Isnin. 23hb Sept 2019.
5.30 pagi
Malam tu AbangLong yang jaga Abah. 5.30 pagi, Along called bagitau Abah collapsed.Jatuh jantung Anoi dengar ayat tu. Sementara Along bagitau mak, Anoi called Angah, Ateh, Abang & Kak Imah. Dari bilik Anoi, Anoi dengar mak menangis. Along suruh Anoi tenangkan mak sebab Along nak terus ke Hospital Jasin. Anoi peluk mak kuat2. Anoi cakap insyallah Abah ok. Anoi suruh mak bersiap & kami terus ke hospital.
Sampai hospital, tengok langsir Abah di tutup. Dr tengah buat CPR. ALLAH. Lemah badan ni Abah. Anoi tak tau nak buat apa. Along suruh Anoi bawak Mak ke surau untuk solat subuh.
Balik dari surau, Abg Long datang peluk mak. Rupanya 2 kali dah nadi Abah terhenti. Kali pertama, 30 minit Dr buat CPR. Bila dapat nadi, degupan sangat laju sampai Dr kena bagi electrical shock. 20 minit lepas tu, berhenti lagi. Kali ni 10 minit Dr buat CPR & terus intubate.
AbgLong cerita, lepas dapat katil dalam 11 malam tu, Abah tak terus tido. Abah macam resah je. 2 kali Abah turun katil sebab nak ke toilet. Kali ke tiga, Abah rasa Abah nak buang air besar. Tapi tak keluar apa pon. Ni sebab Abah tak makan sejak pagi. Abah nak makan biskut cicah air teh O je. Bila kali ke tiga Abah nak naik katil semula, di birai katil tu Abah terus collapsed. Syukur Abg Long ada sambut Abah sambil jerit panggil Nurse.
Dr explained keadaan Abah stabil tetapi kritikal. Dr cakap tunggu HDW di Hospital Melaka kosong supaya Abah dapat dipindahkan ke sana.
Along & Abang terus ke Hospital Melaka sebab Dr kata waris tak boleh ikut naik ambulans.
Nuar datang bawa Anoi & mak balik dulu. Kami sarapan, kemas bag kemudian baru bergerak ke hospital. Syukur ALLAH gerakkan hati untuk sewa homestay yang berdekatan dengan hospital.
10 pagi
Abah ditempatkan di Zon Merah. Ateh dah sampai masa dari KL dan dah tengok Abah dalam bilik Zon Merah tu. Anoi nampak Ateh keluar menangis-nangis. Ateh suruh Anoi bawa Mak pulak masuk. 1st time dalam hidup Anoi masuk area Zon Merah tu. Katil rapat-rapat, wayar berselirat. Datang seorang Dr untuk terangkan keadaan Abah. Anoi request untuk panggil adik beradik yang lain untuk dengar sekali.
Mengikut kata Dr, 40 minit otak Abah tak dapat oksigen. Diaorang dah buat CT Scan tetapi Dr kata Abah memang tak akan sedar dah. Dr bagi high dose ubat untuk stabilkan BP Abah. Kami nangis teruk sangat masa tu Abah. Kami rasa macam dalam mimpi ngeri. Adik beradik Abah semua datang tengok Abah. Sepanjang hari kami gilir-gilir bacakan ayat-ayat Al Quran untuk Abah.
Malam tu kami buat bacaan yassin di homestay. Masjid dekat kampung pon buatkan solat hajat & yassin untuk Abah. Anoi telefon kawan-kawan Abah untuk maklumkan keadaan Abah dan minta mereka doakan yang terbaik untuk Abah.
Kami terus berdoa mengharapkan keajaiban daripadaNYA...

No comments:
Post a Comment