Monday, April 20, 2009

Dugaan ini...

Takut tak bila dengar perkataan kanser? Bagi aku, memang takut tapi sejak Abang Musa di sahkan menghidapi kanser paru-paru tahap 3, ketakutan itu berganda.

Jumaat lepas, pulang dari tempat kerja aku lihat Ma sedang duduk-duduk di bangku bersama Kak Imah, sepupuku. Keruh muka Kak Imah. Aku menuju ke arah mereka. Ma lantas bertanya 'Esok kita ke Pasir Gudang, nak?'. Aku mengerutkan dahi. 'Melawat Abg Musa?' aku menjawap soalan Ma dengan soalan yang lain. 'Ha ah. Abang Musa nak mula kimoterapi hari Isnin ni dekat Singapore. Nanti kita tak boleh nk melawat dah.' Panjang lebar jawapan Ma. 'Ok. Pukul berapa kita nk gerak?'. Aku terus menyatakan persetujuan.

Hati mula tak keruan. Menurut Kak Imah, sel kanser telah mula untuk merebak. Dari paru-paru, telah mula turun ke bahagian bawah. Ya Allah..hebat sungguh dugaan Mu.

Abang Musa merupakan suami kepada sepupuku yang aku panggil Kak Ijah. Hubungan kami bukan setakat sepupu tetapi sudah umpama adik-beradik. Keluarga aku dengan keluarga Mok Da memang amat akrab. Memandangkan keadaan Mok Da yang kurang sihat, kepada Ma lah tempat Kak Imah bercerita tentang perkara ini. Kami mendapat tahu tentang perkara ini sejak minggu lepas lagi. Mok Da hanya mengetahui yang ia adalah ketumbuhan, bukan barah. Kami sendiri yang telah bersepakat untuk tidak menceritakan hal yang sebenar. Takut kesihatannya terganggu. Biarlah Mok Da dengar dari mulut Kak Ijah sendiri nanti.

Mulanya Abang Musa menghidapi demam dan dan cuma di bawa ke klinik biasa. Tetapi apabila Abg Musa mengadu yang badannya mengalami bisa-bisa, mereka terus ke hospital. Darah dan tisu badan di ambil untuk di buat ujian. Kami di kampung hanya mampu berdoa supaya biarlah keputusan ujian itu baik-baik sahaja.

Tetapi sesungguhnya hanya insan-insan terpilih sahaja yang akan di uji Allah. Abang Musa di sahkan menghidapi kanser. Kami terkejut. Abang Musa telah lama berhenti merokok. Terlalu lama. Menurut doktor, mungkin juga udara di tempat kerja turut menyumbang kepada kelahiran sel kanser ini. Aduhai....kasihan Abang Musa & Kak Ijah...

Hmm...nantilah sambung cerita ni lagi....

2 comments:

C@Rr0tSu$U said...

takziah babe.. sabarlah.. Dia duga tanda die sayang...

aNoi said...

Carrot,
Yup...hanya insan terpilih sahaja yang di uji Allahh =).. thanks babe.