjayakan majlis perkahwinan ini..
Terima kasih yang sangat banyak!

My 13th Warriors,
Mak Na love you soooo much!!!

Mak Sedara , Pak Sedara & Sedara mara,
Terima kasih atas kudrat tenaga yang di curahkan sepanjang majlis berlangsung.^^

Sepupu & anak-anak sedara & dayang-dayang chanteks,
Terima kasih muah muah muah!!

Dr.Zaharim & Pn.Adillah,
Thank you for every thing thing that makes my W-Day very meaningful & memorable one!

DANAU@The Red Maze,
Thanks for coming!! (and the presents too!! ^^)

Rakan taulan,
Terima kasih atas kedatangan, hadiah & doa yang dikirimkan.


Especially for Ina & Huda,
Thank you for coming and stayed with me during the whole event.
Thank you for being there!
Thank you for the friendship!!
Love u sampai mati!!!

and last but not least,

Dearest Hubby,
You're among the best thing that ever happened to me!
Thank you for all your love!
Thank you for every s.i.n.g.l.e thing that you did for me..
Love u till eternity... ♥ ♥ ♥

Rasanya sampai sini kot kisah perkahwinan aku yang aku ingin kongsikan dengan korang. Tapi kalo ada benda yang aku terlupa nak cerita, nanti aku upload. Oh. Aku nanti nk buat special entry utk MUA & kumpulan gamelan.

Tue nanti lah eh aku story.

Seperti mahu kembali ke 12 Jun 2010 semula! ^^

Monday, July 12, 2010

1 month and still counting!

Jumaat malam hubby telah selamat pulang dari perbatasan. Sebelum balik umah kiteorang dating dulu kat Tangga Banyak. ^^

Hubby aku ni seorang yang suka makan kat umah..Dalam erti kata laen, suka makan apa yang aku masaklah. hehe So sebelum dia balik hujung minggu dia akan request dulu nak makan apa. Untuk minggu lepas, hubby request nak makan kuey teow kerang. Eleh... peace of cake jek..pejam mata leh buat! Gaya berlagak di situ. [Padehal hubby dia tak tau yang isteri dia nie dok sebok carik resepi kat gugel.haha]

Attempt pertama untuk masak kuey teow kerang adelah success!

Untuk lunch pulak Ma yang masak sebab Ma nk buat ketupat + rendang daging untuk di bawa ke masjid. Dah nama pon rendang of courselah kena Ma yang masak. Aku tak abes blaja lagi buat rendang ngan Ma. hehe

Malam tue kiteorang pegi dating dekat Dataran Pahlawan plak. Layan movieeeeeeee cite Predators. Not so bad lah cite nya. Seat pon best.. boleh bersila bagai kat seat tue.. ^^

next movie nak tengok cite ni plak..

Hari Ahad juga telah mencipta sejarah. Aku ni bukanlah terrer sgt masak. Nak di bandingkan dengan adik-beradik yang laen aku memang tak terer langsung. Setakat sambal tue ok lah.

Nak jadik cite, dalam pukul 11 pg dah tanya Ma nk masak apa. Ma kata nak masak Ikan tenggiri asam pedas.

Ok. Kang nk masak panggilah sbb aku nk g kedai dulu beli suratkaba.

Balik dari kedai, tenagok Ma tgh iron baju.

Eh? Ma nk g mana? Ropanyaaaaa Ma ada jemputa kenduri kawen..

Okkk.... so sapa nak masak asam pedas? [Aku tak penah masak okehhh asam pedas T____T]

Ma dengan muka yakin jawap "Ko lah yang masak...abah ngan Ma nak pegi kenduri kan..."

Oh oh oh.

Mula lah cuak macam budak nak amik SPM...

"Alaaa..mane tau" sambil buat muka sedey mintak simpati.

Ma nk simpati ngan aku? Oh tidak.

Ma sedia bahan jek. Yang laen aku pandai-pandailah buat cam mana.

Ok ok ok . Baeklah... sy cuba...

Menggunakan kaedah cuba-jaya-janji-nampak-macam-asam pedas, alhamdulillah..berjaya gak buat asam pedas.

Ooooo...senang jek ropanya.. [gaya berlagak cakap dalam hati.haha]

Aku bg resepi lah eh:

1. Cili kering - ikut lah nk pedas mana
2. Bawang merah - 5-6 biji {nk lebih pon takpe)
3. Bawang putih - 3 biji
4. Kunyit sebesar ibu jari tangan
5. Halia pon sebesar ibu jari tangan
6. Belacan
7. Serai
8. Air Asam jawa
9. Garam + gula + pak aji secukop rasa

Ok bahan no 1-6 di blend. Dah siap blend tumis sampai pecah minyak. Pastu masukkan serai + garam + gula + pak aji.

Kacau dan kacau kemudian masukkan air asam jawa. Agak-agaklah masok air asam jawa tue. Jangan banyak sangat kang masam plak. Kalo kurang masam tue baru tambah air asam jawa. Pastu kaco lagi sampai gelegak. Rasa garam dah cukop ke tak. Kalo tak rasa garam, tambah lagi sikit.

Pastu masok kan ikan. Ikutlah nak ikan ape. Ikan jaws tak diterima eh. Aku guna Ikan tenggiri.

Pastu tunngulah kejap supaya ikan tue masak. Nak masokan bendi boleh, nak masokan tomato boleh. Pastu tutup api, siap!

Menu laen, sayur buncis goreng + ikan selar guring + ikan pekasam diguring dengan bawang dan cili.

Dah macam maen masak-masak plak aku rasa.hehe

Bila hubby ada semua pon rasa best. Tapi ade gak part yang tak best iaitu bila kena hantar dia ke stesen bas sbb dh kena balik Kl. So malam tadi, bus hubby gerak dalam pukul 9.45 mlm... bubye hubby... :(

Haih.. tak seronok lah PJJ nie...

:(

Dear hubby,
Happy 1 month anniversary!
Lets being happily hubby-wifey for the next billions months together ya!
love u sgt byk!
xoxoxoxo

Friday, July 9, 2010

Hari.Bersanding



Masih lagi dalam mood nak bercerita tentang majlis. Ala.. baru 28 hari. Bagi lah chance eh eh?

Okeh. Sila bertahanaaaaaaaan!

12 Jun 2010.

Pagi tu ada majlis khatam al-quran. Tapi takdirnya aku masih belum dalam keadaan suci maka terpaksalah aku pass dekat anak-anak buah aku. Lepas tu as usual ada marhaban sume.

Untuk persalinan bersanding, aku pilih tema warna kuning di raja. Ahli keluarga & Sedara mara pulak pakai warna purple. Saja buat cenggitu supaya nanti senang dalam gambar orang nak carik mana perantin.hehe

Nak ikutkan tema keseluruhan dah berwarna-warni.

Hantaran dah warna kuning+oren+gold.

Pelamin warna putih.

Bunga pahar pon warna putih.

Gedix bag warna kuning & purple.

Seeee.. meriah warna-warni kan?

Ok sambung cerita majlis sanding.

Hantaran dari pihak lelaki:
1. Jam (Dah siap-siap beli sepasang)
2. Kasut Bonia (Beli lah masa sale.. 50% discounts untuk kasut yang chantek!!)
3. Handbag ( Aku beli dekatt http://www.welovecoach.com - akak tue sgt best! berbaloi-baloi beli online!)
4. Sepersalinan Baju ( Beli dekat Bandung)
5. Telekung (Pon beli dekat Bandung)
6. Estee Lauder blockbuster Set ( sila ke http://www.perfumerack.blogspot.com! Gerak ke sana sekarang! hehe)
7. Sejadah
8. Buah
9. Kek

** Hantaran untuk pihak lelaki + perempuan kebanyakannya aku yang pilihkan. Hubby bayar untuk barang-barang dia & aku bayar untuk barang-barang aku..tapi still aku lah yang tukang pilihnya! hehe

MUA dtg awal..suka service Kak Abby ni.. tip top!! Make up cantik...suka!buat itu ini nak dekat pukul 1 dah siap sume..

Sebab plan asal kompang akan dtg pukul 1.30 so aku pon berphoto-shoot lah dulu dalam bilik.

Sekali tueeee boleh pulak kompang ni dtg awal. Tetiba dah ade depan rumah.T__T

Aku plan nk ada dayang-dayang yang akan bawa dulang hantarn tapi sbb masa tu semua pon sedang sebok di bawah khemah so amik masa sket nk kumpul diaorg.

dayang-dayang chanteks!

Sedang dok arange itu ini sekali dah dgr bunyi kompang.

Oh oh oh. Belum readyyyyy!

Masa rombongan pihak lelaki lagi beberapa meter diaorg nk smpai arch, hujan dah mula rintik-rintik turun.

Sebelum tu memang cuaca cerah takde tanda langsung hari mahu hujan.

Hujan Rahmat!!!


So aku hanya tunggu di depan pintu rumah jek.

stesen tol pertama


Pihak rombongan masuk dulu while perantin lelaki di tahan untuk tol.hehe


stesen tol kedua


Hujan turun dengan lebat selama 10 minit pastu terus stop.


Bersanding + menepung tawar pastu terus ke makan beradab.

Untuk halwa telinga,[ayat tak menahan!haha], aku ambil Kumpulan Caklempong + Gamelan Kotemporari dari SMK Malim.


Best!!! Harga pon berpatutan sgt2! Boleh tengok video sanding kat bawah ni. Sapa-sapa berminat sila bgtau kat aku eh!

Dalam pukul 5.30 kiteorg gi buat outdoor plak.

Malam acara keluarga: bukak hadiah + karaoke dalam rumah + rebut chocolate.

Oh oh oh.


Best lah rasanya. Seperti mahu tarikh 12 Jun jek sampai bila2.hehe

Till next entry!

Monday, July 5, 2010

Video.Sanding


Terimalah video hari persandingan versi cepat & pantas ^^