Tuesday, April 21, 2009

Permudahkanlah Ya ALLAH...

Kami bertolak ke Pasir Gudang lebih kurang pada pukul 3 petang dengan menaiki dua kereta, kereta aku dan kereta Kak Imah. Cuaca sangat redup sepanjang perjalanan. Pada pukul 6 petang, kami selamat sampai di rumah Kak Ijah.

Abang Musa sendiri yang menyambut kami. Dari luaran nampak Abang Musa sihat. Tiada tanda-tanda pun yang menunjukkan dia menghidapi kanser. Bentuk fizikal masih lagi sama.

Selepas makan malam, Kak Ijah mengeluarkan fail laporan penyakit yang di hadapi Abang Musa. Minggu lepas mereka telah ke Paragon Medical di Singapore untuk menjalani PET Scan. Fail laporan Abang Musa ini boleh aku umpamakan seperti Folio Sejarah aku masa di Tingakatan Tiga. Lengkap gambar beserta penerangan dari bahagian otak hingga ke kaki.

Ukuran sel kanser di paru-paru jelas kelihatan. Melalui PET Scan ini juga yang dapat menunjukkan yang sel itu mula membiak. Kata Kak Ijah, MRI Scan tak dapat nak kesan yang sel ni dah membiak.

Kanser Abang Musa telah berada di Tahap 3A. Menurut doktor, sepatutnya Abg Musa telah mengalami simptom seperti batuk berdarah, susah untuk bernafas, batuk berpanjangan tapi Abang Musa langsung tak menghidapi tanda-tanda macam tu. Dia masih lagi mampu untuk bawa kereta ke sana ke mari. Pelik kan?

Hari Ahad, tetamu tak putus-putus datang melawat Abang Musa. Memberi kata semangat, memanjatkan doa dan menghulurkan bantuan mana yang termampu. Petangnya, kami mengundurkan diri. Sebak rasa di dada. Betullah kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Abang Musa telah menjalani kimoterapinya yang pertama semalam.

Hanya doa yang mampu di lakukan sekarang.

Semoga semuanya baik-baik sahaja Ya Allah...

3 comments:

lan said...

semoga abg sedara ko cepat sembuh...amin...

aNoi said...

Lan,
Thanks ya...

ctradhiah said...

i miss him;(