Tuesday, November 26, 2019

Tuesday, October 8, 2019

Abah : Mengharapkan KeajaibanMU...

Isnin. 23hb Sept 2019.
5.30 pagi
Malam tu AbangLong yang jaga Abah. 5.30 pagi, Along called bagitau Abah collapsed.Jatuh jantung Anoi dengar ayat tu. Sementara Along bagitau mak, Anoi called Angah, Ateh, Abang & Kak Imah. Dari bilik Anoi, Anoi dengar mak menangis. Along suruh Anoi tenangkan mak sebab Along nak terus ke Hospital Jasin. Anoi peluk mak kuat2. Anoi cakap insyallah Abah ok. Anoi suruh mak bersiap & kami terus ke hospital.

Sampai hospital, tengok langsir Abah di tutup. Dr tengah buat CPR. ALLAH. Lemah badan ni Abah. Anoi tak tau nak buat apa. Along suruh Anoi bawak Mak ke surau untuk solat subuh.

Balik dari surau, Abg Long datang peluk mak. Rupanya 2 kali dah nadi Abah terhenti. Kali pertama, 30 minit Dr buat CPR. Bila dapat nadi, degupan sangat laju sampai Dr kena bagi electrical shock. 20 minit lepas tu, berhenti lagi. Kali ni 10 minit Dr buat CPR & terus intubate.

AbgLong cerita, lepas dapat katil dalam 11 malam tu, Abah tak terus tido. Abah macam resah je. 2 kali Abah turun katil sebab nak ke toilet. Kali ke tiga, Abah rasa Abah nak buang air besar. Tapi tak keluar apa pon. Ni sebab Abah tak makan sejak pagi. Abah nak makan biskut cicah air teh O je. Bila kali ke tiga Abah nak naik katil semula, di birai katil tu Abah terus collapsed. Syukur Abg Long ada sambut Abah  sambil jerit panggil Nurse.

Dr explained keadaan Abah stabil tetapi kritikal. Dr cakap tunggu HDW di Hospital Melaka kosong supaya Abah dapat dipindahkan ke sana.

Along & Abang terus ke Hospital Melaka sebab Dr kata waris tak boleh ikut naik ambulans.

Nuar datang bawa Anoi &  mak balik dulu. Kami sarapan, kemas bag kemudian baru bergerak ke hospital. Syukur ALLAH gerakkan hati untuk sewa homestay yang berdekatan dengan hospital.

10 pagi
Abah ditempatkan di Zon Merah. Ateh dah sampai masa dari KL dan dah tengok Abah dalam bilik Zon Merah tu. Anoi nampak Ateh keluar menangis-nangis. Ateh suruh Anoi bawa Mak pulak masuk. 1st time dalam hidup Anoi masuk area Zon Merah tu. Katil rapat-rapat, wayar berselirat. Datang seorang Dr untuk terangkan keadaan Abah. Anoi request untuk panggil adik beradik yang lain untuk dengar sekali.

Mengikut kata Dr, 40 minit otak Abah tak dapat oksigen. Diaorang dah buat CT Scan tetapi Dr kata Abah memang tak akan sedar dah. Dr bagi high dose ubat untuk stabilkan BP Abah. Kami nangis teruk sangat masa tu Abah. Kami rasa macam dalam mimpi ngeri. Adik beradik Abah semua datang tengok Abah. Sepanjang hari kami gilir-gilir bacakan ayat-ayat Al Quran untuk Abah.

Malam tu kami buat bacaan yassin di homestay. Masjid dekat kampung pon buatkan solat hajat & yassin untuk Abah. Anoi telefon kawan-kawan Abah untuk maklumkan keadaan Abah dan minta mereka doakan yang terbaik untuk Abah.

Kami terus berdoa mengharapkan keajaiban daripadaNYA...


Friday, October 4, 2019

Abah : Permulaan rindu...

Khamis, 19hb Sept 2019.
Pukul 5.15 pagi kita dah bergerak ke HUKM. Hari ni Abah ada follow up check up di klinik Rheumatology. Kita singgah solat Subuh di Petronas Ayer Keroh. Pukul 7.30 pagi kita dah selamat sampai HUKM. Anoi suruh Abah ke kafe dulu sebab Anoi nak pergi ambil no giliran Abah. Sorry Abah sebab tak entertain Abah nak sarapan. Alhamdulillah, Abah dah boleh discharged dari klinik tu. Blood test Abah alhamdulillah ok. Gembira betul rasa masa tu. Adik beradik yang lain pon happy. Lepas ni Abah tak perlu follow up dah dekat klinik rheumato. Pukul 2pm kita dah sampai Melaka semula. Syukur urusan kita dipermudahkan.

Petangnya Anoi ke office sekejap sebab ada kerja nak buat. Abah called : "Abah dah belikan face mask untuk Nuha."

Alahai Abah. Kalau cucu yang sorang tu mintak, Abah memang cepat akan tunaikan. :)

Jumaat, 20hb Sept 2019.
Pagi tu dekat office Anoi ada majlis doa selamat & birthday celebration Puan Adillah. Makan dari pagi sampai ke petang. Anoi tapaukan kueh koci untuk Mak & Abah. Teringa-ingat kueh koci Mok Da yang sedapppppppp. Lepas kerja, terus ke kedai Yong Tau Foo sebab nak buat makan-makan dekat rumah Pok Da. Majlis lepas Isyak. Abah makan & bergurau macam biasa.

Anoi cakap nak ke KL lepas habis majlis. Mula-mula nak pinjam kereta Abah. Abah dah standby bagi kunci dah tapi tak jadi sebab baru teringat nanti Abah susah nak pergi masjid. Masa tu dah nak dekat pukul 12 tgh malam. Masa salam-salam, Abah cium Haseef lepas tu Abah tanya "Bila nak balik?"
Anoi jawap sambil gelak-gelak dengan Abah "Belummmm gerak lagi ni Abah dah tanya bila nak balik."

Abah hantar sampai depan pintu rumah. Abah lambai sampai kami hilang dari pandangan.

Sabtu, 21hb Sept 2019.
Anoi terlupa nak telefon Abah bagitau yang Anoi dah sampai KL. Selalu Anoi buat kan? Sorry Abah...

Ahad. 22hb Sept 2019.
Dalam pukul 11.30 pagi, tiba-tiba Mak telefon bagitau Abah mengiggil dekat rumah. Passed telefon dekat Ateh untuk Ateh cakap dengan Abah, tapi Abah tak nak. huhu. Minta mak telefon ambulance pon, Abah tak nak. Abah nak tunggu Along yang bawa ke hospital. Dalam 3pm lebih baru dapat bawa ke hospital, dekat pukul 5pm baru dapat jumpa doktor.

Lepas buat blood test, Dr bagi Abah balik sebab keadaan Abah stabil. Anoi sampai rumah dalam pukul 6pm. Anoi tengok Abah tengah baring. Abah kata Abah mengantuk. Anoi urut-urut kaki Abah. Celullitis dekat kaki Abah merah. Panas. Dah terdetik dalam hati, ni mesti ada jangkitan kuman, tu yang buat Abah demam menggigil.

Tak lama lepas tu Along bagitau yang Dr dah called dan minta Abah masuk wad. White blood cell Abah tinggi. Ha..kan betul. Dalam hati masih positif, insyallah Abah ok ni lepas dapat antibiotik nanti.

Sepatutnya Abah kena pergi hospital lepas maghrib, tapi Abah minta sampai selesai Isyak. Sementara tu Anoi pergi carikkan pampers Abah supaya Abah tak perlu turun naik katil. Mula-mula Abah tak nak pakai pampers. Tapi Anoi cakap Abah kena pakai juga. Abah ikut je...diam je masa Anoi pakaikan. Lepas tu Abah cakap badan Abah panas. Anoi suapkan Abah dua biji panadol.  Kenapalah Anoi tak peluk Abah masa ni...

Masa Abah dah nak keluar rumah, Anoi suakan Haseef dekat Abah, nak suruh Abah cium. Tapi Abah elak. Abah cakap "Tak nak lah cium. Selsema ni." Abah tak pandang pon Haseef masa tu. Anoi pon tak salam & cium Abah sebab ingatkan esok pagi Anoi akan jaga Abah kat hospital. Kenapalah Anoi tak buat macam selalu...




Wednesday, August 21, 2019

Wednesday, April 17, 2019

Wednesday, March 6, 2019

Wednesday, February 20, 2019

Friday, January 25, 2019

Selamat Tahun Baru 2019

Ye 1st entry untuk 2019.
Punyalah berhabuk blog ni kan.
Tahun 2019 dah masuk hari ke 25 dah.

Cerita tahun 2018 pon aku tak habis update lagi.
Tunggu lah masa tak busy sangat.
Kemainlah busy sekarang ni.
Pukul 10 dah ngantuk.
Sama ngantuk macam Nuha yang kena sekolah the next day nya.
Haaa selama ni dengar je cerita anak-anak sekolah macam mana kan.
Tahun ni memang new routine.
Takdak dah bangun bergolek-golek terhegeh-hegeh.
Haha.

Azam?
As usual mesti ada azam nak kurus.
Then adalah beberapa azam tambahan lain.
Moga-moga tercapai.

Looking forward for our next adventure!

Tuesday, December 11, 2018

Life is like a box of chocolate... [Part 1: Abah]

As summarize, tu lah kehidupan yang aku lalui for the past two months.

It's all started early November with wedding Hazirah & Farisman. 3rd November to be exact.

It was a very happy moment.

The beautiful dais, (and of course the bride!), the bollywood theme for the henna night, the happy faces of all family members and alhamdulillah, everything went very well.



LOVE.WAS.ALL.AROUND

Eh.

OhMyEnglish pulak aku ni.

Seminggu selepas tu majlis bertandang di Cyberjaya.

Isnin, aku ke outstation ke JB. Masa tu dah dapat tau dah yang Abah demam.

Nuha je yang ikut balik Melaka sebab ada majlis penyampaian sijil tadika dia.

Rayyan, Raudhah, Mak & Abah tinggal KL.

Rabu tu berwhatsapp2 cam biasa dengan adik beradik.

Ateh cakap Abah tak nak ke hospital walaupon dah dua hari Abah mengadu tak sedap badan.

Tapi alhamdulillah, petang tu lepas dipaksa-paksa, Abah setuju nak ke hospital.

Lepas maghrib Ateh bawa Abah ke emergency HUKM.

Aku pulak masa tu tertido dalam kereta sebab gerak dari JB ke Melaka lepas maghrib jugak.

Memang tak sedar langsung bunyik called or bunyik whatsapp.

Totally tido mati.

Sedar-sedar banyak betul misscalled dari Hubby & Along.

Mesej berderet-deret.

Terus called Hubby.

Dalam mamai-mamai, Hubby tanya nak ke KL tak sebab Abah dekat hospital.

Aku cakap ha ah, memang Abah dekat hospital Ateh bawak maghrib tadi. Tapi takde apa-apa kot, sebab Ateh takde called ke apa. Tak yah lah ke KL. Balik rumah je terus (Masa ni tak baca whatsapp lagi).

So Hubby kata ok. Letak phone, baruulah baca whatsapp.

Ya ALLAH.

Takdirnya, lepas Abah buat XRay, Abah collapsed! Oksigen dropped. Abah kena intubated.

Masas baca tu dah menggigil dah tangan.

Terus called hubby cakap kemas apa yang patut, nanti amik kat office terus p KL.

Memang tak tentu arah dah dalam kereta.

Rasa nak terbang pon ada.huhu

Pukul 2 pagi baru dapat sampai hospital.

Abah masih di emergency department sebab ICU tak ada kosong.

Allah ya Allah.

Sebaknya kali pertama tengok Abah masa tu tak tergambar dek kata-kata.

Wayar berselirat, tiub dalam mulut.

Air mata mengalir non stop.

Tulis ni pon rasa nak nanges.huhu

Doctor diagnosed septic shock due to cellulitis yang terdapat pada kaki Abah.

Doctor terpaksa tidurkan Abah supaya badan Abah boleh relax while ubat-ubatan menjalankan kerjanya.

Chances 50-50 masa tu.

Tak lama lepas tu Along, Angah & Abang sampai.

Syukur semua dah ada.

Ateh balik bawak Mak balik rumah. Mak sangat-sangat terkejut.

Hubby pon aku suruh balik dulu. Aku nak temankan Abah.

Aku bacakan Yassin buat Abah.

Mudah-mudahan Abah dapat dengar.

Hampir pukul 4 pagi, aku pon balik rumah Ateh.

Along & Angah stay tunggu Abah.
.
.
.
.

Nanti aku sambung balik lah cerita Abah ye...

Wednesday, November 21, 2018

Wednesday, October 24, 2018

Wednesday, October 17, 2018

Tuesday, October 16, 2018

Umar Ar Rayyan's 1st School Trip

Dua minggu lepas bila cikgu bagi borang kebenaran untuk ke Taman Rama-rama, mama cakap dekat abah -
"Biar Nuha jelah yang pergi, takut pulak cikgu susah nak handle Umar nanti."
Abah pon bersependapat dengan mama.

Tapi bila mama nak bayar duit rombongan, cikgu-cikgu kata nak bawa Umar sekali.

Okehlah. Mama setuju.

Fast forward ke hari ni, Umar bangun pagi dengan amokan. Dah siap mandi, tak nak pakai baju & seluar. Abah dah tak bagi dah Umar pergi. Mama kata takpe. Pakaikan je pampers, angkut masuk kereta. Dalam kereta carik stress away tak jumpa pulak. Ada peace and calming je. Memang mama lumur kat Umar. hehe

Dah sampai sekolah, baruuuuu dia nak pakai baju & seluar.

Bila tengok kawan-kawan beratur, terus tak sabar nak join. "Come on guys! Come on!".
Amboiii. Sape tah yang amokan ablasa pagi tadi.

Bila nampak bas sampai, lagi tak sabar-sabar nak naik. Cikgu siap bagi kumpulan dia naik bas dulu sebab dah tak sabo sangat. Seat depannnn sekali yang dia pilih.

Update daripada cikgu-cikgu : Alhamdulillah. Umar sangat behave. Boleh ikut arahan. Tapi takut sampai menjerit-jerit bila sampai dalam sangkar rama-rama. Haha. Tu memang expected. Last time pon Umar takut dengan rama-rama. Oh bila dah sampai tadika, Umar tak nak turun bas. Ish sabolah anak.

After all, mama syukur sangat Umar happy dapat join trip ni dengan kakak & kawan-kawan yang lain.

Mama tau Umar clever boy.
Slowly but surely kan Umar.

Nanti kita pergi zoo pulak ye? 😊

Peace yo!

Wednesday, October 10, 2018

Monday, September 24, 2018

Ada ni ^^

Lama betul tak update blog.
Kadang dah plan nak tulis macam-macam tapiiiii bila nanti, nanti, nanti, tu yang bertangguh berbulan-bulan.
Padan muka diri sendiri sebab tangguh.
Last-last lupa dah nak cerita apa.

Again, kalau busy tu maknanya ada projek yang sedang berjalan.
Alhamdulillah. Ada dua projek.
Both pon due end of this year.
Weh lagi berapa bulan je lagi nak hujung tahun.
Memang gear 5 dah skang ni.

Tu kerja, kehidupan lain alhamdulillah juga.
Setakat ni smooth sailing.
Hiccup sesikit tu adalah.
Tipulah kan kalau semua went as planned.

Azam kurus masih tak dapat dicapai lagi.
Kah!
Kadang hujung minggu dapatlah pusing 10 rounds hari Sabtu & Ahad.
Tapi lately ni cuaca tak begitu mengizinkan.
Maka berhibernasi jelah kat rumah.
Nampak tak alasaaaaannnn?

Takpe.
Slowly but SURELY!

Banyak lagi nak tulis tapi nak kena balik dah.
Till next time!

Wednesday, August 29, 2018

Wednesday, August 8, 2018

Friday, July 20, 2018

The neglected page

Rindunya nak bercerita dalam blog ni.

Lately memang super-duper busy.

Every week memang akan outstation ke JB.

At least 2D1N.

Mujur juga tahun ni baru busy macam ni.

Kalau 2016 dulu sama busy, aku tak tahulah apa yang jadik.huhu

Mungkin bukan setakat dekat tangga FCI.

Mungkin dah guna trivago.

Eh.

Pfft.

Oh.

2 tahun dah ye.

Alhamdulliah, life is getting better.

I just pretend that you're dead.

Eh.

Menyampahnya kalau teringat.

Next!

Tengah berangan nak berholiday.

Tapi kerja tengah banyak ni, berangan je lah dulu ye.haha

Gile takde idea nak cerita apa.

Okeh tetamu dah nak sampai.

Nak bawak depa pergi lunch.

Till then!

Wednesday, July 11, 2018

Monday, July 2, 2018

Yahoo Messenger

Ada dengar berita tak pasal Yahoo Messenger (YM) yang nak ditamatkan perkhidmatannya?

Kalau biasa guna yahoo mail, memang akan dapat email yang bagitau YM is shutting down on 17th July.

Siapa je yak tak pernah guna Yahoo Messenger? Cer bagitau.hehe

Dari zaman belajar hinggalah zaman kerja hinggalah zaman gelap - Yahoo Messenger ada disisi.

Masa zaman belajar, buat group discussion dalam group, send assignment, main game pon boleh.

Game paling best masa tu adalah main pool - Hi rauna2zoro!hahaha

Zaman kerja, discuss pasal kerjalah. Ahem.

Zaman gelap pulakkk zaman jumpa manusia yang banyak split personalities.

Kejap dia jadik pompuan - uptownguls.

Kejap dia jadik jantan - isyraf zain.

Kejap dia jadik pompuan - auna aish.

Ko rasa berapa banyak personaliti orang ni ada?

Ko rasa dia laki ke pompuan sebenarnya?

Cer teka cer teka.

Haha.

Oh, sebelum YM nak shutdown ni, dia bagi link untuk download segala tok nenek chat history.

Aku dah download KESEMUANYA.

Macam-macam aku jumpa.

One of it, adalah gambar seperti di bawah ini.




Siapa punya ni, baik mengaku woiiiiii!

Dah.

Korang pergilah download chat history.

Mana tau jumpa macam-macam juga.

To Yahoo Messenger,



Thank you!
You'll be missed.