Khamis, 19hb Sept 2019.
Pukul 5.15 pagi kita dah bergerak ke HUKM. Hari ni Abah ada follow up check up di klinik Rheumatology. Kita singgah solat Subuh di Petronas Ayer Keroh. Pukul 7.30 pagi kita dah selamat sampai HUKM. Anoi suruh Abah ke kafe dulu sebab Anoi nak pergi ambil no giliran Abah. Sorry Abah sebab tak entertain Abah nak sarapan. Alhamdulillah, Abah dah boleh discharged dari klinik tu. Blood test Abah alhamdulillah ok. Gembira betul rasa masa tu. Adik beradik yang lain pon happy. Lepas ni Abah tak perlu follow up dah dekat klinik rheumato. Pukul 2pm kita dah sampai Melaka semula. Syukur urusan kita dipermudahkan.
Petangnya Anoi ke office sekejap sebab ada kerja nak buat. Abah called : "Abah dah belikan face mask untuk Nuha."
Alahai Abah. Kalau cucu yang sorang tu mintak, Abah memang cepat akan tunaikan. :)
Jumaat, 20hb Sept 2019.
Pagi tu dekat office Anoi ada majlis doa selamat & birthday celebration Puan Adillah. Makan dari pagi sampai ke petang. Anoi tapaukan kueh koci untuk Mak & Abah. Teringa-ingat kueh koci Mok Da yang sedapppppppp. Lepas kerja, terus ke kedai Yong Tau Foo sebab nak buat makan-makan dekat rumah Pok Da. Majlis lepas Isyak. Abah makan & bergurau macam biasa.
Anoi cakap nak ke KL lepas habis majlis. Mula-mula nak pinjam kereta Abah. Abah dah standby bagi kunci dah tapi tak jadi sebab baru teringat nanti Abah susah nak pergi masjid. Masa tu dah nak dekat pukul 12 tgh malam. Masa salam-salam, Abah cium Haseef lepas tu Abah tanya "Bila nak balik?"
Anoi jawap sambil gelak-gelak dengan Abah "Belummmm gerak lagi ni Abah dah tanya bila nak balik."
Abah hantar sampai depan pintu rumah. Abah lambai sampai kami hilang dari pandangan.
Sabtu, 21hb Sept 2019.
Anoi terlupa nak telefon Abah bagitau yang Anoi dah sampai KL. Selalu Anoi buat kan? Sorry Abah...
Ahad. 22hb Sept 2019.
Dalam pukul 11.30 pagi, tiba-tiba Mak telefon bagitau Abah mengiggil dekat rumah. Passed telefon dekat Ateh untuk Ateh cakap dengan Abah, tapi Abah tak nak. huhu. Minta mak telefon ambulance pon, Abah tak nak. Abah nak tunggu Along yang bawa ke hospital. Dalam 3pm lebih baru dapat bawa ke hospital, dekat pukul 5pm baru dapat jumpa doktor.
Lepas buat blood test, Dr bagi Abah balik sebab keadaan Abah stabil. Anoi sampai rumah dalam pukul 6pm. Anoi tengok Abah tengah baring. Abah kata Abah mengantuk. Anoi urut-urut kaki Abah. Celullitis dekat kaki Abah merah. Panas. Dah terdetik dalam hati, ni mesti ada jangkitan kuman, tu yang buat Abah demam menggigil.
Tak lama lepas tu Along bagitau yang Dr dah called dan minta Abah masuk wad. White blood cell Abah tinggi. Ha..kan betul. Dalam hati masih positif, insyallah Abah ok ni lepas dapat antibiotik nanti.
Sepatutnya Abah kena pergi hospital lepas maghrib, tapi Abah minta sampai selesai Isyak. Sementara tu Anoi pergi carikkan pampers Abah supaya Abah tak perlu turun naik katil. Mula-mula Abah tak nak pakai pampers. Tapi Anoi cakap Abah kena pakai juga. Abah ikut je...diam je masa Anoi pakaikan. Lepas tu Abah cakap badan Abah panas. Anoi suapkan Abah dua biji panadol. Kenapalah Anoi tak peluk Abah masa ni...
Masa Abah dah nak keluar rumah, Anoi suakan Haseef dekat Abah, nak suruh Abah cium. Tapi Abah elak. Abah cakap "Tak nak lah cium. Selsema ni." Abah tak pandang pon Haseef masa tu. Anoi pon tak salam & cium Abah sebab ingatkan esok pagi Anoi akan jaga Abah kat hospital. Kenapalah Anoi tak buat macam selalu...

No comments:
Post a Comment