Thursday, August 16, 2012

Raya

Tahun ni raya macam biasa.
Ketupat rendang semua confirm ada.
Eh.
Tak sama.
Sebab tahun ni sudah ada Ainnur Nuha.
Esok Ainnur Nuha 7 bulan.
7 bulan.
Sekejap sungguh masa berlalu.
Milestone dia.
Mulut yang riuh pengubat hati mak wan dan tok dang dia.
Juga mama dan abah!

Eh.
Ini cerita raya.

Kalau raya mestilah ada baju raya kan.
Orang pertama yang dah siap complete baju raya dia adalah - Ainnur Nuha.
Mama dah borong secara berjemaah dengan Mama Iza & Mommy Ederq.
Baju kurung beli dekat Afzan.
Pastu mama iza presentkan baju kebaya dekat Nuha.
Mekaceh Mama Iza. 



Baju raya DH pon dah siap beli.

Baju raya diri sendiri, yang ditempah baju kurung 4 pasang.
Ye banyak.
Tapi sejak raya tahun lepas, tak ada buat baju baru langsung.
Asek pakai baju sama.
Bosan.
So stakat 4 pasang, tak pelah kan?
Tudung raya, guna mana yang ada.
Kasut raya/slipe raya. Juga possible untuk guna mana yang ada.

Keperluan anak di utamakan.
Keperluan mama abah, ditangguhkan.
Haha

Raya kat mana?
Tahun ni masing-masing beraya dengan mak apak masing-masing.
Aku dekat melaka, DH balik ipoh sorang-sorang.
Sepatutnya memang turn Ipoh.
Tapi condition mak aku belum sepenuhnya pulih.
Semangat dia baru nak ok.
Aku takut bila aku takde or in other words, NUHA tak ada bersama, semangat mak hilang semula.
So kata putus di capai.
Aku kat sini. DH kat sana.
Thanks DH coz memahami my situasi.

So tahun ni punya raya pertama, it will be just Ainnur Nuha & me in the picture.
Di susuli dengan gambar mak wan, tokdang dang & family ommi.

Oklah di kesempatan ni, aku nak ucap selamat hari raya & maaf zahir batin kepada pembaca blog life in mono.
Bajet macam ramai beno yang bacalah kan.haha
Mana ada ayat-ayat yang mengguris perasaan, harap di maapkan.
Tapi aku rasa tak adalah sebab aku banyak story pasal life aku jek kat dalam ni.

Mana yang memandu pulang, pandu dengan berhati-hati.
Tak payah nak tunjuk terer atas highway.
Biar lambat asal selamat dan memandu lah dengan bijak.

Oh. Nah, gambar latest anak dara aku:






Jemputlah datang beraya ke rumah nanti.

Selamat Hari Raya!


p/s: Orang memang suka jadik hakim tak bertauliah. Tapi dia tak laluinya dan tak rasa apa yang aku lalui. So please, stop being jugdmental. Just stop.

1 comment:

Izzani Zulkifle said...

Assalamualaikum.
Berminat tak nak beli perfume Victoria's Secret?
Saya ada stock. Tiga jenis fragrance:
1. Love Spell
2. Pure Seduction
3. Wild Scarlet
Kalau berminat boleh contact saya yer. Ini number saya. 013-643 4626.